Balm Sleeptime atasi Masalah Anak Susah Tidur Malam

0
119
views

Proses membesarkan anak akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Salah satunya apabila anak melalui fasa susah tidur. Kebanyakan anak kecil akan melalui fasa ini samada kerana faktor perubahan rutin tidur atau gangguan kesihatan.

Anak yang susah tidur ini sekaligus menyebabkan ibubapa akan hadapi masalah tidak cukup tidur. Ini semua boleh mengundang pelbagai bahaya bila dibiarkan berlarutan.

anaksusahtidur

Langkah pertama apabila anak memasuki fasa susah tidur malam, segera kenalpasti punca perubahan tersebut. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada masalah anak susah tidur seperti

  • Pola tidur waktu malam terganggu kerana banyak tidur pada waktu siang
  • Terdedah pada ketagihan gajet elektronik sehingga melewati waktu tidur
  • Pengambilan makanan tinggi gula yang menyebabkan anak menjadi hiperaktif
  • Anak tidak selesa atas faktor kesihatan seperti selsema, batuk, kembung perut dan demam
  • Persekitaran yang kurang selesa untuk tidur seperti bising, panas dan banyak gangguan

Setelah punca anak susah tidur dikenalpasti, cuba untuk kurangkan faktor tersebut. Contohnya jika anak banyak tidur siang di rumah pengasuh, cuma berbincang dengan pengasuh supaya lebihkan masa anak bermain pada waktu siang.

tidur nyenyak

Kemudian usahakan untuk anak mendapatkan rutin tidur yang betul semula. Untuk memudahkan proses menyusun semula rutin tidur, boleh guna bantuan aromatherapi seperti penggunaan minyak pati tumbuhan (essential oil). Teknik ini memang sudah terbukti sekian lama dapat membantu mudah tidur dan lebih nyenyak.

Balm sleeptime dari Tasneem Naturel ini juga telah dirumus dari minyak pasti tumbuhan dan bahan semulajadi untuk membantu pengeluaran hormon melatonin untuk tidur nyenyak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge