Bayi Tak Berak pun boleh jadi isu besar untuk seorang ibu. Saya baru berbual dengan seorang ibu muda yang ada bayi usia 50 hari. Dia berkongsi kerisauan anaknya jarang buang air besar. Alhamdulillah saya ada sedikit pengalaman yang sama semasa anakanda Fateh masih bayi, jadi saya kongsikan dengan beliau.

Anakanda Fateh minum susu ibu sepenuhnya. Tapi pelik juga bila dia tak berak berhari-hari. Bukan ke orang cakap minum susu ibu mudah hadam dan cepat lawas, tapi macam tak berlaku kat anak saya ja.

bayi tak berak 3 hari
Tabiat memantau jadual buang air besar anak dapat elakkan dari masalah sembelit yang lebih kronik

Jadi sebagai mak anak sulung yang over concern ni, saya pun bawa la anakanda Fateh jumpa doktor Pakar Kanak-kanak. Alang-alang nak rujuk kan, biar la terus yang paling puas hati. Hehe. Tapi saya memang suka rujuk masalah terus pada doktor, lebih yakin dengan nasihat doktor untuk atasi masalah penghadaman anak.

Ok, nak dijadikan cerita hari saya pergi tu punya la ramai pesakit tunggu giliran untuk rawatan. Cengeng la jugak kan kena tunggu lama-lama ngan anak kecik ni. Tapi bertabah ja la demi sebuah kebenaran. Eceh!

bayi tak berak 3 hari
Sentiasa dapatkan nasihat doktor bagi memastikan masalah anak tidak berpunca dari masalah yang serius. Maklumat di alam maya hanya sebagai rujukan sampingan

Lepas 2 jam menanti sampai lah giliran kami. Dapatlah jumpa doktor yang dikatakan bagus oleh orang-orang kampung saya. Maka saya pun dengan penuh semangat bercerita mengenai masalah anak saya yang rasa besar kemain ni.Hihi.

Dan inilah perbualan saya bersama doktor tersebut.

Doktor A : Anak minum susu ok tak?

Mak over concern :Ok

Doktor A: Anak minum susu apa?

Mak over concern: Susu ibu

Doktor A : Oo..bagus-bagus. Saya suka. Anak ada merengek tak?

Mak over concern : Takda.

Doktor A : Perut anak rasa keras tak?

Mak over concern : Takda kottt..(macam tak pasti la plak time tu kan)

Pastu doktor pun suruh baringkan anak kat katil, doktor pun pegang perut dia.

Doktor A : Ok..perut tak keras. Semua ok ja ni.

Bayi minum susu ibu memang kebanyakan biasa macam ni. Sebab kebanyakan dari susu ibu tu jadi makanan untuk dia, sebab tu dia tak berak.

Doc Ang

Takpa, hari ni doktor masukkan cecair enema ni untuk bantu dia berak. Lepas tu nanti doktor bagi prebiotik untuk usus dia dan ubat sembelit kalau perlu ya. Mak tak perlu bimbang anak ok ja ni.

Mak over concern : Ok, tengkiu doktor.

bayi tak berak 3 hari
Cecair enema mudah didapati di farmasi tapi tidak digalakkan untuk penggunaan yang kerap

Keluar bilik doktor bayar lah cas rawatan. Sempat pikior kalau setakat nak masukkan cecair enema tu beli rm1.50 ja kat farmasi. Haha. Pengalaman bayi tak berak berhari-hari.

Klik si sini untuk Cara hilangkan sembelit yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak

Jadi lepas dari bila anak tak berak beberapa hari pun saya dah tak bimbang, cuma kena perhatikan 3 benda ni

Bayi Tak Berak tapi Perut anak lembut/tak kembung

Walaupun tak berak berhari-hari, tapi perut anak masih lembut tandanya usus besarnya belum penuh. Sebab tu masih tak berak. Kouta tak cukup lagi.hehe.

Bayi Tak Berak tapi Anak tak merengek berpanjangan

Anak yang sembelit akan kerap merengek kerana tidak selesa. Mereka juga biasanya akan kelihatan seperti meneran tetapi tidak berjaya berak. Anak ini perlu dibantu dengan urutan minyak yang dapat merangsang proses penghadaman.

Anak minum susu seperti biasa

Perut yang tak selesa secara automatik akan ganggu saluran makanan, jadi anak akan hilang selera makan/menyusu. Tapi jika anak masih menyusu seperti biasa, itu tanda perutnya masih selesa. Ibu tak perlu bimbang walaupun anak tidak berak berhari-hari.

Jadi lepas jumpa doktor tu saya pun lebih tenang menghadapi anak yang jarang-jarang berak ni. Ada masa sampai 5,6 hari sekali baru berak. Jimat pampers kan. Haha.

Petua Hilangkan Sembelit untuk Bayi
Bayi yang minum susu ibu sepenuhnya jarang akan sembelit walaupun jarang buang air besar

Cuma tak dinafikan memang jadi ibu ni kita tetap la rasa bimbang bila keadaan tu berlarutan kan. Sebab tu bila saya jumpa balm Tasneem Naturel ni saya rasa ia penyelamat untuk ibu-ibu yang kebimbangan anak jarang berak yang mungkin sedang alami sembelit.