Belajar Jawi dengan Kaedah Pandang dan Sebut

0
142
views
bukuibuajarkujawi
Kaedah pandang sebut. Anak raya 'macam' dia sudah pandai membaca

Semalam lepas isya’ saya masuk homeoffice sekejap. Cadangnya nak uruskan pesanan pelanggan dan kemaskini apa yang perlu. Dalam banyangan minda tu setengah jam selesai lah agaknya. Kerana badan dan minda memang sudah meminta rehat.

Anak-anak sepatutnya dah bersedia untuk masuk tidur. Tapi sebab anakanda Faqihah tidur dalam kereta petang tadi, dia ada tenaga tambahan malam tadi. Mula-mula dia buat urusan sendiri ja, berkreaviti dengan kertas lukisannya.

Tiba-tiba dia datang membaca buku Ibu Ajarku Jawi nombor 1. Katanya ummi tak pernah ajar dia pun baca buku tu. 😛 Set buku ni saya belikan tahun lepas untuk anakanda Fateh. Alhamdulillah memang sangat mudahkan anak belajar membaca jawi.

bukuibuajarkujawi

Tapi sebab anakanda Fateh dah belajar jawi di tadika, saya hanya anggap ia sebagai pengukuhan sahaja. Berlainan dengan anakanda Faqihah yang homeschool. Dia pernah belajar mengenal huruf jawi ja satu ketika dulu. Tapi saya pun dah lama tidak mengulangkaji.

Saya pun tak pasti sejauh mana dia masih ingat huruf-huruf jawi. Cuma setiap hari dia membaca Al Quran dengan kaedah Al Furqan, jadi sedikit sebanyak dia memang tengok tulisan jawi selalu.

Semalam bila dia mahu membaca buku ni, saya layan ja. Sebab buku ni banyak gambar, warna warni pulak tu. Jadi anak kecil biasanya memang suka buku ni. Saya pun bagi dia baca, tak meletakkan apa-apa matlamat pun.

bukuibuajarkujawi
Kaedah pandang sebut. Anak raya ‘macam’ dia sudah pandai membaca

Tapi bila dia dapat membaca dengan laju, saya tersedar yang anakanda Faqihah sudah bersedia untuk belajar jawi. Kaedah pandang dan sebut yang digunakan dalam buku ini sangat membantunya membaca helaian demi helaian.

Anakanda Faqihah dapat sebut sukukata ‘a’, ‘i’ dan ‘u’ dengan lancar berdasarkan gambar yang ada di dalam buku ini. Dan saya bertambah teruja bila sampai bahagian pengukuhan, dia sudah mengecam sukukata tersebut dengan betul.

bukuibuajarkujawi
Latihan suai padan. Simple tapi bekesan untuk anak

Wah..memang masa tu membuak-buak rasa nak rakan video. Tapi sebab gajet selalu mengganggu mood anak nak belajar, saya hanya nukilkan di sini dalam bentuk tulisan. Semalam merupakan pengalaman indah saya anak mula belajar jawi tanpa perlu disuruh. Masya Allah. Malah dia hampir menghabiskan keseluruhan buku 1. Tinggal 2 mukasurat terakhir sahaja dia tak nak baca.

 

bukuibuajarkujawi
Latihan mewarna ini membantu anak fokus mengecam bentuk huruf dengan baik

Alhamdulillah..Alhamdulillah. Saya memang sungguh kagum dengan ilham yang Allah kurniakan kepada guru-guru yang menghasilkan buku ini. Memang ia disusun dengan penuh ‘strategi’ untuk anak dapat belajar dengan lebih lama.

Lukisan berwarna warni membuatkan anak asyik sehingga tidak sedar mereka sedang membaca helaian dengan helaian dengan kaedah pandang dan sebut. Kaedah ini menimbulkan rasa yakin mereka ‘boleh membaca jawi’.

bukuibuajarkujawi
Seronok semasa belajar adalah elemen penting supaya anak dapat belajar lebih lama

Habis satu bahagian, anak akan buat latihan mudah untuk uji kefahaman. Anak sibuk mewarna dan menulis, jadi tak sedar sebenarnya dia masih belajar. Bahagian pengukuhan akan memberi petunjuk kepada adakah anak sudah mengusai bahagian tersebut.

siribukuibuajarkujawi
Aktiviti pengukuhan untuk pastikan anak betul-betul mengecam sukukata yang telah dipelajari

Alhamdulillah, patutlah buku ini mendapat permintaan yang tinggi sejak tahun 1998. Sentiasa ada ibubapa yang hubungi saya untuk dapatkan buku ini. Ia sesuai untuk semua peringkat umur seawal anak-anak di tadika hinggalah orang dewasa yang mahu belajar asas jawi.

Pendek kata bila tengok buku ni ja terus rasa macam “Eh senang jawi ni rupanya.

Gitew.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here