Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Perkembangan bahasa adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam perkembangan kanak-kanak. Tanpa rangsangan yang betul, proses perkembangan bahasa akan menjadi lewat dari kebiasaan walaupun kanak-kanak tersebut normal. Jadi setiap ibubapa perlu meemastikan anak-anak sentiasa mendapat rangsangan untuk perkembangan bahasa yang betul.

Perkembangan bahasa kanak-kanak berkembang dengan pesat semasa bermain. Dah sememangnya fitrah anak kecil adalah bermain, jadi di situ jugalah proses perkembangan bhasa akan berlaku. Mari kita lihat bagaimana bermain dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak.

1) Kosa kata baru

Apabila mula bermain, sebutkan nama mainan tersebut sambil tunjukkan kepada anak. Guna sebutan yang jelas dan ringkas. Kembangkan perkataan kepada sifat-sifat mainan tersebut seperti

  • ada bunyi
  • warna kuning
  • lembut/keras
  • wangi/busuk
labyrinth_rm39_2

Mainan Labyrinth sangat bagus untuk merangsang perkembangan bahasa anak-anak semenjak bayi. Banyak perkataan baru yang anak boleh belajar disini

IMG-20160203-WA0000DSC00138

semua perkataan ini apabila selalu di sebut akan menjadi asas kepada perkembangan bahasa anak-anak. Ulang perkataan yang sama setiap kali bermain dengan anak. Jangan pernah merasa jemu kerana anak kecil tidak jemu untuk belajar

2) Menjawab soalan/mengikut arahan

Pada peringkat seterusnya, anak yang sudah faham maksud perkataan sudah boleh menjawab soalan walaupun belum boleh bercakap. Mereka boleh menjawab dengan membuat tindakan yang kita arahkan.

Contohnya kita minda anak pilih lego berwarna biru. Walaupun dia belum boleh menjawab, tapi anak boleh mengambil lego tersebut dan tunjukkan kepada kita. Pada peringkat ini kita akan lebih bersemangat untuk tingkatkan penggunaan perkataan kerana anak sudah memberi respon kepada komunikasi bersama kita.

IMG_20151125_184400

3) Membuat ayat pendek

Apabila anak sudah boleh menyebut nama benda, rangsang anak untuk mula membuat ayat-ayat pendek. Mulakan dengan 2 patah perkataan, dan meningkat dengan kemampuan anak.

Contohnya anak sebut “lori”

Ibu sambung “lori besar”

Ibu ulang beberapa kali sehingga anak sendiri sebut “lori besar”

Proses menggabungkan 2 perkataan ini perlu dilatih, bukan dibiarkan anak belajar sendiri. Anak yang sentiasa dilatih akan mengalami perkembangan bahasa yang lebih baik.

DSC_0612

Biasakan untuk menemani anak bermain dan sentiasa bercakap-cakap dengan mereka

Asasnya, ibubapa janganlah malas untuk ‘bersembang’ dengan anak walaupun mereka belum memberikan respon. Apatah lagi untuk anak yang ditinggalkan di taska yang sangat kurang perhatian secara khusus, ibubapa perlulah menggantikannya pada awal pagi dan selepas pulang bekerja. Jika tidak mungkin anak anda akan mengalami sindrom kelewatan bertutur seperti yang saya pernah kongsikan di SINI.

Selamat bersembang dengan si comel anda!