Betulkah ‘White Baby Noise’ Boleh Bantu Anak Tenang?

0
107
views
whitenoisebabymuzikanaktidur

Sejak tulis flashback pasal anak tak nak duduk dalam carseat tu kan, macam-macam pulak ilmu lain saya dapat. Alhamdulillah. Rezeki berkongsi ilmu agaknya. 🙂

Ada sorang rakan FB saya cerita pasal White Baby Noise. Katanya dengan pasang bunyi-bunyian yang serasi dengan anak, ia dapat bantu anak tenang dan tidur lebih nyenyak. Saya pun teringat pernah dapat fail muzik digital untuk terapi semasa hadir ke satu seminar motivasi. Bila dengar muzik tu macam kelakar ja. Siap fikir boleh ke buat orang jadi tenang. ^_^

Tapi saya saja la share kat FB. Alhamdulillah ada ibu yang memang dah amalkan untuk anak dan ia berkesan. Anaknya memang tidur ditemani bunyi vakum. Meriah! Tapi ok la kan, memang anaknya tidur lama. Boleh atasi masalah anak susah tidur.

whitenoisebabymuzikanaktidur

Lepas tu ada seorang pelanggan Balm Tasneem Naturel ni pun cuba juga pada anaknya, dan alhamdulillah nampak ada kesan positif. Sebelum tu memang anaknya selalu menangis ja kat carseat. Baru 3 bulan. Mak mana yang tak kesian kan. Bila dia share macam tu rasa terharu pulak.

whitenoisebabymuzikanaktidur

Ya lah, masa kita ada masalah tu dulu tak tau nak buat macam mana. Hadap ja la. Bila tau ada cara ni sekurang-kurangnya dapatlah bantu ibu-ibu lain kan.

Ini saya sertakan cara nak dapatkan White Baby Noise. Ada 2 cara samada download music file (mp3/mp4) atau guna aplikasi android. Kalau download tu akan masuk ke memory card, jadi senang nak pasang. Tapi akan guna ruang memori dalam telefon. Kalau banyak fail lagi besar ruang akan guna.

Cara yang saya sempat explore ni guna aplikasi android. Search ‘White Baby Noise’ kat google play tu. Nanti akan keluar macam-macam pilihan.

whitenoisebabymuzikanaktidur

Saya pilih yang ni. Tengok review star banyak ok la agaknya kan.

whitenoisebabymuzikanaktidur

Dah download keluarlah semua bunyi-bunyi pilihan tu. Jadi ibu bolehlah pilih bunyi yang anak selesa. Cuba pasang dan tengok respon anak macam mana. Usaha ja la kan, kita pun tak tahu mana yang berhasil. Kalau dapat tidurkan anak tanpa bantuan buaian, ia lebih baik kan.

whitenoisebabymuzikanaktidur

Selain tu ibu boleh juga guna balm calm time ni untuk bantu badan anak rembeskan hormon tenang. Anak kecil ni dia rasa tak selamat bila kita letak dalam carseat sorang-sorang macam tu. Jadi hormon tenang ni dapat bantu anak stabilkan emosi mereka.

calmtimebalmuntukanaktenangdalamkereta

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai balm ni boleh klik SINI.

Selamat berusaha!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here