Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Bila anak-anak duduk bersama baik-baik, kongsi mainan elok-elok biasanya apa respon kita? kebiasaannya kita pun rasa lega dan biar ja anak-anak main macam tu. Dengan harapan biarlah anak tu baik lama-lama, banyak kerja kita boleh buat kan.. -__-

Tapi bila anak-anak ‘yang baik’ tadi tu buat satu kesalahan, contohnya berebut mainan ke, lompat-lompat ke, tumpahkan air ke terus dengan pantas kita pun tegur kesalahan anak. Betul tak? Kalau tak betul bagus sangat, kekalkan prestasi tu. ^_^

Saya pun seringkali terbabas dalam mengurus emosi. Dan setiap kali tengok anak main baik-baik, terus saya teringat satu artikel keibubapaan yang pernah saya baca dari blog pendakwah kontemporari iaitu di www.saifulislam.com

Kompilasi tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Kompilasi tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis www.saifulislam,com

Beliau berkongsi bagaimana beliau dan isteri bertemu dengan pakar psikologi kanak-kanak untuk merujuk masalah anak suka bergaduh. Antara tips penting yang dikongsi ialah bagaimana kita memberi respon kepada anak apabila ‘anak sedang baik’.

Pakar kanak-kanak itu mengingatkan untuk ibubapa lebih prihatin dengan anak-anak semasa mereka sedang baik. Contohnya apabila anak duduk main bersama, puji anak-anak kerana berkongsi mainan.

Bagus Muhammad Fateh main baik-baik dengan Nur Faqihah. Allah suka dengan orang yang kawan baik-baik macam ni

Seronok Fateh dan Faqihah main kinetic sand bersama

Seronok Fateh dan Faqihah main kinetic sand bersama

Agak-agak apa rasa anak ketika tu?

Mesti la seronok kan. Ya, barulah anak tu tau apa yang dia buat tu betul. Sehingga mendapat pujian ibubapanya. Dan ini akan merangsang anak-anak untuk ‘mengekalkan prestasi’ dalam keadaan baik apabila bermain.

Berbanding kita membiarkan mereka bermain sendirian, kemudian bila dah meletup baru mak nak beri perhatian. Anak yang fitrahnya mahukan perhatian akan berfikir, oo..macam ni cara nak dapat perhatian dari mak.

Betul tak?

Bagus 2 beradik ni berkongsi mainan

Bagus 2 beradik ni berkongsi mainan

Jom kita ubah cara fikir dan cara uruskan emosi diri dan anak-anak. Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu kita menjadi ibubapa yang lebih baik dan membentuk anak-anak yang mempunyai akhlak yang mulia. In syaa Allah.