Anak berak berdarah ni antara pengalaman yang mengerikan dalam kamus saya sebagai ibu. Lagi-lagi kalau jenis takut tengok darah macam saya ni. Memang meremang-remang bulu roma nak intai dalam mangkuk tandas tiap kali anak berak. -_-

Masa anak sulung baby memang selalu tak berak berhari-hari, tapi ok saja sebab minum susu ibu ja. Bila umur 2 tahun lebih ada juga berlaku berak berdarah, tapi darah sikit2 ja la dan on off ikut keadaan semasa. Masa tu macam2 cara jugak nak bantu dia hilang dari  fobia buang air besar tu.

Sana sini la jugak bawa anak jumpa doktor, tapi tak banyak yang boleh dilakukan kerana ia berkait dengan pemakanan harian yang menyebabkan sembelit dan faktor psikologi. Siap sekali tu bayar mahal2 doktor hanya masukkan cecair enema a.k.a sabun bontot tu ja.haha.

kanak kanak sembelit berak berdarah

Sembelit adalah masalah yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebiasaannya ia berpunca dari tabiat ke tandas yang belum sempurna atau berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang

Cuma antara panduan yang diberikan oleh doktor, jika darah itu berwarna kehitaman dan dijumpai di dalam najis, ia mungkin datang dari usus. Tetapi jika ia darah segar yang keluar bersama atau selepas najis keluar, ia disebabkan oleh luka pada saluran najis.

Berbeza dengan anakanda Faqihah, dia tidak pernah mengalami sembelit sejak kecil. Ianya hanya bermula sejak saya menghantarnya ke tadika pada usia 4 tahun. Selepas 2 bulan ke tadika, saya dapati Faqihah semakin kerap sembelit.

kanak kanak sembelit berak berdarah

Fasa Faqihah berak berdarah menjadikan saya terpaksa kawal segala makanan yang di makan

Bila diselidiki, pihak tadika hanya membekalkan roti diselang seli dengan bijirin sarapan pagi untuk makanan pada waktu rehat. Saya memang pernah berbincang dengan gurunya mengenai isu makanan berproses. Tetapi tidak banyak yang dapat di ubah kerana pihak pengusaha memang tidak menitikberatkan pemakanan pelajar.

Diet seharian Faqihah memang banyak mengandungi makanan berproses. Hanya selepas pulang ke rumah saya akan usahakan untuk dia makan nasi, tapi memang Faqihah kurang makan buah dan sayuran. Itu kesilapan saya.

makan sayur dan buah untuk elakkan kanak kanak sembelit berak berdarah

Pemakanan sayur dan buah-buahan yang cukup dalam diet harian dapat mengelakkan sembelit

Dengan rutin pemakanan seperti ini akhirnya Faqihah telah masuk ke episod berak berdarah. Ketika kali pertama berlaku kira-kira seminggu lepas, saya sangat terkejut kerana darahnya banyak. tidak seperti keadaan anakanda Fateh sebelum ini.

Namun saya tidak terlalu risau kerana telah mempunyai pengalaman dengan anakanda Fateh dulu. Selepas kejadian pertama, saya mula mengawal pemakanan beliau. Kejadian masih lagi berulang. Kemudian saya belikan goreng pisang untuknya, dan tidak berlaku pendarahan.

kanak kanak sembelit berak berdarah

warna najis perlu sentiasa di perhatikan kerana ia jadi petanda kesihatan sistem penghadaman anak

Ketika pulang ke kampung baru-baru ni, kejadian itu berulang sehingga mengejutkan kakak saya. Ini kerana kuantiti darah yang keluar itu agak banyak. Saya tidak terlalu bimbang kerana ketika itu najisnya memang keras.

Selepas itu saya memujuk Faqihah supaya menghentikan seketika pengambilan minuman coklat kegemarannya dan amalkan petua-petua untuk hilangkan sembelit.

Tengahari semalam, ketika sedang bermain Faqihah terbuang air besar di dalam seluar. Saya hairan kerana dia memang sudah lama bebas lampin. Dan apabila di bawa ke tandas, saya lihat darah menitik dari duburnya. Sedangkan ketika itu najisnya langsung tidak keras. Ibu mana yang tak bimbang kan.

Saya terus membawanya ke klinik berhampiran. Selepas menceritakan situasi di atas, doktor menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian dari episod sembelit yang dialaminya sebelum ini.

Oleh kerana dia baru sahaja mengalami sembelit, bahagian rektumnya mengalami luka. Dan ketika proses penyembuhan luka itu belum sempurna, dia buang air besar sekali lagi. Jadi walaupun najisnya tidak keras dah tidak mengalami sembelit, luka asal itu boleh kembali berdarah.

Rektum yang terjejas oleh kanak kanak sembelit berak berdarah

Bahagian rektum akan mengalami luka apabila bergesel dengan najis yang keras. Ini menyebabkan pendarahan berlaku

Jadi doktor tersebut hanya menasihati saya untuk terus menjaga pemakanan anakanda Faqihah dan memantau keadaan najis beliau. Jika sembelit dan pendarahan berlaku dalam tempoh terdekat, ia masih dalam episod sembelit yang sama. Hanya  jika selepas sebulan tidak sembelit dan najis sudah lembut tetapi pendarahan masih berlaku, sampel najis perlu diambil untuk ujian makmal.

kanak kanak sembelit berak berdarah

Sentiasa dapatkan nasihat doktor bagi memastikan masalah anak tidak berpunca dari masalah yang serius. Maklumat di alam maya hanya sebagai rujukan sampingan

Kesimpulan yang dapat dibuat dari perbincangan dengan doktor ialah memastikan anak mengambil diet yang seimbang dan memantau keadaan najis anak bagi memastikan samada pendarahan berpunca dari sembelit atau faktor jangkitan lain. Saya pulang dengan sedikit lega walaupun masih gusar memikirkan bagaimana untuk membantu Faqihah mempunyai diet yang lebih baik.

Alhamdulillah lepas lebih serius menjaga pemakanan harian Faqihah, akhirnya berjaya jugak keluar dari episod berak berdarah. Ia menjadi pengajaran besar pada saya untuk sentiasa memantau pemakanan anak-anak.

Yang ralatnya bila anak2 dah besar barulah saya jumpa rupanya ada produk yang dapat bantu lancarkan penghadaman supaya tak tersangkut dengan masalah sembelit lama2. Alahai rugi tak tau benda gini masa anak kecik2 kan.

Tapi takpa la saya share la kat sini ibu2 yang perlukan cara untuk atasi masalah boleh baca cara hilangkan sembelit bayi dan kanak-kanak.