Akidah adalah prinsip paling penting yang wajib diterapkan dalam setiap diri anak-anak. Dengan pegangan akidah yang mantop, anak boleh membawa diri menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita.

Soalnya, bila nak mula? Alhamdulillah semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U, penceramah berkongsi mengenai hal ini. Menurut Puan Siti Rohana, seawal usia 1 tahun kita boleh mula bagi anak kenal siapa yang paling utama dalam hidup dia.

Tak payah bukak kitab tauhid pun, semua muslim boleh buat. Ini tips yang beliau kongsikan.

Sebut Nama Allah kepada Anak

Sebut sahaja “Allah”. Jadikan ini amalan kita sebagai ibu. Takda apa-apa nak sebut, sebut perkataan ALLAH. Sebut zikir-zikir yang ada nama Allah.

Anak bersin sebut Alhamdulillah
Anak buat benda baik Subhanallah / Masya Allah
‘Terkejut’ dengan anak, sebut Lailahailallah.

Bagi anak makan cakap ALHAMDULILLAH, rezeki ALLAH bagi,
Bawa anak tengok ayam, sebut ALLAH yang cipta,
Bawa anak mandi laut, sebut ALLAH buat laut cantik.

Mudahkan! Rugi sangat tak buat.

anaksukahaiwan

Anak kecil perlu sentiasa diingatkan semua yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah

Bila dari anak kecik kita dok sebut ALLAH,ALLAH setiap hari, dia mula cakap ja dia akan tiru semua ayat kita sebut tu. Dan mula dapat mulut ja muncul lah soalan

Allah tu apa?
Allah tu kat mana?

Ha..Itulah permulaan untuk terapkan ilmu akidah pada anak. Kerana itu tugas membangunkan akidah dalam jiwa anak adalah tugas kita ya ibu-ibu, bukan kerja ustaz ustazah.

Didik anak minta hanya pada Allah

Bila anak cakap nak mainan, terus ajak anak berdoa.

“ok jom doa kat Allah dik. Ya Allah, bagilah adik ada rezeki mainan ni.

Banyak impian anak yang kita tak dapat penuhi tapi sangat mudah untuk Allah berikan

Anak nak buku, nak makanan. Ajar dia minta pada Allah.

Bila dah selalu buat, tak payah suruh anak datang cakap. Dia nak komik, tadi dah doa minta kat Allah. Datang kat ummi ni bagitau ja.

Sentiasa sebut apa yang Allah buat tu adalah yang terbaik

Dah plan nak pergi main, hujan. Takpa, Allah the best planner. Ada sebab. Kita hamba tak tau, Allah Maha tahu. Bila dah biasa sebut macam ni pada anak, mereka mudah menerima setiap ketetapanNYA dengan redho.

Kan kita tengah mengajar akidah pada anak tu. Nanti bila-bila ummi merungut, terus dapat tazkirah Daie Cilik. Hihi.

banjirbesarkelantan banjirbesarkelantan

Ok kita amal 3 perkara ni dulu lah, in syaa Allah banyak isu anak kecil boleh diatasi bila kita masukkan dalam akidah dalam diri anak kecil kita. Selalu jadi ibu ni ‘stress’ tak dapat penuhi permintaan anak yang tak berkesudahan kan.

Tapi in syaa Allah dengan penerapan akidah, anak seawal 4,5 tahun dah boleh ‘redho’ dengan konsep rezeki.

Tak perlu sebut selalu pun, dia akan calm dirinya sendiri dengan apa yang kita suntik selalu. Dan masya Allah disebabkan mereka berdoa dari hati yang bersih, banyak impian mereka termakbul BUKAN melalui kita. Jeles kadang tu. Hihi.

Selamat beramal!
Ya Allah, pilih lah kami dan anak-anak kami dalam kalangan mereka yang MENCINTAIMU