Buku WOW Pilihan Ibubapa Sibuk

1
110
views
Aktiviti Bina suku kata
Pelbagai aktiviti bina suku kata boleh dibuat menggunakan kad aktiviti ini

Sebagai ibubapa muda memang banyak misi yang hendak dicapai dalam hidup. Ini menjadikan setiap detik dalam kehidupan kita amat berharga. Apa sahaja pilihan yang lebih efektif, kita akan cuba untuk ambil peluang tersebut. Kerana kita tahu setiap pilihan itu akan membantu kita mencapai misi kita dengan lebih mudah.

Begitu juga dalam misi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang. Walaupun setiap hari anak sudah dihantar ke sekolah yang bagus, ia tidak boleh menidakkan peranan kita dalam mendidik anak-anak. Bagaimana sibuk sekalipun, kita perlu berusaha untuk memperuntukkan masa berkualiti setiap hari bersama anak. Biarpun singkat, besar impaknya kepada anak in syaa Allah.

Dalam usaha membantu ibubapa yang mempunyai misi untuk membuat aktiviti bersama anak di rumah, Pakej Buku WOW ini telah muncul. Buku WOW disusun bagi memudahkan misi ibubapa membantu anak-anak bersedia untuk belajar membaca seawal mungkin.

Pakej Buku WOW

Buku ini merangkumi bahagian untuk bacaan dan bahagian untuk membuat aktiviti bersama anak. Jadi ia dapat menjimatkan masa untuk mencari bahan yang bersesuaian untuk aktiviti anak.

Bahagian bacaan mempunyai tulisan yang besar dan berwarna merah atau hitam. Ini bertujuan untuk memastikan anak lebih cepat untuk mengecam bentuk huruf. Menurut Glenn Doman, kad imbas/buku yang bagus mempunyai tulisan berwarna hitam atau merah dan mempunyai latar berwarna putih. Ibubapa boleh melipat buku wow ini dah tayangkan seperti kad imbas di hadapan anak.

Buku WOW

Selain itu, perkataan yang digunakan di dalam buku ini juga lebih mudah dan hampir dengan sosio budaya di Malaysia. Anak akan lebih cepat mengingat dan memahami kandungan pembelajaran. Ini penting kerana anak akan mudah mengingati apa yang dipelajari apabila melihatnya di dalam dunia sebenar.

Aktiviti Bina suku kata
Pelbagai aktiviti bina suku kata boleh dibuat menggunakan kad aktiviti ini

Selepas membaca, anak boleh membuat aktiviti menyusun huruf menggunakan kad aktiviti. Ia boleh dijadikan aktiviti pengukuhan untuk anak lebih ingat bentuk dan bunyi setiap huruf. Pelbagai cara boleh dimainkan samada masukkan dalam fur stick, susun di meja, lekat di dinding menggunakan selotep dan sebagainya. Aktiviti sebegini berlaku secara spontan apabila kita sudah bersama anak-anak.

Pelekat ABC
Anak boleh suaipadan pelekat gambar ini dengan huruf yang betul

Pada bahagian kedua buku ni, anak-anak boleh melatih kemahiran menulis dan beraktiviti. Gambar yang besar boleh digunakan untuk anak menyurih. Selepas itu anak boleh mewarna seperti biasa atau menulis dengan Teknik Rainbow. Teknik rainbow sangat digemari oleh anak kecil tanpa mereka sedar sedang belajar menulis.

Ruang-ruang untuk aktiviti juga disediakan. Anak boleh menggunakan ruang ini untuk membuat bentuk huruf menggunakan Magic Light Clay. Bagi anak yang suka melukis, boleh lukis objek yang sesuai dengan huruf. Pelekat gambar berwarna warni juga disediakan untuk memudahkan ibubapa.

Dengan kepelbagaian bahan dan aktiviti yang ada dalam pakej ini, in syaa Allah akan timbul minat anak terhadap aktiviti bacaan. Apabila minat sudah timbul, usaha untuk mengajar anak-anak membaca akan menjadi lebih mudah. In syaa Allah semua ibubapa mampu untuk membantu anak-anak untuk bersedia belajar membaca. Asalkan kita mahu dan bertindak segera. Selamat berusaha ^_^

 

 

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here