Cara Atasi Masalah Bayi Berkahak

2
165
views
rawatkahak

Baru-baru ni saya ada terbaca perkongsian ibu mengenai masalah bayi berkahak. Sampai perlu rujuk kepada pakar untuk keluarkan kahak tu. Dan macam biasalah, bila dah jumpa satu isu saya suka korek lagi untuk faham sesuatu masalah tu lebih mendalam.

Wah gerun juga bila baca pengalaman ibu-ibu yang pernah alami masalah bayi berkahak ni. Rasa syukur sangat dua-dua anak saya tidak alami masalah yang serius macam ni. Sekadar selsema biasa tu adalah lah.

Menurut Doktor Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa) yang merupakan pakar masalah berkaitan pernafasan

Anak-anak kecil ni memang sejak lahir ada lendir/kahak yang tertinggal. Ia bergantung pada bayi, ada baby mampu atasi dan lama-lama hilang sendiri. Tapi ada bayi yang tak mampu keluarkan dan lama-lama kahak ini menjadi punca lelah.

Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan sedut keluar kahak tu atau bagi dia muntah supaya kahak keluar bersama muntah.

Di Klinik Wangsa Dr Nadir Khan dan rakan-rakan, mereka menawarkan 3 perkhidmatan

  1. Guna nebulizer (membuka saluran pernafasan bayi yang sempit)
  2. Guna nebulizer dan sedut kahak
  3. Tepuk percussion dan bayi keluarkan kahak sendiri

Perkhidmatan pertama dan kedua ada ditawarkan di kebanyakan klinik kanak-kanak. Kos rawatan dalam lingkungan RM150 mengikut klinik.

Doc tengah sedut kahak sambil2 tu Doc explain lebih details tentang penyakit lelah & sebagainya. Sangat ramah �

Posted by Nurul Izzati on Tuesday, 6 June 2017

 

Kaedah tepuk percussion boleh dilakukan sendiri oleh ibubapa di rumah. Ini adalah kaedah yang dikongsikan oleh Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin di dalam akhbar Utusan Melayu.

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

cuppinghandtepukbayi

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Doc ajarkan cara nak tepuk anak2 supaya bagi kahak senang keluar

Posted by Nurul Izzati on Tuesday, 6 June 2017

 

Dan tepuk percussion ini boleh juga dilakukan serentak dengan mengewap air lemon atau air bawang putih. Ini semua adalah kaedah semulajadi yang selamat untuk membantu proses mengeluarkan kahak dan anseptik semulajadi.

Selain itu ibubapa juga boleh menggunakan balm Coughflu Tasneem Naturel ini untuk mengatasi masalah bayi berkahak, selsema dan menurunkan suhu demam. Balm yang hanya menggabungkan bahan semulajadi bersama minyak pati tumbuhan (eseential oil) ini sesuai digunakan sejak bayi. Untuk maklumat lanjut mengenai balm boleh klik SINI

bayibatukberkahak

Apa jua usaha yang kita buat, itu adalah ikhtiar. Akhirnya yang menyembuhkan adalah Allah Yang Maha Penyembuh. Sentiasa berdoa agar usaha yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk anak-anak, kerana hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan bumi.

Wallahualam.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here