Kebanyakan bayi yang baru lahir berhadapan dengan masalah kahak dan selsema. Ada juga bayi yang mengeluarkan bunyi semasa bernafas dan minum susu. Ini semua mendatangkan kerisauan kepada kita sebagai ibubapa mengenai keadaan kesihatan anak.

Di sini saya kongsikan maklumat dari doktor yang merupakan pakar masalah berkaitan pernafasan, Doktor Dr. Nadir Khan (Klinik Wangsa).

Anak kecil ni memang sejak lahir ada lendir/kahak yg tertinggal. Ia bergantung pada bayi, ada baby mampu atasi dan lama-lama hilang sendiri.

Tapi ada bayi yang tak mampu keluarkan dan lama-lama kahak ini menjadi punca lelah.

Doktor Dr. Nadir Khan
Bayi yang belum boleh keluarkan kahak sendiri hanya akan merengek sepanjang masa

Bagi kes anak yang tidak mampu keluarkan sendiri kahak, ibubapa perlu sedut keluar kahak tu atau bagi dia muntah supaya kahak keluar bersama muntah. Ada pelbagai kaedah untuk keluarkan kahak samada dibuat di rumah atau menggunakan bantuan mesin di klinik.

Rawatan biasa di klinik adalah dengan menggunakan nebulizer dan sonotron. Rawatan begini biasa cepat tapi tak boleh kerap digunakan. Ada kesan sampingannya dari penggunaan alatan begini terutamanya bagi bayi. Kos pun boleh tahan juga kan, jadi gunalah bila benar-benar perlu.

Rawatan sonotron menggunakan haba untuk membantu mencairkan kahak

Jadi sebaiknya gunakan teknik rawatan yang lebih alami di rumah sendiri. Terdapat pelbagai petua untuk cairkan kahak yang sudah di amalkan turun temurun. Ianya bergantung pada kerajinan kita untuk mencuba hingga berjaya.

Tepuk percussion juga dapat bantu longgarkan kahak. Ia boleh dilakukan sendiri oleh ibubapa di rumah. Ini adalah kaedah yang dikongsikan oleh Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin di dalam akhbar Utusan Melayu.

Tepuk percussion bertujuan membantu melonggarkan kahak

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

Bentukkan tapak tangan seperti ini semasa melakukan tepuk percussion

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Tepuk percussion sangat bagus digabungkan dengan balm CF rub dari Tasneem Naturel. Balm ini dirumus dari minyak tumbuhan (essential oil) yang telah terbukti membantu mencairkan kahak dan lendir pada bayi. Semua bahannya adalah semulajadi, selamat digunakan sejak bayi lahir.

cfrubtasneemhilangkankahak

Balm CF rub boleh digunakan untuk merawat masalah berkaitan pernafasan seperti batuk berkahak, selsema, resdung dan kes asma ringan. Balm ini mengandungi minyak dari Lemon, Sweet Orange, Eucalyptus, Cypress & Tea tree. Minyak ini digabungkan dalam bentuk balm bersama carrier oil, beeswax dan shea butter. Semunya adalah bahan semulajadi berasaskan tumbuhan.

Ribuan ibubapa di Malaysia telah menggunakan balm CF rub untuk membantu melegakakan masalah pernafasan anak termasuk kahak.

Banyak maklum balas begini yang kami terima dari pengguna balm CF rub
Kahak adalah kotoran yang tersimpan dalam saluran pernafasan. Ia perlu dikeluarkan untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius

Selain digunakan untuk cairkan kahak, balm CF rub ini juga sangat membantu mengatasi masalah selsema, hidung tersumbat, nafas berbunyi dan menurunkan suhu demam.

Untuk melegakan selsema

“Sapu di hidung, terus meleleh hingus. Sebelum ni pakai sapuan lain tak meleleh”

Hidung tersumbat

“Selsema dah baik, bunyi hidung sumbat pun dah berkurangan. Tidur pun lena”

Balm CF rub telah berada di kebanyakan rumah di seluruh Malaysia sejak 2017. Ramai ibubapa yang sangat berpuas hati dengan balm ini dan sentiasa menyimpannya di rumah untuk kegunaan bila diperlukan. Untuk dapat balm ini boleh wasap kami terus untuk maklumat lanjut.

balmtasneemnaturel