Cara Buat FB Ads yang Berkesan untuk Newbie

0
20
views

Bila kita baru berbisnes, semua benda kita rasa nak buat waktu tu jugak kan. Apa yang orang cakap boleh hasilkan jualan mesti kita pun nak terjah buat.

Terjah menterjah ni memang amalan mulia di kalangan orang bisnes.haha. Yer la kalau kau nak bisnes tapi banyak sangat fikir gitu gini, lambat buat tindakan memang asyik makan asap la dok dalam dunia bisnes. Ia dunia yang semua orang berfikir dengan cepat dan bertindak dengan pantas.

Tapi untuk terjah guna marketing berbayar seperti FB ads ni, perlu jugak persediaan mental supaya anda tak terjatuh dalam lubang yang terlalu dalam. Ini pengalaman saya ja, boleh jadi sesuai untuk anda dan boleh jadi jugak tak perlu.

Melangkah ke dunia pemasaran berbayar dengan ilmu dapat bantu kurangkan kerugian besar

Saya bermula FB ads dengan terjah, boleh buat iklan tapi memang mahal kemain. Leads banyak masuk tapi sale biasa2 ja, kemahiran layan pelanggan pun kelaut lagi kan. Jadi lepas2 ja la profit dengan kos ads tu. Saya pun memang sedar dah masa tu tak betul cara saya ni.

Nak dijadikan rezeki, saya dapat tajaan tiket ke Seminar Chapter F anjuran Sifubads dari seorang dermawan. Lepas join kelas tu rasa cerah sikit, tapi bila buat asyik sangkut ja. Jadi sebab nak buat betul2, saya pun daftar kelas advance.

Belajar dengan Sifu Jamal buat saya sangat excited dengan ilmu pemasaran yang sangat luas

Alhamdulillah kelas advance dengan Sifu Jamal ni sangat bagus, memang tak rasa langsung rugi invest untuk tuntut ilmu dari dia. Sungguh2 dia ajar satu2. Dan dapat pulak kenal ramai owner produk yang hebat2 kat sana.

Alkisahnya bila balik dari kelas dam mula bertindak, masih sangkut sebab
1) Margin untung produk saya kecik, jadi tak berbaloi dengan kos yang nak dilaburkan  
2) Modal nak dilabur untuk ads tak banyak, bila dah banyak duit terbakar tapi sale tak masuk mula la gelabah. Buat split test takut2 mana boleh hidup.huhu.
3) Tak kuat semangat macam mereka yang dah berjaya guna FB ads ni.

Dan nombor 3 tu la punca paling UTAMA.

Walaupun dah dibekalkan dengan ilmu yang mantap, tanpa mentor yang bimbing akhirnya saya kelemasan jua

Jadi ilmu yang dapat dari kelas tu saya banyak guna dalam free marketing ja. Cuma satu kesilapan yang nak saya kongsikan, saya belajar pengiklanan berbayar sebelum saya kuasai kemahiran marketing asas yang lain. Jadi pulangan rendah walaupun tools marketing bagus.

Jadi beberapa saranan saya untuk kawan2 yang nak belajar fb ads 

1) Kuasai kemahiran marketing asas

Betul2 kenal siapa pelanggan kita, skill copywriting, cara main gambar, betul2 kenal produk, skill close sale dan lain2 ilmu penting yang dapat buat jualan berlaku.

Mudah ceritanya bagi la bisnes sekarang ni dah buat pendapatan yang stabil menggunakan platform free marketing dulu. Itu boleh jadi petunjuk kita dah kuasai kemahiran bisnes online .

2) Pastikan margin keuntungan produk mesti lebih dari rm30.

Kalau sikit2 macam bisnes edutoys saya dulu memang sakit la nak guna marketing berbayar. Kalau margin kecik kena la fikir buat pakej ke, borong ke baru la boleh survive. Itu ler jarang kita tengok ‘sponsored post’ tu benda murah2 kan, mana nak cover kos kalau murah sangat.

3) Cekal tahap gaban!

Yang ni serious. Saya pernah spend berhari-hari buat satu ads tak jadi-jadi, pun dah give up. Sekali Sifu Jamal cerita ada trick yang dia ajar tu bukannya dia dapat result dengan cuba sekali dua, tapi 30 kali! Ada bran?

Peringkat awal bangunkan bisnes kita akan teraba-raba mencari apa yang perlu difokuskan kerana terlalu banyak perkara yang nak dibuat

Kalau semangat macam agar2 memang tak lama la boleh bertahan, 3 bulan sekali FB tukar algoritma. Tak banyak, sikit pun ke jugak kaji perubahan baru tu. Memang kena betul-betul gigih kalau nak menyelam dalam pemasaran berbabayar

Kesimpulannya, untuk yang baru nak bermula guna lah marketing tools percuma dulu. Asah kemahiran2 asas, baru la menuntut ilmu pengiklanan berbayar ni. Kurang la sikit lebur duit kat situ, dah expert benda asas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge