Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi secara Selamat dan Mudah

2
105
views

Anak kembung adalah situasi yang sangat merimaskan bagi ibubapa yang ada anak kecil. Tangisan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan ibubapa menjadi tak keruan dan boleh mengundang stress. Jadi semua ibubapa akan cuba mengelakkan dari berlakunya kembung pada anak terutamanya yang masih bayi.

Punca bayi kembung perut

Antara punca bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi.

Farah Norashiyqin Abdul Halid (Pegawai Farmasi )
Teknik penyusuan dan penggunaan botol yang betul adalah penting bagi mengelakkan kembung berlaku

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut.

Tanda bayi kembung perut

Antara tanda yang menunjukkan bayi mungkin sedang mengalami kembung perut ialah

  • Bayi berusia 2 minggu ke atas yang kerap menangis tanpa sebab
  • Bayi menangis berpanjangan dan sukar untuk dipujuk seperti kebiasaan
  • Bayi menangis secara berjadual seperti selepas waktu asar setiap hari
  • Tangisan bayi kedengaran seperti sedang menjerit
  • Bayi meneran ototnya seperti menggengam tangan, membengkokkan jari kaki dan menutup mata ketika menangis. 

Jika bayi anda mempunyai tanda-tanda seperti ini, besar kemungkinan dia sedang alami kembung perut atau kolik. Kembung perut tidak semestinya ditunjukkan dengan perut yang keras tetapi tangisan bayi itu menunjukkan dia sedang mengalami rasa tidak selesa.

Terdapat pelbagai petua tradisional untuk mengatasi masalah kembung yang biasanya ia memerlukan pada bahan-bahan asas seperti lada hitam, daun sireh dan bawang. Semua ini memerlukan kerajinan pada ibubapa untuk memproses dan keberkesanannya juga bergantung pada individu.

Bila bayi sudah mula meraung ibubapa perlu cari penyelesaian pantas untuk selesaikan masalah

Tapi dengan kemunculan balm bayi berasaskan minyak pati tumbuhan (essential oil) ini, ibubapa sudah tidak perlu bersusah payah sediakan bahan untuk rawat anak kembung. Hanya oleskan balm T-rub ini pada tapak kaki dan perut anak, seketika kemudian anda boleh dengar sendiri anak melepaskan angin dan hilanglah masalah kembung yang ditanggungnya.

BalmtrubtasneemHilangkanKembungPerutBayi

Selain masalah kembung, balm T-rub ini juga boleh digunakan untuk atasi masalah sakit perut, cirit birit, sembelit, muntah susu dan gastrik. Semua masalah yang berkaitan dengan penghadaman ini akan dapat di atasi dengan pantas menggunakan balm T-rub ini.

Walaupun balm ini nampak biasa-biasa sahaja, namun kandungan minyak pati dalam balm ini dapat memberikan hasil yang sangat hebat. Gabungan minyak dari Fennel, Ginger, Wild Mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise & Jupiter sangat berkesan untuk membantu masalah berkaitan penghadaman.

BalmtrubtasneemHilangkanKembungPerutBayi

Yang lebih menyeronokkan ialah balm T-rub dari Tasneem Naturel ini tidak panas, jadi bayi pun rasa selesa ja bila disapu dengan balm ini. Hanya sedikit rasa berangin dan EO halia sudah cukup untuk mengeluarkan lebihan angin dari perut bayi.

Halia memang susah diketahui umum sangat bagus untuk mengatasi masalah ketidakselesaan perut

Balm T-rub ini juga sangat mudah digunakan untuk hilangkan kembung perut bayi dengan segera. Essential oil di dalam balm ini memang sudah dirumus sesuai untuk dos bayi baru lahir. Hanya terus sapukan pada bayi dan lakukan urutan di tapak kaki dan perut bayi untuk memberikan kesan penyerapan yang lebih baik.

Sejak kali pertama dihasilkan pada November 2017, ribuan ibubapa telah menggunakan balm T-rub ini untuk mengatasi masalah kembung perut bayi. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk menggunakan balm T-rub ini menggantikan minyak sapuan lain pada perut bayi sebagai rutin selepas mandi.

“Lepas sapu selamg 2-3 minit ja mesti terkentut. Pastu malam pun dah tak meragam. Bangun malam untuk menyusu ja”
“Baby saya jenis kuat kembung..tak kira saya pantang makan atau tak. Tapi lepas guna balm ni ade la sehari dua yg dia tak kembung langsung. Asyik kentut je.hehe”

Biasanya maklumbalas yang kami terima memang anak kerap kentut selepas disapukan dengan balm T-rub ni. Selain tu balm ini juga sangat membantu masalah penghadaman lain seperti sembelit, sakit perut dan cirit birit.

5 hari tak buang air besar, tak sampai setengah jam sapu balm T-rub dah membuang penuh pampers

Anak dah kurang sembelit dan mudah buang air besar lepas guna balm T-rub

Ternyata ramai ibubapa yang sangat berpuas hati dengan pengalaman menggunakan balm T rub untuk hilangkan kembung perut pada bayi mereka. Untuk dapatkan balm ini boleh dapatkan dari agen berhampiran anda atau terus dail +60194715407 untuk pesanan.

balmtasneemnaturel

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here