Cara Hilangkan Ruam Panas yang Semua Ibu Boleh Buat

2
359
views

Bila anak naik ruam ja mula lah ibu-ibu susah hati kan. Perit rasa anak tanggung bila nampak kulitnya memerah tu kan.

Ok, sebelum kita risau banyak-banyak, jom kita kenal apa itu ruam panas?

Ruam panas terbentuk hasil daripada kelenjar peluh yang terlalu aktif. Akibat terlalu banyak rembeskan peluh, kelenjar ini tersumbat dan timbul bintik-bintik kemerahan

Cara Hilangkan Ruam Panas
Ruam panas tidak berbahaya jika berlaku sementara namun ia mengundang rasa tak selesa kepada anak kecil dan menyebabkan mereka meragam

Bahagian yang selalu menjadi ruam panas ialah kepala, leher, bahagian pelipatan dan belakang lutut. Biasanya ruam terjadi dalam kalangan bayi kerana masalah kulit yang sensitif.

Adakah ruam berbahaya?

Walaupun ruam adalah kerengsaan kulit, namun ia tidak membahayakan bayi dan kanak-kanak KECUALI ruam digaru dengan kuat sehingga luka dan dikhuatiri mendapat jangkitan kuman.

Cara Hilangkan Ruam Panas

Pakaikan anak dengan baju yang sesuai

Pakaikan baju yang mempunyai pengudaraan yang baik dan selesa. Baju nipis berlubang adalah pilihan ideal untul bayi yang sedang membesar bagi mengelakkan haba terperangkap di dalam baju yang tebal.

Cara Hilangkan Ruam Panas
Elakkan pakaikan baju dari kain kapas yang tebal dan bertutup dalam cuaca panas

Bagi iklim di Malaysia, baju bertutup dari kain kapas berkualiti hanya sesuai dipakaikan di tempat berhawa dingin. Sebagai ibubapa kita tidak perlu terlalu ghairah pakaikan anak dengan pakaian yang sedap di mata kita hingga mengabaikan keselesaan anak.

Kerap mandikan anak

Bila kerap mandi, kulit bersih dari peluh dan kotoran lain. Cuaca panas akan membuat anak cepat berpeluh, garam mineral pada peluh berkumpul pada permukaan kulit.

Oleh kerana kulit bayi masih sensitif, pengumpulan garam mineral ini menyebabkan rasa tak selesa dan menggalakkan pengeluaran ruam. Jika perlu gunakan sabun, pilihlah sabun yang tidak mengeringkan kulit seperti mandian Calm Bath by Tasneem Naturel yang mengandungi bahan semulajadi sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia
BahanKimiainiPerluDielakkandalamProdukBayi
Kerap mandi secara tidak langsung dapat mengurangkan berpeluh sekaligus mengurangkan penghasilan ruam

Segera mandikan anak bila lihat badannya sudah melekit. Keringkan air lebihan mandian sebaiknya terutama kawasan pelipatan dan kawasan yang sering ditumbuhi ruam.

Sediakan ruang yang nyaman dan berangin untuk anak

Oleh kerana anak kecil belum tahu memberitahu keadaan dirinya, kita sebagai ibubapa perlulah peka dengan keselesaan anak. Cuba sebaiknya sediakan ruang yang nyaman dan berangin untuk anak tidur dan bermain.

Jika tidak menggunakan penghawa dingin sekalipun, kita masih boleh menyediakan keselesaan pada anak dengan menggunakan kipas. Selain itu pastikan pengudaraan udara di rumah kita dalam keadaan yang baik terutama jika anda tinggal di rumah bersaiz kecil.

Cara Hilangkan Ruam Panas

Elakkan duduk dalam bilik yang tiada udara keluar masuk dan haba sentiasa terperuk di dalam bilik. Ini semua akan menyebabkan suhu persekitaran tinggi dan menggalakkan pengeluaran ruam.

Adakah ruam perlu disapu ubat?

Ruam sebenarnya tidak perlu disapu ubat kerana ia akan hilang sendiri apabila badan dapat beradaptasi dengan keadaan. Namun jika ia berlaku terlalu kerap, ia menimbulkan rasa tak selesa dan bayi mungkin akan menggaru/menggosok kulitnya hingga timbul masalah yang lebih serius.

Kerana itu biasanya jika dirujuk ke klinik akan dibekalkan dengan krim sapuan untuk kulit. Namun kebanyakan ibubapa kurang cenderung menggunakan krim ini kerana kesan jangka panjang tidak bagus untuk daya tahan kulit kerana kulit bayi masih terlalu fragile.

Alternatif sapuan dari bahan semulajadi untuk cepatkan ruam hilang boleh gunakan balm skeenz by Tasneem Naturel ini bagi mengelakkan kesan sampingan kepada bayi.

Cara Hilangkan Ruam Panas
Balm skeenz dari Tasneem Naturel dirumus dari essential oil dan minyak premium untuk merawat masalah kulit

Penggunaan sapuan yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh membawa kesan yang lebih buruk pada bayi dan kanak-kanak. Boleh ikuti catatan bagaimana ibu ini berjaya hilangkan ruam bayi sepenuhnya dengan hanya menggunakan bahan semulajadi.

Untuk maklumat lanjut mengenai balm skeenz boleh hubungi 0194715407.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge