Fasa anak sembelit memang merunsingkan semua ibubapa. Anak jadi kerap meragam, kurang selera makan dan nak tidur pun susah. Ini semua berpunca dari perut yang kurang selesa. Tambah kritikal bila dah masuk fasa sembelit berdarah macam anak saya dulu. Makin  bertambah susah hati la kita setiap kali tengok anak meneran.

Punca bayi dan kanak-kanak sembelit

  1. Pemakanan yang tidak seimbang, kurang mengandungi serat
  2. Lengahkan rasa nak buang air besar kerana leka bermain, tak suka tandas sekolah dan sebagainya
  3. Perubahan rutin ketika bercuti dan sebagainya menyebabkan anak tidak mendapat waktu yang selesa untuk membuang
  4. Pengambilan ubat-ubatan tertentu yang mengganggu aktiviti usus
  5. Kurang sesuai dengan susu formula atau terlalu banyak minum susu sehingga kurang makan
Molekul susu formula lebih besar, ia ambil masa lebih panjang untuk dihadam. Itu antara punca berlaku kembung.

Bayi menyusu sepatutnya tidak mudah sembelit

Molekul susu ibu tu memang dah sesuai dengan usus bayi jadi sangat mudah dihadam. Jadi ada fasa bayi menyusu ni jarang buang air besar, biasanya sekitar usia 3 bulan macam tu.

Kebanyakan kandungan susu ibu tu dah diserap, jadi sikit sangat sisa buangan. Ini antara sebab bayi jarang berak. Keadaan ni normal sahaja tapi kita sebagai ibubapa ni memang akan risau tengok anak meneran tapi tak keluar apa pun.

Sebenarnya kalau perut anak lembut elok, dia makan ok tak meragam semua tu kira takda masalah pun. Tapi biasa la kita ni tambah kalau waktu anak sulung memang risau sampai tahap pergi jumpa doktor pakar la walaupun isu tak berak hari2 je pun.hehe. Biasalah mak-mak ni kan, risau lebih.

Sembelit bila anak mula makanan pejal

Bila anak dah mula makan, sembelit berlaku bila pemakanan tak seimbang. Banyak ambil bijirin tapi takda pelawas, atapun anak menolak air kosong. Tambahan pula jika anak ambil makanan berproses seperti bijiran sarapan, biskut, roti dan jajan. Bila kurang makan sayuran, buahan dan kurang minum air memang tunggu masa ja untuk sembelit berulang.

Antara simptom sembelit adalah anak ambil masa yang lama untuk buang air besar. Nampak gelisah meneran, tapi tiada hasil. Jika keadaan ini berlarutan beberapa hari, najis pun semakin mengeras kerana semakin banyak air sudah diserap semula ketika di usus besar. Ini akan menjadikan proses meneran semakin sukar dan menyakitkan.

Tabiat pemakanan yang betul perlu dibentuk sejak awal untuk elakkan sembelit

Bila selalu berulang-ulang keadaan ini dalam masa terdekat, dubur akan luka dan berdarah. Ini akan mendatangkan rasa pedih dan tak selesa sekaligus menyebabkan anak fobia buang air besar. Begitulah kebiasaannya bagaimana anak kecil masuk ke episod sembelit berdarah yang mengerikan.

5 Cara hilangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak

Sebenarnya sembelit lebih mudah dicegah daripada di rawat, terutamanya pada anak kecil. Bila sekali anak dah merasai kesakitan berak semasa sembelit, dia akan mula trauma dan cuba tangguhkan buang air besar. Sebelum itu berlaku, sentiasa amalkan 5 cara di bawah.

1. Selalu bandingkan najis bayi dengan stool chart

Bristol Stool Chart adalah carta rujukan untuk mengenali jenis najis. Jenis yang normal adalah jenis 4&5. Jadi apabila kita lihat najis anak dah mula masuk ke jenis 3, kita dah mula kena ubahsuai pemakanan anak sebelum ia lebih mudarat. Jika kita membiarkan keadaan ini berlarutan hingga jenis 1&2 terlalu kerap, ini akan membawa kepada masalah sembelit berdarah.

Najis type 3 dah mula menunjukkan kurang air. Bila kerap najis type 2 & type 1 anak sudah memasuki episod sembelit.

2. Ubat laksatif untuk lancarkan pergerakan najis

Bila sembelit sudah berlaku, biasanya kita tiada banyak pilihan selain menggunakan ubat laksatif yang dicadangkan oleh doktor. Laksatif bertujuan untuk melancarkan pergerakan najis (melawas) dalam usus.

Laksatif jenis makan ini akan mencetuskan rasa nak meneran, ia keadaan yang tak selesa dan mungkin anak akan menangis

Jika sembelit kurang kritikal, kebiasannya doktor tidak memberikan ubat sembelit untuk menggalakkan penyelesaian secara alami. Tapi selalunya kita sendiri akan beli ubat atau cecair enema ini dari farmasi.

bayi tak berak 3 hari
Rangsangan enema sebenarnya sangat tidak selesa berbanding keinginan ke tanda secara semula. Elakkan guna terlalu kerap.

Cecair enema atau kebiasaan kita panggil pam sumbat bontot ini murah dan cepat berkesan namun tidak bagus kerap diamalkan kerana ia akan merangsang aktiviti otot dubur secara tidak semulajadi. Pastikan cecair enema digunakan bila betul-betul perlu dan mengikut teknik penggunaan enema yang betul.

3. Sapuan minyak dan balsam.

Selain menggunakan ubat-ubatan, penggunaan rawatan alami sangat membantu mengurangkan gejala sembelit. Sekian lama ibubapa dulu menggunakan pelbagai jenis minyak untuk diurut pada perut. Ada yang memberikan kesan pantas dan ada yang lambat berkesan, bergantung pada ramuan minyak.

Untuk bayi pilihlah minyak yang tidak panas kerana kulit mereka masih nipis dan mudah merengsa jika dipakaikan minyak yang tinggi bahan aktif. Namun penggunaan minyak hanyalah sebagai bantuan dari luar, jika tabiat pemakanan anak tidak seimbang kejadian sembelit akan sentiasa berulang.

4. Senaman kayuh basikal dan jalan itik.

Senaman kayuh basikal boleh dilakukan semasa meletak minyak telon di perut bayi selepas mandi. Senaman ini bertujuan menggalakkan pergerakan otot pada usus yang membantu najis untuk bergerak lebih lancar.

Senaman kayuh basikal bertujuan merangsang pergerakan dalam otot usus, jadi risiko kembung dan sembelit dapat dikurangkan.

Jalan itik bagus dilakukan pada kanak-kanak yang tidak selesa duduk mencangkung semasa buang air besar. Kanak-kanak biasanya cenderung untuk meneran sambil berdiri, ini akan melambatkan proses pergerakan najis.

Bawa anak berjalan itik sambil bermain-main tanpa dia sedar cara itu membantu dia selesa duduk mencangkung. Aktiviti ini juga akan mengalihkan fokus anak kepada rasa tak selesa buang air besar dan segalanya akan berlaku lebih lancar!

5. Minuman Jus buah-buahan

Semua ibubapa maklum kepentingan anak ambil buah dan sayur-sayuran setiap hari namun tak mudah untuk diamalkan. Apatah lagi gaya hidup sekarang yang selalu makan di luar, kesuntukan masa sediakan makanan untuk anak dan sebagainya.

Sebenarnya kita boleh lengkapkan diet anak dengan mengambil Jus buahan dari Rizzqy Kids Supplement ini.

Jus ini mengandungi 7 superfood yang bagus untuk kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak iaitu kurma, madu tualang, delima, kismis, aprikot, buah tin, cendawan susu harimau dan Omega 3 & 6.

Kebaikan mengamalkan Jus Rizzqy

  • mempunyai selera makan yang bagus
  • melancarkan menghadaman sekaligus mengatasi masalah sembelit
  • meningkatkan antibodi badan melawan jangkitan batuk dan selsema
  • membantu anak lebih fokus dan bertenaga untuk belajar

Banyak maklum balas positif yang kami terima dari ibubapa mengenai kebaikan yang anak mereka telah dapat setelah mengamalkan Jus Rizzqy ini. Saya kongsikan di sini hanya yang berkaitan bagaimana jus Rizzqy membantu penghadaman lebih lancar sekaligus mengatasi masalah sembelit yang menghantui kehidupan mereka selama ini.

Maklum balas anak sembelit yang ambil Jus Rizzqy

Anak nampak lebih senang membuang, tak perlu teran macam sebelum ni
Baru beli semalam anak dah 3 kali membuang
Dah 2 bulan najis keras, sekarang hari-hari buang najis lembut
2 kali bagu keluar seketul besar terus, sebelum ni anak macam nak demam selalu sembelit

Lega kan rasa baca maklum balas ibu-ibu ni, rasa terangkat 1 masalah yang dah lama ditanggung. Saya faham sangat macam mana perasaan ada anak sembelit ni, kadang-kadang sampai tahap nak bagi anak makan apa2 pun jadi fobia fikir takut dia sembelit.

Jangan risau ibu, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Rasanya yang sedap menjadikan kita mudah untuk pastikan anak ambil setiap hari. Beri peluang anak anda rasai pengalaman ambil Jus Rizzqy ni dan lihat kesannya. Kalau nak tau lebih lanjut boleh wasap saya atau dapat di SHOPEE kami.

Jangan berlengah lagi, dapatkan sekarang dan kerisauan anda selama ini tentang masalah sembelit anak akan berakhir in syaa Allah.