Cara Pasang Blackboard Sticker

1
121
views

Alhamdulillah semalam stok blackboard sticker dah sampai. Bukan setakat anak tak sabo, mak pun teruja jugak nak tengok macam mana la rupa paras benda ni. 😛 Tapi ya la kan, apa-apa pun mak memang kena sentiasa teruja. Barulah anak-anak pun dapat auranya. Kalau mak pun tengok gitu-gitu ja, tak kan nak mengharap anak suka sendiri kan.

Sampai ja kat rumah semalam saya dah terlupa pasal blackboard sticker ni. Banyak urusan lain lagi nak buat kan. Tup-tup dengar 2 beradik tu dah bising macam mana nak tulis en. Keluar tengok siap bentang atas lantai dah. Adoi la anak, mujur la bukan benda bahaya kan. Tapi tak tak yah marah la, dah memang jiwa kanak-kanak gitu. Yang boleh kita pesan, lain kali sepatutnya kena buat macam mana.

Ok..bila anak dah siap bentang atas lantai mak pun terpaksa la uruskan makhluk ni dulu. Kalau tak buat terus nanti lagi macam-macam kan. Apa-apa pun mak ambil kamera snap gambar dulu ya. kiki. Mula-mula kita cari port yang sesuai nak lekat. Saya lekat kat dinding yang dah banyak hasil ‘kreativiti’ anak.

blackboardstickersaiz

Saiz blackboard sticker 200 x 45 cm. Boleh lekat memanjang terus, jadi boleh lah tulis beramai-ramai nanti. Tapi kecik kan, maka kebarangkalian akan terlajak sampai ke dinding tu tetap ada. Jadi saya suka potong dua dan lekatkan selari.

blackboardstickerlipat blackboardstickerpotong

Lipat 2 dan potong ja. Simple. Dekat pelekat belakang tu ada grid. Jadi gunting ja ikut grid tu. Tak senget dah. Lepas gunting boleh buka kertas pelekat tu sikit-sikit dan lekatkan. Jangan tarik semua pelekat tu, nanti dia gam tu melekat sana sini lagi leceh. Macam yang berlaku kat saya ni. Tapi gam dia jenis yang boleh buka semula, cuma mungkin ada la kesan-kesan lagi tarik masa melekat tadi tu kan.

blackboardstickerlekat

Sebaiknya nak buat benda-benda gini waktu yang tenang rakyat jelata tengah tidur la kan. Macam saya ni rakyat jelata dah nampak, siap tunggu keliling memang mencabar mencabar mental dan emosi la jugak..kiki.

Ala kullihal selamat dah tampal semuanya. Ejas-ejas sikit supaya tak senget, tada..

blackboardstickertulis

Maka bergumbiralah rakyat jelata meluahkan imaginasinya di situ. Dah siap melukis nak padam guna tisu ja. Kalau nak betul-betul bersih boleh guna tisu basah (baby wipes). Bagi anak-anak yang ada alahan dengan habuk kapur pula boleh gunakan Liquid Chalk yang bebas habuk ni.

blackboardstickerbolehpadam

liquidchalk
Liquid chalk tanpa habuk ini selamat untuk anak kecil yang alahan kepada habuk

Untuk tempahan blackboard sticker boleh klik SINI

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here