“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?”

Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah.

read to baby

Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak.

Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ anak. Setiap tujuan ini akan memandu ibubapa bagi memilih mainan/medium terbaik untuk membimbing anak2.

Untuk entri kali ini saya kongsikan produk yang dapat membantu ibubapa melakukan aktiviti PERKEMBANGAN BAHASA bersama anak.

talkative baby

Pada peringkat usia 0-2 tahun, ibubapa hendaklah selalu membuat penerangan kepada anak mengenai apa sahaja yang sedang berlaku, walaupun anak belum dapat memberikan respon. Sebutkan nama semua benda yang dia nampak setiap hari.

Selain bercakap, ibubapa sudah boleh bacakan buku kepada anak-anak untuk percambahan pengetahuan.

read to baby_2

Ciri-ciri buku kanak-kanak yang baik

– Ada gambar yang jelas
– Berwarna warni
– Bahasa yang ringkas
– Selamat untuk bayi – tiada hujung tajam, tidak terlalu berat

Contoh buku-buku yang sesuai untuk anak pada peringkat usia ini.

1) Softbook @ buku lembut @ buku kain

IMG-20150528-WA0005

Baby Talhah (6 bulan) sedang ‘menikmati’ bukunya..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG-20150103-WA0015 softbookmengenalabcnewdesign3

Islamic Softbook ini boleh didapati di SINI

2) Buku Boneka

bukuboneka

Siri buku boneka yang boleh dimasukkan jari pada puppet

bukuboneka_beruang

Kandungan buku boneka ‘beruang kecil’

bukuboneka_tikus

Kandungan buku boneka ‘Si Tikus Kecil’

 

Siri Boneka Comel ini boleh didapati di SINI

3) Buku berpad

Buku yang mempunyai kulit ‘padded’ pada bahagian kulit. Bahagian bucu juga tidak tajam.

buku chunky

Pastikan buku-buku ini dibaca dalam suasana gembira semasa mood anak dalam keadaan baik sahaja.

Selain membacakan buku, kad bacaan juga dapat merangsang perkembangan minda yang pesat. Kad imbas yang terbaik adalah berlatar belakang putih dan hanya mempunyai huruf/objek yang hendak diperkenalkan. Huruf kecil adalah lebih utama untuk diperkenalkan. Gunakan tulisan berwarna hitam atau merah sahaja.

abu-ada-ayam-kad-A
Namun, kad yang memenuhi kriteria dia atas juga seringkali mempunyai hayat yang pendek – mudah terkoyak,renyuk dan kotor. Flashcard mesra bayi lebih sesuai untuk anak-anak kecil kerana lebih tahan lasak dan kalis air.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kad Imbas Sayangku Bijak

2013-12-14 10.57.57

Tebal, kalis air dan tahan lasak

Koleksi Kad Imbas sayangku bijak boleh didapati di SINI

Sebagai pengukuhan kepada pengenalan huruf, dedahkan anak-anak dengan mainan blok berasaskan huruf. Biasakan anak dapat memegang bentuk, menyurih serta mengecam bentuk huruf tersebut.

knob ABC

Knob ABC. Selain kenalkan anak dengan huruf, anda juga dapat melatih tangan anak supaya cepat boleh memegang pensel dengan betul.

 

IMG-20141121-WA0005

ABC Card – anak boleh memegang bentuk huruf dan masukkan dalam ruang pada flashcard

ABC Card boleh didapati di SINI

Sekian untuk entri kali ini, semoga ia dapat menjadi sedikit panduan apabila memilih produk terbaik untuk anak-anak. Nantikan entri seterusnya, Didik anak pintar matematik sejak bayi.
Rujukan :Didik Anak jadi Pintar – Rohani Sheikh Omar ; PTS Millennia