Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

4
279
views

Selalunya ┬áorang sakit ja di bawa ke hospital. Tapi sebenarnya ramai sahaja pesakit yang ‘tidak sakit’ tetapi menerima rawatan di hospital. Salah satunya ialah kanak-kanak yang lambat bercakap. Kerana di hospital terkumpul pakar-pakar yang dapat membantu ibubapa merangsang anak ini bercakap lebih cepat.

Ada pelbagai cara untuk merujuk anak lambat bercakap ke hospital. Tetapi yang saya nak kongsikan di sini ialah pengalaman saya sendiri merujuk anakanda Fateh ke Hospital Pulau Pinang. Setelah menyedari anak saya lambat bercakap, saya pun terus membawanya ke bahagian pesakit luar (001) di hospital. Cara saya ini melangkaui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, tetapi mereka sendiri tidak memberikan panduan yang jelas bagaimana untuk mengurus keadaan anak saya. Jadi saya terjah terus ja ke hospital. ­čśŤ

Semasa berjumpa doktor di bahagian pesakit luar, saya menyakinkan doktor yang anak saya mempunyai masalah perkembangan. Kebetulan saya terjumpa online evalution test semasa membuat bacaan di internet. Saya cetak dan tunjukkan hasilkan ujian itu kepada doktor tersebut. Melihat kesungguhan saya, dia pun akur untuk mengambil serius kes anak saya.

Haa..penting kesungguhan mak untuk ubah keadaan anak. Bukan apa, doktor-doktor ni semuanya sibuk. Jadi hal-hal yang nampak kurang kritikal memang mereka kurang beri perhatian. Jadi doktor tersebut pun buatlah surat rujukan supaya dapat bertemu pakar kanak-kanak. Alhamdulillah saya mendapat tarikh temujanji sekitar 2 minggu kemudian. Dan itulah permulaan kami menjadi pelawat tetap di Haospital Pulau Pinang selama beberapa bulan. ^_^

Semasa seisi pertemuan pertama dengan doktor pakar kanak-kanak, jururawat di dalam bilik doktor menafikan tanggapan saya. Gayanya macam saya ni mak yang over concern pasal anak la kan. Dah la Fateh masuk bilik doktor ja jumpa buku terus dia sebut semua benda yang dia nampak pada buku. Lagi la nampak macam apahal la mak dia ni risau tak bertempat. -_-

Tapi itulah kelebihan yang ada pada pakar. Selepas beberapa ketika membuat penilaian secara berasingan, dia datang semula dan menyatakan tanggapan saya betul. Perkembangan anakanda Fateh memang tidak selari dengan usianya. Dan dia juga mempunyai kelainan pada cara berkomunikasi. Tercengang la kejap jururawat dalam bilik tu. Tapi takpa lah, maafkan ja lah diorang. ­čśŤ

Selepas tu anakanda Fateh pun dirujuk ke Pegawai Terapi Pertuturan dan Pegawai Terapi Carakerja. Makin banyak la kad temujanji yang dapat sampai mak pun tak faham apa temujanji yang ke hadir. Alhamdulillah waktu temujanji boleh dipilih, jadi saya pilih seisi jam 3-4 petang. Saya merancang untuk minta kebenaran pulang awal dari pengetua, jadi tak perlu lah bercuti untuk bawa anak ke sesi terapi.

Dua sesi terapi ini perlu dihadiri setiap 2 minggu. Jadi jika minggu pertama dan ke-3 sesi terapi peruturan, minggu ke-2 dan ke-4 adalah sesi terapi carakerja. Tidak dinafikan ia menuntut  komitmen yang besar, namun saya perlu berkorban untuk itu demi membantu anakanda Fateh kembali ke tahap perkembangan yang normal. Kekurangan ilmu kita sudah menjadi punca anak lambat bercakap, sekarang Allah beri peluang nak ubah keadaan tak sepatutnya kita abaikan.

Kedua-dua sesi terapi ini penting. Sesi terapi pertuturan adalah untuk mengenalpasti tahap kemampuan pertuturannya. Dia minta saya berkomunikasi dengan anakanda Fateh di hadapan pegawai terapi. Dari situ dia dapat mengesan kelemahan dalam cara saya berkomunikasi dengan anak. Jadi saya dilatih bagaimana cara yang betul untuk merangsang komunikasi dengan anak apabila berada di rumah nanti. Tugas pegawai terapi pertuturan tidak melatih anak kita sehingga pandai bercakap, tetapi memberi pendedahan supaya ibubapa faham cara merangsang anak berkomunikasi.

Sesi terapi carakerja pula adalah untuk mendapat pendedahan cara rangsangan fizikal yang betul. Selain masalah lambat bercakap, anakanda Fateh juga dikesan mempunyai masalah sensori yang membawa masalah sembelit. Itulah kelebihan jumpa pakar, semua masalah anak-anak diorang boleh korek. ­čśŤ

Untuk sesi ni mak boleh tinggal anak dengan pegawai terapi, sempat lah mak nak minum air lepas berkejaran ambil anak selepas waktu kerja. Dalam 15 minit terakhir ibu akan berjumpa dengan pegawai terapi untuk mengetahui perkembangan anak dan mendapatkan aktiviti yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Semasa merujuk anak ke sesi terapi carakerja inilah saya faham mengenai perluanya mendedahkan anak dengan educational toys. Anakanda Fateh sangat suka ke terapi ini kerana dia dapat mencuba pelbagai mainan yang ibunya tak pernah tau pun kewujudannya. Alhamdulillah di sinilah permulaan saya mengenal dunia educational toys sehingga mengilhamkan bisnes Kedai Cikgu.

Itulah 2 sesi terapi yang penting untuk membantu anak lambat bercakap kembali ke tahap perkembangan yang normal. Memang kalau dengar cakap-cakap orang, nanti dah makin besar boleh cakap la tu. Tapi hakikatnya bila anak kita dapat bercakap lebih awal, banyak proses perkembangan lain akan berlaku dengan progresif juga.

Nak dengar cakap orang atau nak anak lebih banyak peluang meneroka dunia kanak-kanak?

Pilihan di tangan anda. Dan anak kita adalah amanah Allah untuk kita, bukan orang lain. Wallahualam.

p/s  : Selain rangsangan pertuturan secara fizikal, ibubapa juga boleh membantu rangsangan minda dengan memberikan pemakanan minda seperti saya kongsikan di SINI.

 

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here