Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk

Ini adalah perkongsian dari Puan Siti Aminah Muhamad Subri berkaitan pengurusan bahan mentah di musim PKP. Bila musim PKP ni suami 2 minggu sekali baru keluar pergi beli barang dapur. Memang kita pun bagi list panjang la, dah alang2 keluar kan. Sekali keluar, 5 kedai dia pergi. cari juga barang sampai jumpa. Tak nak hampakan permintaan cik isteri.

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Nampak tersusun bahan mentah di dalam peti sejuk

Sampai rumah, tugas cik isteri pula. Disebabkan banyak juga yang dibeli, memang kena asing dan masukkan dalam bekas elok-elok, terutamanya sayur. Sebab sayur kan tak tahan lama. Cepat rosak.

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk sayur tahan lebih lama. (lebih kurang 1-2 minggu)

1. Cili merah, cili hijau, cili padi.

Buang tangkainya dulu. Sebab tangkai ni yang selalunya cepat tumbuh kulat dan rosakkan cili lebih cepat. Kemudian, masukkan cili dalam bekas yang dilapik tisu dapur kering. Masukkan 2 ulas bawang putih untuk cili tahan lebih lama.

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Penyimpanan cili padi dan cili merah

2. Sayuran hijau

Sayur jenis ini yang selalu cepat rosak. Jadi, lapikkan tisu dapur dalam plastik ziplock. Masukkan sayur dan seal.

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Sayur berdaun jika cara penyimpanan yang kurang baik akan menyebabkan sayur cepat rosak

3. Serai, lengkuas, halia, kunyit, tauge

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Penyimpanan yang betul akan menjadikan bahan mentah mampu bertahan lama

Simpan dalam bekas yang berisi air sampai tenggelam, dan tutup rapat. Serai saya buat cara mcm ni, tetap gemuk. Tak ada la jadi kering kurus melidi. Tapi kena check jugak ye air..takut jadi berlendir. Boleh tukar air.

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Air perlu ditukar selalu untuk elakkan serai rosak

4. Brokoli

Balut dengan plastic wrap jernih tu. Tp saya tak ada plastic wrap, balut dgn aluminium foil pun ok. Nak guna potong sikit berapa yang nak, kemudian balut semula dan simpan. Brokoli kekal segar, dan tak jadi kuning.

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Brokoli juga boleh dibungkus dengan aluminium foil

5. Tomato, karot, terung, kobis, timun

Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lama Dalam Peti Sejuk
Lapikkan lobak merah dengan tisu dapur supaya air dapat di serap tisu.

Masukkan dalam bekas yang dilapik dengan tisu dapur. Tutup bekas dengan rapat. Kalau ada air dalam bekas, tisu akan serap air. Dan sayur akan tetap segar.

Sentuhan kerja yang terakhir, susun bekas elok-elok dalam peti ais. Senang mata yang memandang. Ammar mai tengok ummi buat kerja pun dapat belajar membaca, sebab ummi taging semua sayur. “ummi, betul kan limau kasturi?” Amin pulak, “ummi..senang la kalau ummi suruh abang amik apa2. Sebab abang dah tahu nama dia.”

Alhamdulillah, bertambah semangat ummi. Persediaan untuk permulaan Ramadhan Kareem. InsyaAllah.

Be the first to reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge