Category

Aktiviti Anak

in Aktiviti Anak, Umum

Sepetang di Taman Jubli Emas

Ketenangan adalah apabila kita kembali kepada fitrah. Salah satu ruang untuk mendapat ketenangan adalah dengan kembali kepada alam semula jadi. Alam semulajadi yang masih terpelihara dari pembangunan melampau akan membuahkan ketenangan dan melapangkan fikiran. Bukan kita sahaja yang sukakan suasana yang tenang. Anak-anak kecil yang masih suci amat suka dengan alam semulajadi lantaran fitrah mereka yang suci. Setiap kejadian alam akan diteliti dan muncul satu demi satu persoalan yang akan membina pengetahuan yang luas mengenai alam. Proses pembelajaran begini jauh lebih berkesan berbanding mengadap buku teks di dalam bilik darjah. Setiap kali pulang ke Alor Setar, antara tempat yang menjadi…

Continue reading
mengajar anak membaca
in Aktiviti Anak, Review

5 Idea Ajar Anak Mula Membaca Di Rumah

Hari pertama persekolahan kebanyakan negeri bagi seisi 2017. Semoga semuanya bermula dengan baik-baik sahaja. Alhamdulillah anakanda Fateh pun dah mendaftar di sekolah berhampiran, untuk sesi petang. Semalam dah selesai semua persediaan, jadi pagi ni ummi agak tenang memulakan hari di pejabat kecil ini. Setiap kali kita lihat anak orang lain melalui sesuatu tahap, kita harus sedar satu hari nanti in syaa Allah anak kita juga akan melalui tahap itu. Jadi sebagai ibubapa penting untuk kita menyediakan anak-anak kita sedari awal untuk mampu menghadapi cabaran pada tahap tersebut. In syaa Allah dengan keyakinan yang dipupuk sejak awal dalam diri anak-anak, anak-anak akan…

Continue reading
pretend-play-city
in Aktiviti Anak, Review

Seronoknya Main Olok-olok

Semalam suami saya mengisi masa cutinya bersama anak-anak di rumah. Tinggal di “Pulau Pelancongan” menjadikan kami perlu merancang aktiviti luar pada waktu yang tidak ramai pengunjung dari luar. Pada waktu puncak seperti cuti hujung minggu yang panjang, lebih baik keluar terus dari pulau mutiara ni atau tinggal di rumah sahaja. Perjalanan yang dekat boleh mengambil masa berjam-jam hanya kerana menyertai ‘pesta’ kenderaan di jalan raya. Jadi bila anak-anak tanya apa aktiviti nak buat, saya pun teringat gambar-gambar yang saya download dari facebook ibu-ibu hebat yang lain. Bila suami tengok, dia nak buat idea lain. Tak kisah la, sebab dia yang…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Meneroka Ilmu di Pameran Sains Pulau Pinang 2016

Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas. Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pasti suasana tapak pameran banyak kawalan dan pergerakan akan menjadi terhad. Jadi saya memelih waktu petang untuk lawatan kami kerana saya akan uruskan anak-anak sendirian memandangkan suami bekerja hari ini. Ketika maklumkan kepada anak mengenai lawatan ini, mereka sangat…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Anak-Anak Menaiki Bas

Menaiki bas adalah perkara yang biasa bagi orang dewasa. Kebanyakan kita pernah melalui fasa menaiki bas sehingga jemu semasa zaman persekolahan mahupun bekerja. Namun kebanyakan anak-anak zaman sekarang ini sejak kecil hanya menaiki kenderaan sendiri. Jadi pengalaman pertama menaiki bas ini sesuatu yang  menyeronokkan dan menjadi pelajaran baru dalam kehidupan mereka. Saya sudah lama merancang membawa anak-anak menaiki bas awam sebagai aktiviti semasa cuti sekolah. Alhamdulillah semalam Allah realisasikannya dengan peluang membawa anak menaiki bas ekspress. Kami menaiki bas ekspress dari Terminal bas Sungai Nibung ke Alor Setar. Walaupun perjalanan hanya memakan masa 2 jam lebih banyak juga pengalaman berharga…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Jom Buat Robot

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Hari ni kami 3 beranak duduk-duduk di rumah saja. Suami kerja dan anak-anak pun takda ajak ke mana-mana. Mak lagi la suka takda la risau nak bawa anak keluar sorang-sorang kan. Rumah kan tempat paling selamat untuk anak-anak. ^_^ Semalam dah jalan-jalan kat Pinterest Lubuk Idea untuk cari aktiviti anak-anak hari ni. Alhamdulillah jumpa sesuatu yang menarik, yang sesuai dengan perkembangan anak-anak sekarang ni. Sekarang Fateh sangat suka dengan “Pretend Play” ataupun permainan lakonan. Faqihah kadang-kadang jadi pemerhati, ada masanya terlibat jugak dengan animasi arahan abangnya tu. 😛 Aktiviti ni simple ja, tapi menarik bila…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Kebaikan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Salam hujung minggu!  Apa perancangan kawan-kawan hari ni? Semoga apa jua perancangan kita ianya mengambil kira kepuasan emosi anak-anak. Kerana dengan emosi yang ‘kenyang’, anak-anak akan lebih mudah belajar ilmu baru dan mudah diurus kehidupan seharian mereka, in syaa Allah. Semalam saya agak sibuk melayan pelanggan yang berminat dengan Buku Magik ni, dan masih ada ibubapa yang ragu-ragu nak melabur untuk anak yang dirasakan ‘masih kecil’ untuk menggunakan buku tu. Jangan risau, saya dulu pun ada rasa macam tu jugak. Lumrah manusia, mesti analisis sebaik mungkin sebelum buat keputusan kan. Jadi hari ini saya…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Review

Magiknya Buku Ni

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan. Namun bagi saya sendiri, setiap pengorbanan untuk anak itu dapat saya rasakan Allah lebih ‘pandang’. Walaupun semasa melakukannya kita hanya buat dengan pasrah, tapi lambat laun akan terlihat kebaikan darinya. Contohnya dalam minggu ni kedai cikgu ‘diserang’ dengan produk baru iaitu Buku Magik. Sebenarnya saya dah jumpa buku…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 Cara Bermain Knob Puzzle

Teks : Sakina Hamid Gambar : Google Baru-baru ni ummi dilanda mood rajin mengemas ^_^. Macam biasa la, kalau ada anak kecik ni benda paling malas nak mengemas mainan la kan. Bukan nya apa, punya la lama kita belek mainannya satu-satu, nanti bila dah kemas cantik-cantik kejap ja dah bercampur-campur. Nak dilarang pun itu cara mereka nak berkreativiti kan. Cuma nak konsisten ingatkan anak-anak supaya kemaskan mainan ikut jenis tu yang belum berjaya lagi. Yer la, kita ni bukanlah dapat mengadap anak main sepanjang masa kan. Apa-apa pun kena la usaha supaya dapat bentuk sikap anak yang positif kan. Masa…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Kenapa Anak Perlu Main Mushroom Nail

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Perlu ke bagi anak main Mushroom Nail? Tak la perlu sangat, kalau anak diberi peluang gunakan benda lain untuk bantu perkembangan otot-otot kecil di tangannya. Contohnya aktiviti menyusun batu-batu kecil juga memberi kebaikan yang sama seperi menyusun mushroom nail. Namun tak semua ibubapa berpeluang membawa anak-anak belajar sambil bermain secara santai begitu. Jadi mainan mushroom nail direka supaya anak-anak dapat membuat aktiviti yang membantu perkembangannya setiap hari dengan lebih mudah. Di sini saya kongsikan kebaikan anak bermain mushroom nail. Melatih anak memegang objek dengan 3 jari (tripod grip) Semasa bayi, anak akan memegang objek…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Kebaikan Mainan Knob

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Baru-baru ni semasa ambil anakanda Faqihah dari sekolah, guru kelasnya memberikan laporan perkembangannya dalam subjek matematik. Gurunya nampak teruja kerana Faqihah sudah boleh menulis 1-20 tanpa kaedah surihan lagi (dotted line). Dia ada bertanyakan adakah Faqihah sudah mula menulis di rumah. Ya, saya sekadar berkongsi Faqihah memang suka menulis malah sering melukis di rumah. Sebagai ibu saya bersyukur kerana perkembangan Faqihah adalah selari dengan usianya. Kita hanya mampu membimbing anak-anak, selebihnya rezeki dari Allah yang menentukan bilakah anak akan menguasai sesuatu kemahiran tersebut. Mengenai kemahiran menulis, saya sendiri pernah merasai kebimbangan semasa…

Continue reading
in Aktiviti Anak

5 cara bermain Mainan Jenga

Uno stacko! Ingat tak lagi sekitar 10 tahun lalu ada iklan bermain Jenga ni kat tv. Masa tu tengok diorang main enjoy ja kan. Tapi tak tau la nak cari kat mana. Alhamdulillah, bila saya jadi pengedar Educational Toys, semua ini terbentang depan mata. Teruja sangat semasa kali pertama ternampak mainan jenga ni. Mainan ni sangat simple, hanya deretan blok kayu berbentuk kuboid dengan saiz yang sama. Number stacking & Colour stacking, rupa berbeza tapi kedua-duanya boleh dimainan dengan teknik yang sama. Namun oleh kerana mainan jenga ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara, ia menjadi mainan yang evergreen dan sesuai dengan…

Continue reading
Close