Category

BIJAK NIAGA

Panduan bisnes untuk surirumah/ibu bekerja dari rumah bermula dari asas

in BIJAK NIAGA

Tips Pilih Baju Melayu untuk Baby Hero

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, sudah masuk 15 Ramadan hari ini. Moga-moga semakin banyak kebaikan-kebaikan yang dapat kita amalkan dan keburukan-keburukan yang dapat kita tinggalkan. Ameen. Teringat nostalgia 6 tahun lalu, ketika baru bergelar ibu. Musim Ramadan ni excited mencari baju raya untuk permata hati tersayang, anakanda Fateh. Masa tu pertimbangan lebih kepada warna, jenis kain dan harga. Rasa dah puas hati dah pilih. Alih-alih bila hari raya menjelma, udahlah nak pakaikan pun jenuh dipujuk. Lepas tu sekerat hari ja dah garu sana-sini, rimas! Dari situ saya belajar, cantik di mata mak belum tentu selesa untuk…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Faqihah Turns 4!

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, 4 tahun sudah Allah pinjamkan anak dara petah ini kepada kami. Sebagaimana ibu lain, saya juga merasakan masa sungguh pantas berlalu. Apatah lagi dengan perkambangannya yang cepat dalam pelbagai aspek, menjadikan saya rasa seperti ‘tidak sempat’ mengisi masa-masa berkualiti bersamanya. Begitulah Allah aturkan kehidupan. Ada anak yang kita rasa perlu beri perhatian dalam segala aspek kehidupan mereka. Pemakanannya, perkembangannya, keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Dan ada saatnya Allah kurniakan anak yang serba serbi terasa mudah untuk diuruskan. Usah terlalu gah bercerita dengan yang mudah-mudah, dan jangan hanyut dalam rungutan atas segala kesukaran….

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Betulkah Anak Nakal untuk Dapatkan Perhatian? Sebelum ini saya pun kurang pasti tentang hal ini. Walaupun kadangkala dapat juga tengok bila saya terlalu sibuk dengan kerja anak pun ‘macam-macam’ Sampailah peristiwa ini berlaku dalam tempoh yang singkat, menjadikan saya sangat yakin mengenai fakta anak nakal untuk dapatkan perhatian. Ahad lepas abang susuan Anakanda Fateh datang ke teratak comel kami. Mereka memang rapat dan sentiasa berjumpa setiap kali cuti sekolah. Macam-macam lah aktiviti yang mereka reka dan enjoy bersama. Malangnya aktiviti pada hari Isnin semua kurang sesuai dengan anak dara cilik kami. Main…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Catatan Pengalaman Kelas Penulisan Blog

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Saya sudah beberapa kali membuat blog tetapi tidak bertahan lama. Tetapi apabila bergiat serius dengan perniagaan internet, saya mula menyedari kepentingan mempunyai blog yang aktif. Jadi pada bulan Mac 2015, saya telah membuat keputusan untuk menyertai kelas penulisan ABDR. Tujuan saya menyertai kelas penulisan ini adalah untuk membina disipin menulis blog dan menguasai kemahiran menulis dengan SEO yang tinggi. Alhamdulillah pada bulan pertama saya menyertai kelas penulisan, saya dapat menulis dengan konsisten setiap hari. Namun saya hilang tumpuan seketika apabila memulakan kerja teknikal membangunkan laman web e-commerce. Dan selepas kembalimenulis, saya belum mendapat rentak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pengalaman Anak Buat Aiskrim Sumi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Sekolah anakanda Fateh nak buat sambutan hari guru pada hari Jumaat. Saya bertanya kalau dia ada idea apa yang nak dibawa untuk jamuan di sekolahnya. Dia kata tak kisah ja, bawak ja apa-apa yang ummi buat. Saya pun dapat idea untuk buat aiskrim sumi ni, kerana sesuai untuk jamuan tadika dan boleh disediakan dalam kuantiiti yang banyak. Jadi saya pun belilah bahan-bahan untuk membuat aiskrim sumi ni. Bila anakanda Fateh tengok bahan-bahan ni, dia sangat teruja. Tambah pula bila saya maklumkan ia untuk jamuan di sekolahnya. Tak sabar-sabar dia nak tolong saya…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Kebaikan Ibubapa Mengajar Anak Sendiri di Rumah

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Saya kira, mengajar anak sendiri menjadi impian semua ibu-ibu. Walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pendidikan, tapi secara fitrahnya seorang ibu memang mampu mengajar anak sendiri di rumah. Alhamdulillah, saya mendapat input mengenai kaedah mengajar anak di rumah secara tidak langsung dari bacaan di blog. Sebelum melahirkan anak sulung, saya suka membaca mengenai penyusuan susu ibu. Dan kebanyakan blogger yang saya ikuti seperti Puan Farah Sarakids dan Puan Suraya Lunatots suka berkongsi mengenai aktiviti bersama anak-anak. Jadi secara tidak langsung saya dapat belajar mengenai homeschooling. Kini, setelah anak sulung berusia 6 tahun…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

5 Kebaikan Rumah Tanpa Siaran Televisyen

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Umum mengetahui keburukan tv dan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, namun seringkali kita gagal untuk ‘mengeluarkan’ tv dari rumah kita. Anak saya sendiri pernah mengalami beberapa fasa ketagihan tv. Dan saya berusaha mencari jalan supaya ketagihan itu terkawal dan dalam masa yang sama anak dapat buat lebih banyak aktiviti bermanfaat bersama mereka. Awal tahun 2016, saya hadir ke sebuah seminar kaedah hafazan Al Quran di rumah. Semasa dalam seminar tersebut, saya fikir semua itu mampu saya buat, tapi hanya kerana tak uruskan masa dengan baik jadi semuanya hanya tinggal keinginan. Pagi anak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

i-Play Toy Library Penarik Anak kecil ke Perpustakaan

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Setiap bulan, 2-3 kali kami sekeluarga akan ke perpustakaan. Dan kebelakangan ini bukan kami yang merancang jadualnya, tetapi anak-anak sendiri yang mengajak ke perpustakaan. Alhamdulillah, mereka kelihatan lebih gembira berbanding di bawa berhujung minggu di pusat membeli belah. Salah satu penarik anak-anak untuk ke sini ialah kerana kewujudan sebuah bilik yang penuh dengan ‘educational toys’. Bagaikan syurga mainan bila anak-anak dapat main dengan sepuas hati pada bayaran serendah rm1/bulan. Untungkan. Jom jalan-jalan cuti mata lihat apa yang ada dalam bilik i-Play Toy Library di perpustakaan kanak-kanak Georgetown ni. i-cook ; tempat yang…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Harapan Dhuha

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Waktu Dhuha seringkali mengimbau kenangan  sewaktu nak hadapi SPM hampir 15 tahun lalu. Alhamdulillah, semasa tingkatan 4 saya mendapat tempat di sebuah SMKA di Kedah. Keputusan PMR saya semasa di sekolah harian melayakkan saya naik ke pentas sebagai penghormatan dari pihak sekolah. Namun ia terlalu biasa di sekolah pelajar terpilih ini. Sepanjang berada di sekolah ini, perasaan kerdil sering mengusai diri. Sudahlah pandai tahap gaban, aktif, rajin study lepas tu cun-cun pulak tu! erk.. Saya rasa macam tersesat dari planet lain bila bersama bersama. Seringkali saya jadi tak keruan dengan diri sendiri. Hampir semua kaedah belajar…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Gajet Untuk Rumah Hafiz Cilik

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Alhamdulillah, selepas seminggu guna ‪#‎RadioMerah‬ ni, saya rasa suka sangat. Memang gajet impian sekian lama sejak mulakan program hafazan anakanda Fateh. Ok, saya kongsikan bagaimana #RadioMerah ni berfungsi ya 1- Namanya radio, jadi boleh guna untuk dengar siaran radio FM biasa. Walaupun Pulau Pinang yang indah ni susah nak dapatkan siaran ikim.fm dengan jelas, tapi menggunakan radio ni masih boleh dapat. Alhamdulillah. 2- Yang jadikan #RadioMerah ni spesel, sebab ada slot micro SD card. Jadi bolehlah save apa-apa ja yang kita nak dengar. Bacaan Al Quran ke, ceramah ke, nasyeed ke, rancangan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Mulakan Bisnes Pertama

Bisnes pertama tidak sepatutnya terlalu kompleks, apa yang penting ialah kita beroleh KEYAKINAN untuk mula menjalankan bisnes. Tips mulakan bisnes pertama adalah dengan apa yang kita sudah ada. Samada dalam bentuk produk/servis. Apa sahaja dalam hidup anda yang anda telah merasai MANFAAT nya sesuai untuk dijadikan perniagaan. Ini adalah contoh situasi bagaimana anda boleh mendapat IDEA menjalankan bisnes. Kebanyakan staf ditempat anda bekerja tidak cukup masa membeli sarapan [MASALAH]. Dalam perjalanan ke tempat kerja, anda selalu singgah membeli sarapan di sebuah gerai, dan makanannya sedap2 belaka.[MANFAAT] Jadi, gunakan masalah staf si pejabat anda sebagai PELUANG anda berkongsi MANFAAT yang anda…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

AJAR LA SAYA BISNES!

Selalu juga member2 bersuara macam ni bila nampak saya berbisnes. Nak ajar tu belum sampai masanya la, tapi nak share tu boleh la sikit2. Pada saya, ini adalah 3 asas mulakan perniagaan yang penting untuk diambil perhatian bagi newbie ialah 1) ILMU Dengan ilmu yang tepat, jalan untuk berjaya lebih jelas. Dan risiko kegagalan dapat diminimakan, in syaa Allah. Ilmu boleh dapat dengan rata2 – baca, join seminar dan yang paling mahal ilmu2 ‘langgar dinding’ dalam bisnes. Ikut ja cara orang-orang yang dah berjaya tu buat, in syaa Allah berhasil. Dah faham trick bisnes nanti, boleh la langgar ‘adat’ pun….

Continue reading
Close