Category

Pengalaman hidup

Kejutan hari bapa
in Pengalaman hidup

Sambutan Hari bapa ‘tiba-tiba’

Semalam anakanda Fateh susun buku-buku yang dia nak baca setempat. Dia pun mulalah baca dengan khusyuk. Tengah dia belek komik, tiba-tiba ja cakap nak bungkus hadiah untuk abah. Saya pun cakap buat ja la. Memang takda apa nak buat kan. Dia pun belek dekat rak buku abah, dapatlah satu buku yang abah hari-hari baca ni. -_- Terus ketung-ketang 2 beradik membungkus dengan semangatnya. Minta reben nak ikat, saya kata lukis ja la. Mana nak cari reben malam-malam ni kan. Siap.. Lepas tu Fateh pun mula la atur strategi ‘surprise’ nya. Katanya ia tukang buka lampu, adik bawah hadiah, ummi dok diam2 belakang pintu….

Continue reading
Ibu ajar anak membaca
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Ibu Risau Anak Belum Pandai Membaca

Pagi semalam saya sempat bertemu dengan teman serumah semasa zaman bujang dulu. Sambil bertukar-tukar cerita terselit juga topik berkaitan anak-anak. Kebetulan anak-anak kami hampir sebaya. Jadi isu-isu perkembangannya pun sekitar topik yang sama. Antara kerisauan yang disuarakan oleh beliau ialah mengenai isu anak boleh membaca. Ya, sebenarnya kerisauan ini memang sangat biasa menghantui ibu-ibu muda kan. Tidak terkecuali saya juga. Malah saya juga sering mendapat pertanyaan sebegini dari pelanggan yang berurusan dengan Kedai Cikgu, yang rata-rata mencari kaedah terbaik  untuk ajar anak membaca. Jadi ia masalah biasa, cuma bagaimana kita menanganinya? Saya bukan pakar dalam teknik mengajar anak membaca pada awal…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Kelebihan Pergi Kuala Lumpur Menaiki Bas

Hujung minggu baru-baru ini, saya ke Kuala Lumpur untuk hadiri kelas pemasaran blog di Akademi Denaihati. Saya pergi sendirian supaya suami mudah uruskan anak-anak di rumah sendiri. Sebelum ini pun saya sering pergi sendirian jika sekadar untuk hadir ke kelas. Ia lebih selesa untuk anak-anak malah menjimatkan perbelanjaan. Cuma sebelum ini kebiasannya saya akan menaiki kapal terbang. Saya bertolak dari Pulau Pinang seawal pagi, dan pulang seusai kelas selesai. Walaupun tempoh di dalam pesawat itu singkat, tapi waktu menunggu dan perjalanan ke lapangan terbang memakan masa yang lama. Untuk perjalanan kali ini, suami mencadangkan saya menggunakan perkhidmatan bas. Memandangkan anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak ‘Istimewa’ Lagi Untung?

Teks : Sakina Hamid   Ini sekadar pemerhatian saya ja, kalau tak setuju boleh scroll cari resepi..hehe Alhamdulillah, Anak saya sendiri pernah melalui ‘fasa istimewa’ sekejap masa alami speech delay. Sebelum tu saya cari jugak ilmu parenting, tapi amalkan tu sekadarnya ja. Ikut angin. Seronok baca sebab tahu macam-macam, tapi takda kesungguhan nak beramal. Gembira dikurniakan anak, dan kami pun besarkan anak mengikut seperti orang lain. Just follow the flow omputih kata. 😛 Tapi ia berubah bila menjelang usia 3 tahun, pakar kanak-kanak diagnose Fateh sebagai lewat bertutur (speech delay) . Dan saya mula dapat tarikh untuk rutin terapi dan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Pengalaman hidup

Ibu Menyusu Nak Berniaga Online!

Ini cerita saya masa mula-mula terjebak dalam bisnes online. Dalam keadaan masih makan gaji dan menyusu anak kedua, rasa macam hampir mustahil nak memulakan bisnes. Ilmu bisnes memang hampir takda. Facebook pun jarang2 online, tak minat. Tapi kalau Allah dah kehendaki ia berlaku, takda yang mustahil kan. Rasa macam ada kekuatan dan diilhamkan jalan-jalan yang perlu di lalui, Alhamdulillah. Teringat masa tu Facebook profile dengan fanpage pun tak tau beza. Install facebook manager kat handset pun tak tau apa fungsi. Main redah ja. Belajar seadanya dari blog dan ebook2 percuma. Benda teknikal belajar secara teori, tanpa guru pulak memang la…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak Petah Bercakap sering dapat pujian

Tadi singgah solat kat masjid Al Muttaqin, Jitra. Dari tempat wuduk sampai masuk tempat solat Faqihah dok cotcet2 tanya itu ini. Sekali makcik yang sama-sama amik wuduk tadi pun cakap ‘Pandai dia bercakap no..’ Saya senyum ja la, bersyukur dalam hati. Ya..memang seronok tengok anak kecil petah bercakap, ada2 saja idea yang comel keluar dari mulutnya. Tapi..Allah pernah beri saya peluang merasai ‘nikmat’ anak lambat bertutur. Dah pernah rasa di sana sini orang membanding dengan kanak2 seusia, dah pernah rasa kerisauan demi kerisauan bila baca tentang anak2 lewat bercakap. Dah pernah rasa berdebarnya bawa anak jumpa pakar kanak-kanak dan dah pernah…

Continue reading
Close