Category

Review

Amirulbudaksudan
in Review

Review Buku “Amirul Budak Sudan”

Masa pulang ke kampung baru-baru ni, kakak saya sibuk ‘mempromosikan’ buku Amirul Budak Sudan tulisan Roza Roslan. Kami memang sama-sama meminati tulisan beliau. Asalnya saya hanya dengar ulasan kakak saya sahaja, rasa tak berminat nak melekat membaca dalam sibuk bercuti di kampung. Tapi bila dah mula baca, terus melekat dan gigih mencuri-curi masa di celah aktiviti di kampung. Siap berjaga malam lagi nak habiskan. Gigih la pulak kan. Itulah masalah bila dah mula baca buku macam ni. Lambat nak move on, dah habis sibuk ulang pulang. 😛 Buku ini mendidik saya menguruskan hati dan fikiran sebagai seorang ibu. Betapa semua…

Continue reading
majalahinspektorjawi
in Review

Majalah Inspektor JAWI, Pilihan Belajar Jawi secara Interaktif

Bulan Ramadan ni mencabar betul nak cari waktu yang sesuai menulis di blog. Sebelum ni idea mencurah-curah nak menulis lepas solat subuh. Tapi bila bulan Ramadan waktu ni lah paling mencabar nak celik mata. Kalau nak elak dari tertidur memang kena elakkan aktiviti pasif macam mengadap komputer ni. ^_^ Alhamdulilah pagi ni ada kesempatan sikit nak menulis. Itupun sebab seronok tengok anakanda Fateh teruja dengan Majalah Inspektor Jawi ni. Majalah ni dah lama saya beli, tapi sengaja simpan untuk aktiviti cuti sekolah ni. Tambahan pula sepupunya Fauzan akan bercuti di rumah kami. Jadi adalah aktiviti bersama nanti kan. Cadangan asalnya…

Continue reading
bukuibuajarkujawi
in Review

Belajar Jawi dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Semalam lepas isya’ saya masuk homeoffice sekejap. Cadangnya nak uruskan pesanan pelanggan dan kemaskini apa yang perlu. Dalam banyangan minda tu setengah jam selesai lah agaknya. Kerana badan dan minda memang sudah meminta rehat. Anak-anak sepatutnya dah bersedia untuk masuk tidur. Tapi sebab anakanda Faqihah tidur dalam kereta petang tadi, dia ada tenaga tambahan malam tadi. Mula-mula dia buat urusan sendiri ja, berkreaviti dengan kertas lukisannya. Tiba-tiba dia datang membaca buku Ibu Ajarku Jawi nombor 1. Katanya ummi tak pernah ajar dia pun baca buku tu. 😛 Set buku ni saya belikan tahun lepas untuk anakanda Fateh. Alhamdulillah memang sangat mudahkan…

Continue reading
LIQUIDchalk
in Review

Pengalaman menggunakan Liquid Chalk

Semalam saya bagi peluang kepada anakanda Faqihah cuba gunakan liquid chalk ini. Walaupun sebenarnya dia dah tak perlu pun liquid chalk ni. Dia dah besar dan tiada masalah alahan habuk, alhamdulillah. Tapi sebab nak ambil ‘feel’ menggunakan produk, jadi saya pun korbankan lah sebatang liquid chalk untuknya. 😛 Mula-mula guna tu heran jugak, eh kenapa tak keluar dakwat ni. Tak kan keras kat dalam kot. Goncang-goncang ada ja bunyi. Belek kat pen ooo..dah diberi cara untuk untuk. Mula-mula goncangkan pen. Ada la bunyi guli macam kat liquid paper tu. Lepas tu kena tekan mata pen tu beberapa kali sampai dakwat…

Continue reading
LIQUIDchalk
in Review

Liquid Chalk Atasi Masalah Kabur Berhabuk

Alhamdulillah minggu ini ramai ibubapa hubungi saya untuk dapatkan blackboard sticker. Kebanyakan ibubapa memang sedia maklum kebaikan memberi peluang menconteng kepada anak kecil. Namun ramai juga yang bimbang dengan penggunaan kapur tulis yang berhabuk. Selain itu anak kecil juga suka masukkan kapur ke dalam mulut. Isu ini bukan hanya kita sahaja hadapi, malah ibu bapa lain juga. Kerana itu dalam pasaran sudah terdapat kapur dalam bentuk cecair (liquid chalk). Fungsinya masih sama iaitu untuk menulis pada papam hitam. Tetapi ia tidak mengeluarkan habuk seperti kapur biasa. Bagus kan. Ini adalah video bagaimana liquid chalk ini berfungsi. Kapur ini juga datang…

Continue reading
blackboardstickerhiasan
in Review

Kegunaan Blackboard Sticker

Alhamdulillah, Pulau Pinang disimbah hujan lebat pagi ini. Hujan yang mendatangkan rahmat kepada segala semua makhluk. Dan membawa pergi segala kotoran alam hasil dari tangan-tangan manusia. Belakang rumah saya ni sungai yang menghala ke laut. Bila hujan ja memang boleh nampak segala sampah domestik dan organik di bawa bersama dalam aliran sungai yang laju. Semua tu akan mendarat di lautan Allah yang maha luas. Itulah laut yang kita miliki hari ini. -_- Oh ya, pagi ni saya nak kongsikan mengenai kegunaan blackboard sticker. Walaupun fokus utama blackboard sticker ni adalah untuk aktiviti pembelajaran anak-anak, tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan…

Continue reading
in Review

Cara Pasang Blackboard Sticker

Alhamdulillah semalam stok blackboard sticker dah sampai. Bukan setakat anak tak sabo, mak pun teruja jugak nak tengok macam mana la rupa paras benda ni. 😛 Tapi ya la kan, apa-apa pun mak memang kena sentiasa teruja. Barulah anak-anak pun dapat auranya. Kalau mak pun tengok gitu-gitu ja, tak kan nak mengharap anak suka sendiri kan. Sampai ja kat rumah semalam saya dah terlupa pasal blackboard sticker ni. Banyak urusan lain lagi nak buat kan. Tup-tup dengar 2 beradik tu dah bising macam mana nak tulis en. Keluar tengok siap bentang atas lantai dah. Adoi la anak, mujur la bukan…

Continue reading
blackboardsticker
in Review

3 kelebihan Blackboard Sticker

Semalam saya membuat survey ringkas mengenai blackboard sticker di facebook. Alhamdulillah ramai ibubapa memberikan respon pengalaman penggunaan yang positif. Dalam pada itu masih ramai ibubapa yang ragu-ragu nak mendapatkannya untuk anak-anak kerana kurang pasti sejauh mana kebaikan blackboard sticker ini kepada anak-anak. Lazimnya ibubapa hari ini sedar bahawa memberi peluang anak menconteng ada satu keperluan dalam perkembangan anak-anak. Namun kesan dari peluang yang diberi ini seringkali menyebabkan ruang kediaman kita menjadi mangsa. Dan bukan semua ibubapa dapat berlapang dada melihat dinding dan perabot yang berconteng. Apatah lagi jika tinggal di rumah keluarga besar atau rumah sewa. Jadi blackboard sticker adalah…

Continue reading
blackboardsticker
in Review

Blackboard Sticker, Pilihan Ibubapa Bijak

It’s Monday! Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk merasai lagi nikmat kehidupan. Peluang untuk betulkan kelemahan lepas. Peluang untuk cuba idea-idea baru. Dan peluang untuk terus mengejar harapan dan impian yang sudah tersemat di sanubari. Ini semua adalah rezeki kurniaannya, dan bukan semua orang akan dapat peluang yang sama. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Hari ini saya mulakan dengan semangat baru untuk berkongsi kebaikan satu lagi educational tools yang sangat memudahkan ibubapa. Sebut pasal  beraktiviti dengan anak-anak mestilah nak tulis dan lukis kan. Kebiasaan kita guna whiteboard berkaki. Tapi nak dapatkan satu set whiteboard berkaki tu memang jenuh nak menabungkan. Kalau kecik sangat dah terhad…

Continue reading
knobpuzzlearab
in Review

Knob Puzzle Bahasa Arab

Alhamdulillah dah selesai urusan pengeposan untuk hari ini. Setiap hari urusan pos menjadi agenda penting bagi peniaga online macam saya. Kerana ia adalah amanah penting yang perlu dilangsangkan setelah pelanggan membuat bayaran. Selesai ja urusan pos rasa macam terangkat batu besar atas kepala. Fuh.. Tenang tu kadang sampai lupa nak update tracking number.. 😛 Minggu ni masih ramai ibubapa yang rebut peluang dapatkan mainan Genius Art pada harga promosi pengenalan. Mainan yang agak baru masuk ke pasaran Malaysia ini mendapat sambutan yang hangat kerana keunikannya yang tersendiri. Itulah yang seronoknya dengan dunia educational toys ni, banyak produk-produk baru yang selalu…

Continue reading
mushroomnail
in Ilmu Keibubapaan, Review

Kebaikan bermain objek kecil kepada kanak-kanak

Selalu ibubapa risau nak bagi anak main benda kecil-kecil kan. Sama lah saya pun, risau tengok anak pegang benda kecil. Sebab tau dah, nanti mesti nak masukkan dalam mulut. Ya lah, itu kan proses perkembangan sensori anak. Semua benda dia nak teroka guna mulut. Namun kerisauan ini tak sepatutnya kita jadikan alasan untuk menafikan keperluan anak untuk merangsang perkembangan anak. Peluang memegang objek kecil dapat merangsang perkembangan otot-otot pada tangan. Ia sangat penting bagi memastikan perkembangan motor halus yang optimum. Selain itu mainan bersaiz kecil juga memerlukan fokus yang tinggi. Jika tidak tujuan mainan tersebut akan sukat dicapai. Seperti mainan…

Continue reading
Geniusartmushroombutton
in Review

Genius Art

Dah lama saya tak berkongsi mengenai educational toys di sini. Baru-baru ni saya banyak kongsikan mengenai set belajar membaca dan menulis. Alhamdulillah, mutakhir ini semakin banyak bahan-bahan yang interaktif siap tersedia untuk memudahkan ibubapa membuat aktiviti bersama anak-anak. Seronok tengok ibubapa semakin cakna dengan pendidikan awal anak-anak. Cuma untuk anak di bawah usia 4 tahun, keutaamaan adalah dengan dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang merangsang perkembangan motor dan daya fokus anak. Pendedahan ini penting supaya anak-anak mempunyai kemahiran mengurus diri yang baik dan dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih bersedia. Salah satu educational toys yang sedang hangat di dalam pasaran adalah…

Continue reading
Close