Balm Sleeptime atasi Masalah Anak Susah Tidur Malam

anaksusahtidur

Proses membesarkan anak akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Salah satunya apabila anak melalui fasa susah tidur. Kebanyakan anak kecil akan melalui fasa ini samada kerana faktor perubahan rutin tidur atau gangguan kesihatan. Anak yang susah tidur ini sekaligus menyebabkan ibubapa akan hadapi masalah tidak cukup tidur. Ini semua boleh mengundang pelbagai bahaya bila dibiarkan berlarutan. […]

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi secara Selamat dan Mudah

BalmtrubtasneemHilangkanKembungPerutBayi

Anak kembung adalah situasi yang sangat merimaskan bagi ibubapa yang ada anak kecil. Tangisan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan ibubapa menjadi tak keruan dan boleh mengundang stress. Jadi semua ibubapa akan cuba mengelakkan dari berlakunya kembung pada anak terutamanya yang masih bayi. Punca bayi kembung perut Antara punca bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang […]

Cara Hilangkan Ruam Panas yang Semua Ibu Boleh Buat

Cara Hilangkan Ruam Panas

Bila anak naik ruam ja mula lah ibu-ibu susah hati kan. Perit rasa anak tanggung bila nampak kulitnya memerah tu kan. Ok, sebelum kita risau banyak-banyak, jom kita kenal apa itu ruam panas? Ruam panas terbentuk hasil daripada kelenjar peluh yang terlalu aktif. Akibat terlalu banyak rembeskan peluh, kelenjar ini tersumbat dan timbul bintik-bintik kemerahan […]

7 Punca Bayi Menangis Malam, Doktor ini Berkongsi Pengalaman Lucu

puncabayimenangismalam

Bayi menangis tanpa henti pada waktu malam memang boleh mengundang kerisauan di hati ibubapa. Tidak sedikit ibubapa yang hilang punca hingga terpaksa bawa anak ke pusat perubatan di waktu tengah malam. Namun seringkali juga berlaku bila sampai sahaja di klinik, bayi yang sudah menangis berjam-jam itu tiba-tiba senyap malah ada yang tidur nyenyak. Rasa macam […]

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam

Anak menangis waktu malam memang pengalaman yang sangat digeruni. Apatah lagi kalau waktu tu kita sedang berpantang, makin bertambah tekanan menguruskan diri dan anak kecil. Tambah memberi tekanan kepada ibu jika anaknya jenis yang selalu mahu didukung bila berjaga. Kerana tu penting sokongan orang di sekitar kita untuk menghadapi saat-saat mencabar seperti ini. Namun tak […]

5 Nutrisi Penting untuk anak membesar dengan sihat

5NutrisiPentinguntukanak

Mempunyai anak menyebabkan kita sebagai ibu sering berfikir-fikir adakah anak kita mendapat zat yang secukupnya untuk membesar. Dan kita akan semakin buntu bila anak tidak berselera untuk makan. Mari kita lihat sebenarnya apa nutrisi ataupun zat yang perlu ada dalam hidangan anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas. Kalsium Kalsium penting untuk tubuh kerana […]

5 Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

bahan kimia bahaya dalam produk bayi

Semua ibubapa akan teruja buat persediaan untuk sambut si manja. Seboleh mungkin kita nak berikan yang terbaik dalam semua perkara untuk anak-anak. Namun tak semua benda yang kebanyakan orang lain buat kita pun perlu ikut. Contohnya dalam memilih produk untuk bayi, banyak produk-produk terkenal di pasaran sebenarnya tidak perlu dan tidak selamat untuk digunakan pada […]

Anak Selalu Nak Berdukung, Normalkah?

Pengalaman ada sulung yang sentiasa nak berdukung sangat mengajar saya menjadi ibu yang sentiasa belajar menguruskan anak. Tak dinafikan timbul rasa cemburu tengok anak orang lain mudah diurus, sedangkan anak sendiri perlu diberi perhatian hampir setiap masa.  Badan lenguh tak payah cakap la, mujur la anak tak chubby sangat. Tambah pula dengan pandangan orang sekeliling […]

Beg Sekolah Anak Darjah 1

begsekolahringan

Sekarang ni ibubapa dah mula buat persediaan nak beli barang persekolahan anak-anak kan. Bila nak beli beg, antara persoalannya nak beli beg galas ke beg beroda. Masa anakanda Fateh nak ke darjah 1, saya pun survey juga benda ni. Dari pandangan kita di luar pagar sekolah, nampak beg beroda macam praktikal. Tapi saya kongsikan pandangan […]

Bahaya narsisisme pada pembentukan sikap anak

bahayasikapnarsisisme

Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau. Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. […]

Urutan bayi dengan Teknik Vitaflex

urutankakivitaflex

Semakin ramai ibubapa hari ini sedar urutan bayi dapat membawa banyak kebaikan pada anak. Anak akan lebih tenang, tidur lebih nyenyak, penghadaman lebih lancar dan banyak lagi. Ada pelbagai teknik urutan untuk bayi. Salah satu yang bagus untuk diamalkan ialah urutan vitaflex. Urutan vitaflex biasanya digunakan bersama minyak aromaterapi seperti essential oil untuk membantu minyak […]

Cecair enema, ubat sembelit paling cepat berkesan

bayi tak berak 3 hari

Bila anak dah sembelit mesti kita akan cari cara paling cepat untuk atasi masalah tu kan. Ibubapa mana yang sanggup nak tengok anak dok meraung sembelit. Apa ja yang dapat selesaikan masalah tu segera mesti kita akan buat. Pilihan paling cepat dan murah ialah menggunakan cecair enema. Kat rumah saya panggil sabun pam bontot. Haha. […]