Cara hilangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak

puncaanaksembelit

Fasa anak sembelit memang merunsingkan semua ibubapa. Anak jadi kerap meragam, kurang selera makan dan nak tidur pun susah. Ini semua berpunca dari perut yang kurang selesa. Tambah kritikal bila sembelit dah masuk episod berak berdarah. MakinĀ  bertambah susah hati dengan keadaan anak. Sembelit sebaiknya dicegah sebelum berlaku. Anda boleh amalkan 3 petua elakkan sembelit […]

Anak Suka Kira Duit Raya

Alhamdulillah sudah syawal ke 11 hari ni, dan anak-anak pun sudah mula bersekolah. Semua kembali ke rutin harian meneruskan tanggungjawab masing-masing di muka bumiNYA. Walaupun letih bermusafir dari utara ke pantai timur, namun seronok dapat bertemu semua ahli keluarga. Dan aidilfitri kali ini juga anakanda Faqihah sudah semakin faham aktiviti berhari raya. Memang jelas sungguh […]

Bila Waktu Terbaik Kenalkan Allah kepada Anak?

anaksukahaiwan

Akidah adalah prinsip paling penting yang wajib diterapkan dalam setiap diri anak-anak. Dengan pegangan akidah yang mantop, anak boleh membawa diri menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Soalnya, bila nak mula? Alhamdulillah semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U, penceramah berkongsi mengenai hal ini. Menurut Puan Siti Rohana, seawal usia 1 tahun kita […]

Raikan Anak Kecil Berbuka Puasa

latih anak puasa di bulan ramadan

Alhamdulillah syukur Allah pilih kita untuk berada dalam madrasah Ramadan tahun ini. Sebuah nikmat besar untuk sekalian muslim. Dalam usaha kita sebagai ibubapa meningkatkan kualiti Ramadan, ini jugalah peluang kita melatih anak-anak berpuasa. Melatih anak berpuasa memang memerlukan pada kesabaran, dan tak kurang juga pelbagai kenangan indah muncul di saat itu. Kali pertama anakanda Fateh […]

Balm Calmtime Mudahkan Ibubapa Urus Anak Meragam

BalmCalmtimeMudahkanUrusAnakMeragam

Mempunyai anak adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Melayan kecomelan anak kecil memang kebahagiaan semua ibubapa. Namun bukan setiap masa anak akan kelihatan comel kan. Bila mereka mula meragam dan merengek tanpa sebab, ia mengundang gelisah pada kita. Tambah pula bila kita berada di luar atau bersama orang ramai. Ini semua cukup untuk membuatkan […]

5 Tips Anak Mudah Tidur Malam

www.mouthsofmums.com.au

Waktu tidur selalu menjadi drama apabila ada anak yang masih mahu bermain dan tidak menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk. Ini seringkali berlaku untuk anak sekitar 2-5 tahun yang belum teratur pola tidurnya. Ada ibubapa yang sanggup menurut sahaja kemahuan anak-anak untuk berjaga malam. Namun hakikatnya ia adalah gaya hidup yang tidak sihat kerana tidur yang cukup […]

3 Teknik Rangsang Anak Suka Bertanya

anaksukatanyasoalan

Hujung minggu baru-baru ini saya berpeluang sekali lagi belajar ilmu keibubapaan bersama Puan Siti Rohana. Kali pertama saya menadah ilmu dengan beliau tahun lepas dalam Seminar A.N.A.K.K.U. Terasa macam cepat sangat masa berlalu, ilmu yang dulu pun masih banyak yang belum amal. Dan pertemuan kali ini telah menyuntik lebih banyak ilmu dan semangat, Alhamdulillah. Satu […]

Apa itu Doodle Art?

apaitudoodleart

Penat perjalanan semalam masih terasa, namun ia bukan alasan nak bersenang lenang. Banyak yang perlu dibereskan bila seharian berada di luar semalam. Namun penat bukan alasan untuk mensia-siakan peluang yang ada depan mata kan. Saya rasa sangat bersyukur dapat bertemu dengan Puan Nor Abdullah semalam. Macam mimpi pun ada. Selama ni jumpa kat alam maya […]

Tak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing

Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi. Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya. Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut […]

8 Tahun Sudah Anak Sulung Kami

Muhammad Fateh bin Shamsul Ery

Selamat datang 2018! Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha.. Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas. 2.1.2010. Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya […]

Kelebihan Pakej Bacalah Anakku

BacalahAnakku

Bila nak mula ajar anak membaca kita pun sedar ada banyak pilihan pakej belajar membaca di pasaran. Sekali tengok macam semuanya best. Semua nampak berkesan. Betul tak? Dan memang pun semua kaedah tu berkesan untuk bantu anak belajar membaca. Sebab tu ia ada di pasaran kan. Yang penting  apa pun pakej yang kita pilih, kita […]

Pengasuh Komplen Anak Agresif?

pengasuhtaska

Saya dah lama tidak menghalusi isu asuhan anak kecil. Alhamdulillah, ia bagaikan bebanan batu yang terangkat apabila saya membuat keputusan bekerja sendiri. Namun pengalaman 5 tahun bergelumang dengan isu ini masih tersimpan di memori. Baru-baru ini seorang ibu muda hubungi saya. Beliau menyatakan kerisauan atas perubahan sikap anak sulungnya. Anak sulungnya lelaki, umur mencecah 2 […]