Category

Umum

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam
in Umum

5 Cara Bagaimana Tidurkan Anak Awal Pada Waktu Malam

Waktu tidurkan anak merupakan saat yang paling membahagiakan. Namun diingatkan, ia juga boleh menjadi saat yang mengerikan. Bila mana anda mahu dia tidur, tetapi dia tidur hanya sekejap sahaja dan tidak lena. Tidak terkecuali  juga berlaku bila mana anda sudah tidurkan anak dan anda mahu bangun melakukan kerja, tetiba si anak sahaja bangun semula seakan mengetahui anda tidak ada di sisi. Letih rasanya mahu tidurkannya semula! Berikut adalah 7 cara bagaimana tidurkan anak awal pada waktu malam yang boleh kita praktikkan supaya mereka mendapat tidur yang lebih berkualiti dan tidak merengek atau berjaga sepanjang malam. 1. Banyakkan Aktiviti Pada Waktu…

Continue reading
Balm Sleeptime Tasneem Bantu Anak Susah Tidur
in Umum

Balm Sleeptime Tasneem Bantu Anak Susah Tidur

Mendapat cahaya mata adalah satu anugerah yang terindah dalam hidup setiap pasangan yang telah berumah tangga. Namun perlu diingatkan, ia juga merupakan satu permulaan yang ibu terpaksa berkorban waktu tidur.  Pernah tak ibu alami pekara seperti ini. Di mana anak-anak tak nak tidur? Susah nak tidur? Hanya tidur-tidur ayam tidur dan nak berkepit dengan ibu. Pantang letak dekat bawah, terus bangun. Inilah pengalaman saya masa anak pertama dulu. Stress sangat. Tak dapat rehat yang cukup. Hampir tiga tahun terpaksa hadap anak yang susah tidur. Huhu Alhamdulillah, semasa lahirkan anak kedua. Saya jumpa balm keluaran Tasneem Naturel. Takut pengalaman dulu berulang…

Continue reading
Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu
in Umum

Tanda Anak Sembelit Yang Ibubapa Perlu Tahu

Ibubapa mana yang tak risau kalau anak kena sembelit kan. Lagi-lagi kalau yang alaminya tu masih bayi dan belum pandai bercakap. Lebih awal kita dapat kesan tanda atau gejala sembelit ni, lebih baik, sebab kita boleh elakkan dari jadi lebih serius. Jadi, jom kenali tanda-tanda anak sembelit supaya kita boleh ambil langkah-langkah awal untuk atasinya. TANDA-TANDA SEMBELIT: Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari Meragam Sakit pada abdomen Gastrik Abdomen yang keras Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras Najis…

Continue reading
Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.
in Umum

Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.

Pola tidur bayi adalah berbeza mengikut peringkat umurnya dan bayi tidur lebih lama dari orang dewasa mahupun kanak-kanak. Memang bayi sekitar 0-12 bulan ni hari-harinya diisi dengan tidur sahaja. Mereka hanya akan bangun jika merasa lapar, terganggu dan rasa tidak selesa mungkin disebabkan kembung perut, lampin sudah penuh atau lain-lain situasi. Ibu bapa juga jangan risau, semakin bertambah usia, bayi akan mengalami corak perubahan tidur terutama di waktu siang kerana bayi sudah mula pandai explore terutama ketika sudah mula meniarap dan bergerak. Waktu ini ibu ayah pun tidak dapat duduk diam, pasti ada saja aktiviti dan projek nak melayan bayi…

Continue reading
Agen Tasneem Naturel Kulai, Johor
in Umum

Agen Tasneem Naturel Kulai, Johor

Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya. Alhamdulillah nama diberi Rosikah binti Noh. Bagi mana yang belum kenal boleh panggil dengan panggilan Kak Rose atau pun Kak Ikah. Kak Rose berasal dari Jitra, Kedah. Setelah tamat sahaja alam persekolahan tingkatan 5, Kak Rose dah mula hidup merantau. Dari Kedah ke Pahang, dari Pahang ke Perlis, dari Perlis ke Pulau Pinang. Kini, Kak Rose menetap di Kulai, Johor setelah ditemukan jodoh dengan suami Mohamad Shukri bin Hj.Idris. Alhamdulillah dikurniakan empat orang cahaya mata. Sudah hampir 15 tahun di Johor. Kerjaya hakiki Kak Rose adalah sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Biologi…

Continue reading
CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
in Umum

Cara Atasi Anak Sembelit Teruk Dengan Mudah dan Berkesan Tanpa Ubat

“Doktor, rasanya anak saya sembelit sebab dah tiga hari tak buang air besar” Ibu bapa terutamanya pasti merasa risau apabila mendapati anak yang masih kecil mengalami masalah ‘SEMBELIT’, apatah lagi si kecil masih belum pandai untuk meluahkan kesakitan yang dirasainya dengan kata- kata. Mereka hanya boleh meluahkan perasaan dengan muka yang cuba meneran, menangis dan ada yang sampai menjadi ‘tantrum’. Sembelit di kalangan anak- anak kecil biasanya bersifat sementara dan bukanlah masalah yang serius tetapi ianya mengundang kebimbangan di kalangan ibu bapa yang menginginkan setiap anak menjalani kehidupan yang sihat setiap hari. Menurut pakar kesihatan, kebiasaanya anak- anak kecil akan…

Continue reading
7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA
in Umum

7 SEBAB BAYI MENANGIS DAN BAGAIMANA MENENANGKAN MEREKA

Apakah sebab bayi menangis? Semua bayi dilahirkan dengan menangis. Bayi yang lahir tanpa tangisan akan diusahakan supaya menangis dengan menonggengkan kepala ke bawah dan menepuk bontot bayi. Bayi yang sihat akan menangis apabila dilahirkan ke dunia.Bayi baru lahir tidak dapat berbuat apa-apa pun melainkan menangis . Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka memerlukan sesuatu. Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda dapati sukar untuk menentukan apa yang diperlukan oleh bayi mereka. Adakah dia lapar,haus, sejuk, panas, perut kembung atau sekadar mahu berada dekat dengan ibunya? Dalam beberapa hari pertama, tangisan bayi memberi kebimbangan kepada anda kerana anda belum…

Continue reading
Anak meragam sebelum tidur
in Umum

Tips Evergreen Atasi Anak Meragam Sebelum Tidur

Hakikatnya dalam kehidupan ini masih ramai ibu bapa yang sedang menghadapi bayi meragam sebelum tidur. Kadang kala buntu dibuatnya melayan ragam si manja menangis dan serba tak kena hingga membuatkan ibu bapa kepenatan akibat tidak cukup tidur sehingga berminggu- minggu lamanya. Menangis merupakan salah satu cara bayi itu berkomunikasi dengan ibu bapanya. Bayi menangis untuk memberitahu mereka lapar. Bayi memang cepat lapar dan perlu di susukan kerap kerana perut mereka masih kecil. Biasanya mereka perlu disusukan 4-6 jam sekali mengikut keperluan. Punca bayi menangis yang tidak dapat dikenal pasti akan membuatkan situasi yang lebih sukar. Mari kita lihat antara perkara…

Continue reading
Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu
in Umum

Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu

Bila melihat anak ada ruam susu mesti ibu-ibu mula risau kan. Risau anak tak selesa, risau anak rasa pedih, risau kulit anak tak cantik. Ruam susu biasanya dikaitkan dengan ruam yang naik di bahagian pipi anak. Sebab susu kerap terkena bahagian tersebut kan. Sebelum itu, jom kenal dulu apa itu ruam susu dan punca ruam susu. Ruam susu ialah ruam yang biasanya terjadi apabila kulit sensitif bayi terutamanya di bahagian muka dan leher terkena protein dalam susu yang pada kebiasaannya susu formula. Perlu diingat, ruam susu juga boleh terjadi pada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif tau. Keadaan ini…

Continue reading
Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu
in Umum

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu, Terengganu

Agen Tasneem Naturel Kuala Terengganu sejak 2017. Assalamualaikum dan salam perkenalan. Nama diberi Norhaida Laila binti Baharuddin. Disebabkan nama panjang ada yang panggil saya Haida,Laila dan terbaru Mekda. Harapannya panggilan mekda kekal sampai bila- bila sebab dah terbiasa. Mekda berasal dari Terengganu dan sekarang ini menetap di Kuala Terengganu. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aisyah Humaira. Sekarang ini mekda bekerja sebagai Kerani Akaun di sebuah syarikat melayu iaitu One Million Borderless Resources (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan pengeluar minuman malt coklat yang setanding dengan jenama popular di pasaran tempatan dan antarabangsa. Mekda ni sebenarnya suka…

Continue reading
Agen Tasneem Naturel Sungai Petani Kedah
in Umum

Agen Tasneem Naturel Sungai Petani, Kedah

Agen Tasneem Naturel Sungai Petani sejak 2019. Assamualaikum dan salam perkenalan semua. Saya Wardah bt Abdul Rahman, berusia 34 tahun dan bergelar seorang ibu kepada sepasang cahaya mata berusia 8 tahun (Muhammad Yusuf) dan 6 tahun (Maryam). Kampung saya di Jitra dan kini kami sekeluarga menetap di Sungai Petani, Kedah. Selain menjalankan perkhidmatan terapi bekam dan urutan untuk golongan wanita, saya juga terlibat berbisnes dengan Tasneem Naturel sejak 2 tahun yang lalu. Saya bermula dengan menjual selepas tertarik dengan perkongsian Master Leader, Puan Sakinah Hamid berkenaan manfaat bisnes bersama Tasneem Naturel dan kelebihan produk berasaskan ‘essential oil’. Tak kenal maka…

Continue reading
Sistem-Imun-Rendah-Salah-Satu-Punca-Kematian-Pesakit-Covid-19
in Umum

Sistem Imun Rendah Salah Satu Punca Kematian Pesakit Covid 19

Semasa mula-mula Corona Virus menyerang Malaysia, ia kedengaran sangat mengerikan. Tapi bila ada laporan pesakit yang sembuh, saya pun tertanya juga macam mana boleh sembuh sedangkan penyakit ini tiada ubat. Bila saya terbaca catatan Dr ‘Afif Abdul Latiff mengenai isu ini, barulah saya faham bagaimana ada pesakit yang boleh sembuh namun ada yang menemui kematian. Saya terbitkan semula catatan dari laman facebook peribadi beliau di sini dengan keizinan. Majority pesakit COVID 19 yang meninggal dunia adalah akibat Acute Respiratory Distress Syndrome ( Sindrom akut pernafasan) Siapa yang berisiko untuk dapat sindrom pernafasan ini? Mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah Mereka…

Continue reading
Close