Category

Umum

in Pengalaman hidup, Umum

Kemana sakinahamid.com pada 2017

Alhamdulillah, masih bernafas di tahun 2017. Peluang ini adalah satu rezeki yang Allah kurniakan untuk merasai nikmat kehidupan, dan berusaha mengumpul amalan buat bekalan bertemu denganNya kelak. Kehidupan di dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian untuk Allah menilai sejauh mana kita mampu kekal dalam kebenaran walaupun pelbagai cabaran mendatang. 2017 adalah tahun ketiga sakinahamid.com belayar di alam maya. Bermula dengan hanya menggunakan ilmu menulis yang sedia ada di dada, saya mulakan blog ini dengan apa yang saya tahu. Saya hanya tulis..tulis..dan tulis. Selepas hampir mencapai 30 artikel yang pertama barulah saya melabur untuk belajar teknik penulisan blog di saya kongsikan dalam Pengalaman…

Continue reading
Gigi susu tanggal sendiri
in Umum

Fateh Losing His First Baby Tooth

Alhamdulillah. Satu pengalaman baru untuk anakanda Fateh dan ummi juga ^_^ Gigi susu bahagian depan tu dah mula bergoyang sejak sebulan lepas. Saya tengok takda gigi kekal tumbuh lagi jadi biarkan ja lah. Dia pun nampak masih selesa makan takda masalah pun makan ayam goreng semua tu. Kesimpulan saya gigi tu belum bermasalah la kan. Kebetulan pula Fateh banyak isi masa cuti dengan sepupunya Fauzan dan bercuti di kampung baru-baru ni. Saya pun tak ingat sangat pasal gigi nya tu. Sampai la semalam masa saya memandu dia asyik tanya bila nak pergi cabut gigi. Agaknya dia rasa makin tak selesa kot….

Continue reading
Tok wan cucu talk
in Umum

Pesan Abah : Jawab Soalan Anak Dengan Jujur

Alhamdulillah, pagi sabtu yang cerah. Dan hati ini bertambah girang kerana pagi-pagi lagi abah dah telefon. Sempat la sembang-sembang sambil dengar pesanan berharga abah dalam mendidik anak. Semalam abah hantar sepupu Fateh, anakanda Fauzan ke rumah kami. Katanya sepanjang perjalanan macam-macam soalan datang dari cucu sulungnya tu. Dari soalan logik sampailah ke soalan imaginasi kanak-kanak. Dan kelebihan abah saya dia mampu menjawab semua soalan kanak-kanak samada dengan fakta yang betul mahupun fakta merapu sebagai hiburan 😛 Rupanya hari ni baru saya tahu, ‘kerjaya’ menjawab soalan kanak-kanak ni bukan bermula dengan kami adik beradik. Tapi ia bermula sejak abah muda remaja…

Continue reading
in Umum

Anak Tak Kenal Huruf

Dulu-dulu saya pun dengar ‘cakap-cakap’ orang. Orang kata budak-budak memang boleh menyanyi ABC tapi tak kenal pun huruf tu betul-betul.  Dan saya perhatikan anak saya sendiri pun memang belum 2 tahun dah boleh menyanyi ABC sampai habis, tapi bila tanya huruf tak tahu pun. Tapi sebenarnya proses ini normal untuk kanak-kanak. Memanglah sebelum anak tu dapat mengecam huruf, dia kena tau dulu sebutan huruf tu macam mana. Ia adalah satu proses pembelajaran. Anak pernah dengar nama huruf, tahu sebut nama huruf dan seterusnya barulah dapat mengecam bentuk huruf dan mula belajar membaca. Jadi kita jangan menafikan proses itu terhadap anak…

Continue reading
in Umum

Dari bisnes online ke ‘alam nyata’

Semalam adalah hari saya berbisnes di ‘alam nyata’. Alhamdulillah selepas kali ke tiga membuat aktiviti pemasaran dan jualan di tadika, saya semakin yakin malah seronok dengan aktiviti ini. Sesuai dengan karakter saya yang suka bertemu dengan orang lain menjadikan aktiviti bisnes di luar lebih dekat dengan jiwa saya. Mengimbau kenangan 2 tahun lalu ketika hendak memulakan bisnes educational toys ini. Saya memang berminat untuk menjadi pembekal produk kepada tadika dan taska. Saya cuba bermula namun tidak nampak bagaimana saya dapat maju ke depan. Dan dalam pencarian itu Allah pertemukan dengan mentor dalam bisnes online. Alhamdulillah banyak ilmu bisnes online yang…

Continue reading
in Review, Umum

Tips Penjagaan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Salam pagi minggu ibu-ibu hebat! Menu apa ya pagi ni? Saya rasa macam nak tunggu menu berbungkus ja pagi ni..hihi. Sesekali terbayang nasik lemak zaman-zaman sekolah dulu. Lauknya tak banyak, tapi nikmatnya Masya Allah. Sekarang zaman lauk mewah kan. Ayam seketul besar, makan sampai muak. Tapi jarang jumpa yang kita teringin nak makan lagi kan. Selalunya makan sekadar untuk mengenyangkan ja. Tak tahulah orang lain rasa benda tu ke idok, mungkin saya dan makin banyak umurnya kot.hihi.. Alhamdulillah sehari dua ni dapat banyak maklum balas positif dari pengguna Buku Magik. Rasa syukur dapat sebarkan kebaikan buku magik…

Continue reading
in Umum

Aktiviti Untuk Tingkatkan Kemahiran Pra-tulis (Bahagian 1)

Teks : Olahan oleh Sakina Hamid dari www.otplan.com Gambar : Google Kemahiran menulis adalah penting dalam memupuk minat anak kepada proses pembelajaran. Namun kemahiran ini sebenarnya bukan bermula apabila anak sudah bersedia ke sekolah, malah lebih awal lagi. Kamahiran pra-tulis ini perlu diasah dalam aktiviti anak seharian sehingga anak dapat menulis dengan betul tanpa perlu melalui fasa pembelajaran yang serius. Mari kita semak mainan harian anak-anak yang bagus untuk mengasah kemahiran pra-tulis. 1) Main lompat tali 2) Bermain bola tampar atau apa-apa mainan yang tangan/raket dalam keadaan tapak tangan mengadap ke atas 3) Main botol air Botol air jenis spray dan…

Continue reading
idealaundryroomcantik
in Umum

Dryer Machine Sudah Jadi Gajet Pilihan Surirumah Masakini

Kali pertama saya tau mengenai dryer machine ni masa ikuti kelas formula masa anjuran Coach Husna Haron. Beliau mencadangkan dryer machine sebagai penyelesaian kepada masalah pengurusan pakaian. Biasalah cerita mak-mak ni kan, basuh baju, sidai baju lepas tu longgok baju. Nak melipat tu bercinta kemain. Memang lah ada antara penyelesaiannya sangkut ja semua baju, tapi timbul pulak masalah ruang untuk kami yang bilik 10×10 kaki ni kan. Masa kali pertama tahu dulu saya tak la minat sangat, sebab rasa macam bukan keperluan sangat pun. Tapi bila awal tahun ni anakanda Fateh tukar tadika, dia pakai baju melayu. Dah mula dapat…

Continue reading
in Umum

Ilmu Viral – Fitnah Akhir Zaman

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Semalam adalah hari pengajaran untuk saya. Pengajaran supaya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi di media sosial. Hakikatnya saya tidak suka dengan budaya ilmu viral tanpa usul periksa, namun entah bagaimana semalam saya sendiri terbabas. Ia berkaitan topik ‘Newmoon & Fullmoon’. Kali pertama saya tahu mengenainya adalah melalui facebook dari seorang yang agak saya hormati. Saya anggapkan ia adalah ilmu baru untuk saya. Tapi tidak pula saya membuat kajian yang mendalam mengenainya. Saya hanya baca seadanya apabila ada rakan-rakan berkongsi maklumat di facebook. Tahu, rasa boleh dipercayai namun takda la amalkan sangat pun. Dan semalam…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Pinterest Lubuk Idea Homeschooling

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Semua ibu teruja nak buat aktiviti dengan anak-anak kan. Cuma kadang tu kering juga idea nak cari aktiviti yang mudah, menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Sebenarnya ‘kering idea’ ni bukan setakat ibubapa, malah pendidik juga seringkali buntu dalam mencari idea untuk aktiviti pembelajaran setiap hari. Ini berdasarkan pengalaman saya kerana semalam saya berpeluang berkongsi sedikit ilmu bersama guru-guru di tadika anakanda Fateh. Topik perbincangan adalah mengenai proses pembelajaran kreatif. Dan antara yang dikongsikan ialah mengenai Pinterest Lubuk Idea untuk semua pendidik. Jom kita melawat pengkalan maklumat Pinterest yang semakin terkenal ini. Sebagaimana laman web sosial yang lain,…

Continue reading
in Umum

Menggilap Keyakinan Diri Sejak Kecil

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakinah Hamid & Google Keyakinan diri adalah aset penting kepada seseorang individu. Pelbagai teori, modul, seminar wujud dimana-mana untuk membimbing individu mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Dan terlalu banyak kos dikeluarkan untuk membangunkan keyakinan diri individu dalam masyarakat kita. Namun hakikatnya, keyakinan diri adalah satu nilai yang hadir secara semulajadi dalam setiap individu. Jika dilihat kepada proses tumbesaran kanak-kanak, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam mencuba sesuatu. Tidak ada rasa ragu-ragu mahupun rasa bersalah jika melakukan kesilapan dalam kehidupan harian. Namun hanya setelah mereka terdedah bahawa sesuatu tindakan itu adalah ‘salah’, mereka…

Continue reading
in Umum

Entri 101

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, catatan di blog ini sudah melepasi 100 post pertama. Dah lepas pantang kot eh..hehe. Rasanya macam baru ja bermula, kejap semangat kejap down dah sampai ke entri 101. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk bermula dulu. Walaupun dalam keadaan hanya tahu nak berkongsi, tapi tak tahu teknik yang betul. Bila dah mula, belajar sikit-sikit dan baiki dari masa ke semasa. Sehingga entri 101 ni, saya belum berpuashati dengan penulisan saya di blog ini. Masih banyak lagi yang belum terzahir, dan masih mencari cara yang terbaik menjadikan penulisan saya membawa manfaat kepada ummah….

Continue reading
Close