Category

Umum

in Umum

Jamuan Raya Tadika Fateh

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Hari rabu baru ni Anakanda Fateh balik sekolah bagitau Hari Jumaat kena pakai baju raya. Dalam hati saya fikir hai tak kan baju raya ja kot, makanan tak kena bawak ke. Fikir kot la ada pihak sponsor untuk jamuan raya ke kan. ok lah. Balik sekolah semalam (Khamis) dia cakap cikgu suruh bawak makanan untuk jamuan raya. Mee goreng ke..bihun goreng ke..ayam goreng ke.. Adoi la anak, rumah kita ni beli bahan mentah seminggu sekali ja. Mana la nak cari benda tu tengah-tengah minggu ni. Saya tukar ja jadi jelly bernata de…

Continue reading
in Umum

Rambutan di Syurga

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Rambutan adalah antara buah-buahan kegemaran anakanda Fateh. Kalau beli sekilo dua tu dia sorang ja makan, tapi dihabiskan dalam 2-3 hari. Saja saya kawal kerana dalam keluarga saya ada sejarah adik dapat asma selepas makan rambutan dengan sangat banyak. Maklumlah balik kampung ada dusun kan. Tak tahulah sejauh mana ia menjadi punca, tapi saya kawal sebelum ia menjadi mudarat. Masa pulang beraya baru-baru ni banyak jumpa pokok rambutan yang masih putik. Saya tunjukkan ia kepada anakanda Fateh untuk memahamkan dia mengenai buah-buahan bermusim. Beberapa minggu lepas dia minta buah rambutan, jadi kenalah…

Continue reading
in Umum

Bermain adalah Terapi Emosi Kanak-kanak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Umum mengetahui dunia kanak-kanak adalah bermain. Namun kadangkala kita terlalai dari ‘mengiktiraf’ dunia mereka ini. Terutamanya apabila kita berada dalam mood bukan rutin contohnya melancong, balik kampung mahupun menguruskan ahli keluarga yang sakit. Secara peribadi saya sendiri pernah terlalai dari menyediakan peluang bermain untuk anak-anak. Satu peristiwa yang saya paling ingati ialah ketika usia anakanda Faqihah 2 tahun. Peristiwa ini mengajar saya bahawa bermain adalah terapi emosi kanak-kanak. Ketika itu kami pulang ke kampung keluarga mertua saya pada cuti hujung minggu. Persiapan pulang agak sederhana kerana merasakan tempoh kami berada di sana…

Continue reading
in Umum

2/3 Masa Setiap Hari untuk Berimaginasi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid “Anak kecil menghabiskan 2/3 masa seharian untuk berimaginasi” – Dr Stephanie Carlson- Benarkah? Bagi ibu-ibu yang selalu menghabiskan masa seharian bersama anak-anak memang boleh menerima kenyataan ini. 😀 Semua benda boleh menjadi sumber imaginasi mereka. Semalam anakanda Fateh bersama sepupunya Fauzan bermain dengan rumah kotak ni. Lebih dari sejam mereka dapat bermain dengan pelbaagai imaginasi yang rencam. Bermula daru pondok-pondok tempat main lego, sambung dengan perang palestin-israel, berangan tidur malam-malam sampailah kotak tu pun dah lembek. Maklumla, ummi lambat DIY playhouse, dah terlebih umur yang mainnya. Tapi ituah hakikat dunia kanak-kanak kan….

Continue reading
in Umum

Kepentingan Koordinasi Mata-Tangan (Hand-eye coordination)

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Salah satu elemen yang penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak ialah koordinasi mata-tangan (hand-eye coordination). Seringkali semasa memilih mainan, kita dapati antara fungsinya adalah untuk membantu perkembangan koordinasi mata-tangan. Apakah koordinasi mata-tangan? Koordinasi mata-tangan ialah proses di mana mata menyelaras aktiviti tangan. Apabila mata melihat sesuatu, isyarat maklumat dihantar dengan sangat pantas ke otak – otak tafsirkan tindakan dan terus menghantar isyarat maklumat yang sangat pantas untuk tangan bertindak. Proses ini berlaku dengan sangat pantas, dan ia kelihatan seperti sangat mudah. Tapi tidak bagi anak kecil yang baru belajar menggunakan tangan untuk pelbagai…

Continue reading
in Umum

Kenapa Anak Kecil Suka Conteng Dinding?

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Kalau masuk satu rumah yang dindingnya berconteng, orang dah tau ; mesti ada budak kecik.. Soalnya kenapa anak kecil suka conteng dinding, sedangkan dah disediakan buku dan kertas untuk dia menconteng. Ini adalah beberapa sebab kenapa anak kecil suka conteng dinding 1) Kedudukan pada paras mata Keadaan menulis pada paras mata menjadikan anak dapat menulis dengan lebih selesa. Dan bagi anak kecil, berdiri adalah posisi yang selesa untuk dia bereksplorasi. Itulah kenapa kebanyakan kanak-kanak tidak suka duduk menulis di kertas 2) Ruang menulis tanpa batasan Dunia imaginasi anak kecil sangat luas, sedangkan saiz…

Continue reading
in Umum

‘Food Prep’ Jimatkan Masa di Dapur

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Memasak untuk keluarga adalah kepuasan hampir semua ibu. Namun seringkali kita kesuntukan masa untuk menyediakan makanan menyebabkan terpaksa memilih untuk beli makanan siap dimasak. Suka saya kongsikan teknik ‘food prep’ yang saya pelajari dari seminar pengurusan masa ini. Kitchen setting sesuai untuk semua ibu samada yang bekerja atau surirumah sibuk menguruskan urusan keluarga setiap hari. Biasanya saya peruntukkan sekitar 2 jam untuk uruskan ‘food prep’ SAMBIL memasak untuk makan tengahari pada hari tersebut. 1) Beli lauk basah 1 atau 2 kali sahaja seminggu Saya tinggal di bandar dan masa 1 jam diperlukan…

Continue reading
in Umum

Optimis Cara Muslim

Teks : Sakina Hamid Gambar : Google   Semalam saya mendapat jemputan untuk memberi pengisian usrah sebuah persatuan di kampus berhampiran. Saya berfikir-fikir apakah tajuk yang sesuai kerana sudah agak lama tidak bergaul dengan mahasiswa. Alhamdulillah, Allah ilhamkan saya untuk berkongsi mengenai Optimis cara muslim dan bertemu dengan artikel yang sangat padat dengan pengisian di SINI. Optimis adalah sangat berkait rapat dengan Ihktiar dan Tawakkal. Jika salah satunya pincang, maka ia belum betul-betul memenuhi kriteria optimis cara muslim. Mari kita fahami dengan mendapam satu persatu prinsip ini. OPTIMIS Berasal dari perkataan Latin – Optima yang bermaksud terbaik Optimis ialah harapan…

Continue reading
in Umum

Kebaikan bermain Educational Toys kepada Perkembangan Kanak-kanak

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Kadangkala bila melihat harga educational toys, akan terdetik dalam hati..mahalnya. Tapi jika kita memahami betapa banyaknya kebaikan yang anak perolehi dari educational toys itu, pasti kita akan merasa ia pelaburan yang berbaloi. Di sini adalah beberapa kebaikan bermain Educational Toys kepada perkembangan Kanak-kanak 1) Merangsang perkembangan motor kasar Dengan bermain, mereka akan melompat, berlari, melutut, merangkak, memanjat, mengelungsur dan sebagainya. Ini melatih skil motor kasarnya dan sangat penting bagi perkembangan fizikal serta mental anak. Dengan menggerakkan semua anggota badannya, mereka dapat menggerakkan pula otot-otot kecil mereka. 2) Merangsang perkembangan motor halus Bermain…

Continue reading
in Umum

Kebaikan Mainan Manipulatif

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Permainan manipulatif adalah permainan pembelajaran yang memerlukan anak merekabentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Antara contoh mainan manipulatif ialah permainan LEGO. Jom kita lihat apa kebaikan mainan manipulatif ni 1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran moto halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai menulis. 2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya. 3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan…

Continue reading
in Umum

Cara Bina Networking Dalam Bisnes

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Membina networking dalam bisnes adalah sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Banyak kebaikan apabila kita mempunyai networking yang luas. Antaranya sebagai sumber untuk mendapat ilmu dan pengalaman dan ruang untuk membina branding. Di sini saya kongsikan 3 kaedah bina networking dalam bisnes bagi usahawan yang baru terjun ke dalam dunia perniagaan online terutamanya untuk ibu-ibu bekerja dari rumah yang kurang mempunyai akses dengan dunia luar. 1) FOLO RAPAT-RAPAT FB SIFU ~ LIKE semua post sifu/mentor niche biz ~ KOMEN dengan mesra di post2 beliau. Baru la menyerlah sikit kehadiran kita kan ~ Lagi berani…

Continue reading
in Umum

Anak Suka Main Pasir Tak?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Teringat masa Anakanda Fateh sekitar usia 2 tahun, kami membawanya berkelah di pantai. Dia hanya duduk di atas tikar kerana geli terpijak pasir. Bila melihat kejadian itu, saya pun tersedar kami tidak mendedahkannya dengan sumber alam yang hebat ni. Maklumlah tinggal dibandar kebanyakan kawasan bertar dan bersimen, memang jarang sangat dapat berjumpa dengan pasir dan tanah. Selepas di ‘orentasi’kan sedikit demi sedikit dengan pasir, dah tak nak balik pulak suka main pasir kat tepi pantai tu. Lepas dari tu jumpa pasir kat mana-mana pun mesti nak main. Kita pulak yang bimbang degan…

Continue reading
Close