Cecair enema, ubat sembelit paling cepat berkesan

Bila anak dah sembelit mesti kita akan cari cara paling cepat untuk atasi masalah tu kan. Ibubapa mana yang sanggup nak tengok anak dok meraung sembelit. Apa ja yang dapat selesaikan masalah tu segera mesti kita akan buat.

Pilihan paling cepat dan murah ialah menggunakan cecair enema. Kat rumah saya panggil sabun pam bontot. Haha. Cecair enema ni dalam bentuk tiub, boleh didapati di farmasi sekitar rm2 untuk 1 tiub.

ubat sembelit paling cepat berkesan
Cecair Enema menjadi pilihan kerana dapat selesaikan masalah sembelit dengan segera dan kos yang murah
Klik si sini untuk Cara hilangkan sembelit yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak

Saya cari cara guna jumpa poster ni, jadi saya kongsi kat sini ya untuk ibubapa yang kali pertama nak guna cecair enema ni.

ubat sembelit paling cepat berkesan
Cara penggunaan yang betul penting untuk elakkan timbul masalah yang lebih serius

Langkah 1 : Basuh tangan

langkah 2 : Goncang cecair enema selama 30 saat

Langkah 3 : Baringkan anak dengan posisi yang sesuai. Biasanya cara menonggeng paling mudah. Tapi ada anak yang rasa takut, jadi boleh juga baringkan mengiring. Kalau untuk guna sendiri pun lebih mudah melalui cara mengiring.

Langkah 4 : Pam keseluruhan isi tiub enema tu sampai habis. Pastikan beli sukatan yang betul untuk bayi dan kanak-kanak.

ubat sembelit paling cepat berkesan
Cecair enema cepat memberikan kesan tapi ia tak bagus digunakan dengan kerap

Langkah 5 : Terus buang tiub yang sudah digunakan ke dalam tong sampah. Tidak boleh guna semula jika ada baki cecair.

Langkah 6 : Kekalkan dalam posisi yang sama untuk elakkan cecair enema tercicir keluar.

Langkah 7 : Basuh tangan hingga bersih

ubat sembelit paling cepat berkesan
Sembelit berkait rapat dengan faktor pemakanan dan psikologi anak terhadap aktiviti ke tandas

Ok, lepas anda ikuti 7 langkah ini biasanya anak akan buang air besar dalam tempoh sejam. Jika anak masih tidak dapat buang air besar, terus dapatkan nasihat doktor. Cecair ini tidak boleh digunakan lebih dari sekali dalam tempoh 24 jam.

Elakkan dari bergantung dengan cecair enema ini untuk atasi masalah sembelit anak anda. Amalkan Petua Hilangkan Sembelit untuk Bayi ini supaya masalah ini dapat diatasi secara alami. Jika anak sudah masuk episod berak berdarah, ibubapa perlu lebih serius untuk atasi masalah ini.

Pakej-Newborn-Tasneem-Naturel-Persediaan-Penting-Sambut-New-Baby

Balm T-rub dari Tasneem Naturel boleh digunakan untuk mengatasi masalah sembelit menggunakan bahan semulajadi. Ia berfungsi meningkatkan aktiviti sistem penghadaman seterusnya melawaskan proses pembuangan air besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai balm T rub ini boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia

Ramai ibubapa berjaya membawa anak mereka keluar dari masalah sembelit dengan bantuan balm ini. Untuk maklumat lanjut hubungi 0194715407.

5 thoughts on “Cecair enema, ubat sembelit paling cepat berkesan

    1. penggunaan perlu dengan nasihat doc. cecair ni akan tarik air dari seluruh badan yang boleh menyebabkan dihidrasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge