Ceramah keusahawanan bersama siswi USM

0
122
views

Baru-baru ini ada seorang pelajar USM hubungi saya. Mereka minta saya buat perkongsian mengenai jatuh bangun dalam bisnes. Rasa kelakar pulak sebab bisnes pun tak bangun berdiri pun lagi, jadi takda la nak jatuh sangat kan. Tapi sebab dulu saya dari persatuan tu, saya pun terima sajalah undangan tu.

Sampai masa nak berprogram, barulah saya dapat maklumat ada 2 penceramah. Perceramah bersama ialah pensyarah keusahawanan dari USM. fuh..kecut perut den. Dengan bisnes sendiri pun tak berapa nak bangun lagi, digandingkan pula dengan orang yang berilmu. Memang mengerikan. Tapi dah terelpas berjanji, teruskan ja la. Belasah ja la kan. 😛

Alhamdulillah semalam sebelum program saya sempat berbual-bual dengan pensyarah tersebut. Simple orangnya. Jadi saya pun tak lah rasa kekok sangat berceramah di depan insan yang hebat. Fuh. Dan mujur jugaklah slot saya yang kedua. Sempat la berguru dengan pensyarah ni dulu. Memang berbeza sungguh pengisian kelas keusahawanan di universiti dengan kelas yang dikendalikan oleh usahawan di luar kampus. Apa-apa pun setiap satunya ada kekuatan tersendiri.

Walaupun dalam debaran Alhamdulillah saya dapat sampaikan ilmu yang nak dikongsikan dengan lancar. Sampai dapat nota peringatan dari pengerusi lagi.kiki. Tak tau lah adik-adik siswi faham ke tak penyampaian saya. Saya berkongsi cara paling asas untuk membuat jualan. Cara menghasilkan jualan pertama sebagai kajian pasaran sebelum mengambil keputusan untuk serius dalam perniagaan tersebut.

Alhamdulillah selepas sesi berakhir ada peserta yang datang berjumpa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Memang boleh nampak beliau bersemangat dan fokus semasa sesi ceramah tadi. Oleh kerana masa yang terbatas, saya pun bagi cadangan untuk berjumpa di lain masa. Sungguh teruja bila saya bersedia nak berjumpa dengannya. Alah..akak ni biasa-biasa ja la dik..

Berlalu lah pengalaman pertama saya berkongsi ilmu keusahawanan dengan siswi. Mungkin ada antara mereka yang belum berminat untuk memulakan perniagaan sekarang. Namun andai satu hari kelak mereka mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan, mereka sudah ada sedikit asas untuk bermula.

In syaa Allah.

Previous articleJurnal Ramadan Kembali!
Next article5 Tahun Pertama Anak Kecil
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here