Rasa macam dah lama ja anak tak berlampin..hehe..

Ada member mesej tanya pasal cloth diaper, baru teringat nostalgia2 lalu.. kiranya tido malam diulit bau sabun basuh baby, seisi keringkan cloth diaper.

Suka saya nak kongsi, kenapa kami gigih menggunakan kampin ini kepada kedua2 anak sehingga diaper free.

1) ANAK SELESA – ini yang dapat kami perhatikan, anak lebih selesa dengan permukaan kain pada CD berbanding plastik pada pampers.

Sesekali balik ke kampung dan tak sempat basuh, kami tidurkan anak dengan pampers. Nampak anak kurang selesa dengan lapisan plastik tu. Semua jenama sama ja, mahal macam mana pun tetap materialnya plastik!

2) IBU ALERT – Saya ni bukannya jenis yang alert sangat, apatah lagi masa anak sulung. Tapi pemakaian CD menjadikan saya akan alert dah berapa jam anak tukar CD, sebab kalau lama2 nanti boleh bocor. Apatah lagi bila anak dah semakin besar, baunya pasti akan menyebabkan kita tidak akan biarkan anak berlama2 dengan lampin.

Nampak macam leceh kan, tapi hakikatnya itulah yang terbaik untuk anak2. Saya cukup simpati bila berjumpa kanak2 yang pampersnya sudah ‘buncit’, tapi ibunya sibuk urusan lain. Biarlah mahal macam mana pun pampers tu, kalau lama2 sekali tukar pasti akan ada kesan negatifnya pada kesihatan anak.

3) ANAK CEPAT DIAPER FREE – Ini memang dibuktikan oleh ramai ibu2. Dengn bantuan taska, Faqihah diaper free sebelum 30 bulan. Satu kepuasan untuk saya kerana Faqihah sudah matang menguruskan keperluan dirinya yang paling asas.

Bagaimana CD membantu? Bila anak makin besar, dia sendiri rasa tak selesa bila lampinnya basah. Rasa tak selesa tu sangat bagus kerana anak akan ‘belajar’ satu proses penting dalam kehidupan manusia.

Dia akan mula bukak CD bila rasa basah, dan mudahlah urusan kita memperkenalkan latihan ke tandas kepadanya. Pemakaian pampers yang ‘sangat selesa’ menjadikan anak kurang alert dengan perkara ni, dan menjadikan mereka bergantung dengan pampers untuk tempoh yang lama.

Selain itu pemakaian pampers jugak akan menyebabkan kencing anak kurang lawas. Dia akan kencing dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap. Lampin kain akan membantu anak mengatur kencing dengan betul. Saya sudah membuat analisis ini!

Dan banyak lagi lah kebaikan2 lain, yang biasa dibaca dimana2. Saran saya andai ada anak yang masih bayi, cuba2lah berCD. Mana tau anda pun jatuh chenta..

Yang paling paling penting adalah sokongan suami. Yang menjayakan anak kami berCD adalah dengan sokongan 99% encik Shamsul Ery yang sangat komited membasuhnya.. tepuk tangan sket!