Doa Hilangkan Pening dan Sakit Kepala dari Al Quran

0
75
views

Hari ni dalam perjalanan hantar anak ke sekolah saya pasang video Tadabbur Al Waqiah dari Ustaz Dusuki. Dah seminggu dengar video ni tak habis lagi, tak jemu la dengar butir bicara ustaz yang sangat menyentuh hati.

Tapi sampai satu ayat ni sentap la juga dengar bicara Ustaz Dusuki walaupun ditutur dengan lemah lembut. Masa tadabbur Surah Al Waqiah ayat ke 19, ustaz cakap ayat ini boleh diamalkan sebagai penawar bila sakit kepala.

Doa Hilangkan Pening dan Sakit Kepala dari Al Quran

Boleh bacakan pada air untuk minum, atau sapu pada bahagian kepada yang sakit.

Ustaz cakap kita ni bila sakit kepala ja terus ingat panadol. Sedangkan penawar dari Al Quran Allah dah bagi kita tak ambil kisah pun.

Doa Hilangkan Pening dan Sakit Kepala dari Al Quran

Memang sentap la dengar, sebab benda ni macam dah program dalam minda kan. Sakit ja cari ubat. Walhal sepatutnya sakit kena cari Allah dulu, Maha Penyembuh segala penyakit. Salah satu caranya dengan amalkan ayat dari Al Quran dan Hadis. Lepas tu nak makan ubat ke apa ke terpulang la. Kalau ada balm calmtime ni pun boleh bantu redakan pening dan sakit kepala.

Cuma apa yang muncul kali pertama di minda kita itu adalah akidah kita yang sebenar. Samada akidah pada yang Maha Penyembuh atau ‘akidah panadol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge