Doktor ini Kongsikan Kesan Buruk Penggunaan Gajet pada Kanak-kanak

0
92
views

Boleh dikatakan semua ibubapa tahu ja kesan buruk penggunaan gajet pada anak. Namun tidak ramai yang mampu untuk mengawal anak-anak hingga membawa kepada ketagihan gajet.

Seringkali ibubapa beralasan anak-anak akan mengamuk jika tidak diberikan gajet. Jadi terpaksa mengalah dengan kehendak anak. Pelik kan, macam mana kita yang dewasa ini terpaksa akur pada keputusan anak kecil yang kita tahu mereka masih mentah tentang kehidupan. Pasti ada kesilapan di situ.

Seperti dah jadi pemandangan biasa anak kecil dibiarkan leka bersama gajet di tempat awam

Pada saya ini berlaku atas 2 faktor. Yang pertama kita tidak mempunyai ilmu bagaimana untuk uruskan emosi anak kecil. Memang semua ibubapa bermula dengan tiada pengalaman, tapi kita boleh belajar dari pelbagai sumber untuk jadi ibubapa yang lebih baik kan.

Faktor yang ke dua adalah kita sendiri tidak betul-betul faham apa kesan buruk anak didedahkan pada gajet berlebihan. Sebagai ibu yang pernah lakukan kesilapan ini satu ketika dulu, saya amat berharap ia tidak berulang pada orang lain.

Tapi nak cerita detail saya tak pandai sangat, jadi saya kongsikan catatan dari Dr Anayasmin ini kerana beliau memang berpengalaman luas dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Ini adalah catatan yang saya ambil dari halaman Facebook beliau.

Doktor Anayasmin adalah Paediatrician yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan di auladreadplay.com

Kenapa Anak Moody Jika Banyak Menonton Skrin?

Lagi tentang hp dan anak kecil.

Lagi pemerhatian dalam ward, kali ni waktu malam oncall. Ada masanya saya terpaksa lihat pesakit agak lewat kerana ada kes kecemasan lain yang perlu di uruskan dahulu.

Kadangkala jam 10pm – 11pm.
Bila round saya lihat anak-anak kecil masih ada yang tidak tidur. Bukan kerana tak boleh tidur kerana tak sihat tetapi kerana menonton youtube.

Tertidur bersama gajet juga sudah menjadi satu budaya yang amat merbahaya untuk anak kecil

Ada kala mak ayah dah terlelap dahulu. 2-3hari di wad saya perasan anak ni nampak jadi sukar dikawal. Moody, restless.

Kesan ‘BLUELIGHT SCREEN’ mungkin, bisik hati saya.

Semakin anak kita menonton screen ni sebenarnya semakin mengganggu kitar hormon dalam tubuh, kitar tidur tak menentu, kadang-kadang jadi agresif.

Pada screen ada ‘blue light’. Lampu biru ni, bila dilihat oleh mata anak, akan menekan penghasilan melatonin. Melatonin ni perlu untuk buat anak mengantuk, tenang dan tubuh berehat dan tidur.

Jadi, bila byk tonton screen, pattern tidur jadi haywire… Maybe malam tak tidur.. Siang nak tidur tapi pada masa yang sama anak nak main juga.. jadi crancky.

Kitaran berulang setiap hari ini akan bawa lebih banyak kesan buruk. bila dibiarkan berlarutan

Atau anak akan mudah terjaga pada tengah malam. Sebab melatonin tak dihasilkan dengan baik.

Ia juga buat anak rasa letih apabila bangun pagi. Bila anak crancky kita pun bagi lagi screen konon nak tenangkan anak… Emmm.. 🤔

Sebab tu screen kena berpada-pada.. Dan kalau guna lampu tidur utk bilik anak, pilih lampu merah, oren atau kuning..agar tidur anak tak terganggu.

anaksusahtidur
Tidur yang cukup sangat penting untuk memastikan kecergasan anak pada siang hari

Bukan biru atau hijau. Lampu kalimantang putih itu pun da komponen cahaya biru. Jom sama-sama SHARE agar kita ingat mengingatkan dan belajar ilmu baru.

Ok nampak kan apa kaitan skrin dengan masalah anak kita seharian. Semoga dengan pencerahan dari Dr Anayasmin ini dapat membantu kita menguruskan anak dengan lebih baik in syaa Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge