Kali pertama saya tau mengenai dryer machine ni masa ikuti kelas formula masa anjuran Coach Husna Haron. Beliau mencadangkan dryer machine sebagai penyelesaian kepada masalah pengurusan pakaian.

Biasalah cerita mak-mak ni kan, basuh baju, sidai baju lepas tu longgok baju. Nak melipat tu bercinta kemain. Memang lah ada antara penyelesaiannya sangkut ja semua baju, tapi timbul pulak masalah ruang untuk kami yang bilik 10×10 kaki ni kan.

malaslipatbaju

Untuk bilik saiz besar boleh guna cara gantung terus baju untuk jimatkan masa uruskan Sumber : penhitam.com

Masa kali pertama tahu dulu saya tak la minat sangat, sebab rasa macam bukan keperluan sangat pun. Tapi bila awal tahun ni anakanda Fateh tukar tadika, dia pakai baju melayu. Dah mula dapat bahang sikit kena seterika baju sekolah anak. Yer la, baju 2 helai memang akan kena gosok jugak la waktu tengah minggu tu kan. Maklumlah tadika dia sebelum tu pakai baju t-shirt ja. Senang kan.

Lepas tu mula lah ada kawan-kawan yang hasut join kutu sterika mahal tu kan..haha. Modalnya esok-esok anak pakat masuk sekolah banyak baju kena sterika. Saya senyum-senyum ja la sebab masalah saya bukanlah malas nak sterika sangat pun.

Tapi kalau yang biasa duduk rumah kecik faham la, setiap kali nak sterika kena set up tempat sterika tu. Bukan boleh letak iron board tu cantik-cantik sepanjang masa pun. Kerja-kerja nak set up tu yang seringkali buat terbantut minat nak sterika. Biasanya sekali duduk memang sterika siap untuk seminggu.

Lepas tu satu hari tu saja la nak pergi basuh comforter kat laundry bar. Berlaku lah pemandangan baru. Jeng-jeng.. Ada sorang wanita tu tengah tunggu baju dia dalam dryer. Bila dah siap saya jeling-jeling la.

dryerdilaundrybar

Laundry bar ni tak boleh mula pergi kan, nanti ketagih. Haha

Tengok dia steady ja melipat dengan jakunnya pergi la jenguk. Masa tu dia tengah lipat uniform kerja – kain tebal la jugak. Saya tanya la memang tak payah seterika ke? Dia kata kalau U terus keluarkan dan lipat memang tak sempat kedut la. Kalau biar dalam tu lama memang kedut jugak.

Wah..heavennya. Tengok dia terus lipat ja semua baju yang baru keluar dryer tu masuk dalam beg. Memang kering la kan. Ikut hati nak ja pegi pegang tapi jangan la tunjuk melampau sangat jakunnya kan.Kah!

Sambil-sambil tunggu comforter siap datang pulak sorang mamat ni bawak baju dah siap basuh dari rumah. Masukkan dalam dryer pastu lepak la main tenet. Apa lagi kan. Saya jeling-jeling macam baju kemeja kerja. Maksudnya dia memang saja datang untuk keringkan dalam dryer dan siap tak berkedut.

Lepas tu comforter saya pun siap dan – wau! memang kering tang-tang u. Jakun ngat aih, nama pun dryer kan..haha

dryergajetpilihansurirumah

Makhluk ini mula mengganggu mimpiku di siang dan malam hari.haha

So kejadian-kejadian itu semakin membuak-buak kan semangat daku nak ada dryer di rumah. Jadi saya pun buat la sikit blogwalking dan baca respon kat post fb pasal dryer machine ni. Ni antara hasil survey saya setakat ni

Ada dryer machine sahaja dan ada dryer combo bersama washer.

Kalau nak jimat space ambil la combo. Tapi asing pun ok jugak rasanya macam lebih selamat untuk tempoh hayat alat tu kan. Kalau kombo tu rosak kena survey kos maintenance nya tu macam mana la kan.

Penggunaan elektrik adalah kurang berbanding air cond

Ramai yang share bil elektrik sebelum ada dryer, selepas ada dryer dan selepas ada aircond. Peningkatan lebih banyak selepas pasang aircond berbanding guna dryer. Benda ni bergantung kepada penggunaan kita.

Kalau beli dryer memang untuk keringkan semua baju memang kadar penggunaan jadi tinggi. Tapi target saya lebih kepada nak keringkan baju-baju yang perlu disterika, baju basahan kat rumah tu tak perlu la dryer bagai kan.

Ada dryer yang mempunyai smart sensor

Bila semua baju di dalam drum dah kering automatik dia berenti walaupun belum habis tempoh kitaran. Jadi jimat masa dan jimat elektrik.

smartsensordryer

Boleh menyebabkan warna baju cepat pudar

Kalau penggunaan hari-hari memang baju akan cepat pudar warna sebab haba yang dikeluarkan oleh dryer tu.

Efisien untuk keluarga besar

Pandangan ibu yang uruskan anak-anak sendiri, dryer dapat jimatkan masa mereka uruskan baju. Siap keluar mesin terus lipat. Takda fasa melonggok. Lepas tu kalau nak keluar pergi mana-mana memang tak perlu fikir nak angkat baju kat ampaian bagai.

Sangat membantu semasa musim hujan

Bila musim hujan ja rumah berselayut dengan baju kan. Waktu ni khidmat dryer sangatlah membantu mengurangkan kepadatan baju di ampaian.

gunadryermusimhujan

Ni pemandangan biasa musim hujan kan. Kalau rumah korang macam ni jugak jom berangan beli dryer.hihi Sumber : genuine-1224.blogspot

Efisien untuk membasuh selimut/comforter

Kalau anak muntah ke kencing ka tak kan nak simpan pergi laundry kan, mesti cuci-cuci terus masuk mesin. Sidai? nasib la habis semua kerusi la basikal anak la jadi tempat menyidai. Anak kecik-kecik dulu deme siap sound, naper pulak letak benda ni kat basikal. Speechless ummi nak -_-

Jimat masa untuk sterika baju

Ini target utama saya sebenarnya. Biasanya saya ambil masa 1 jam untuk sterika baju saya seminggu. Time rajin tambah 1 jam lagi untuk baju melayu dan kain pelikat suami. Nak jumpa Allah kena la smart kan. Nanti bila anak-anak dah ramai bersekolah (2 ja baru kot) kan makin banyak baju nak sterika. Tambah lagi sejam.

Dengan dryer semua masa ini dapat dijimatkan..kan..

Cuma ada sedikit kelemahan baju yang keluar dari dryer ni, bahagian hujung-hujung tangan dan bajunya ada lagi kedut. Tapi kalau jenis macam saya ni tak kisah sangat la benda-benda enteng macam tu. Kalau mr.perfect mungkin tak puas hati la kan.

Begitulah ringkasan survey saya. Setakat ini saya masih melihat dryer machine adalah kehendak yang dapat membantu memudahkan kita menguruskan baju.

Selebihnya tepuk dada tanya la poket sendiri. Jom berangan bestnya ada laundry room kat rumah macam ni kan. Nak kena jual balm Tasneem Naturel banyak-banyak la gini. Haha.

idealaundryroomcantik