‘Food Prep’ Jimatkan Masa di Dapur

0
64
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Memasak untuk keluarga adalah kepuasan hampir semua ibu. Namun seringkali kita kesuntukan masa untuk menyediakan makanan menyebabkan terpaksa memilih untuk beli makanan siap dimasak. Suka saya kongsikan teknik ‘food prep’ yang saya pelajari dari seminar pengurusan masa ini.

Kitchen setting sesuai untuk semua ibu samada yang bekerja atau surirumah sibuk menguruskan urusan keluarga setiap hari. Biasanya saya peruntukkan sekitar 2 jam untuk uruskan ‘food prep’ SAMBIL memasak untuk makan tengahari pada hari tersebut.

1) Beli lauk basah 1 atau 2 kali sahaja seminggu

Saya tinggal di bandar dan masa 1 jam diperlukan untuk pergi dan balik dari pasar. Jadi suami hanya akan ke pasar seminggu sekali dan membeli bahan mentah untuk seminggu. Hanya sesakali akan beli bahan mentah pada pertengahan minggu dan dalam kuantititi yang sedikit.

2) Cuci dan asingkan lauk mengikut menu

Semua lauk basah itu akan dicuci bersih-bersih, dan diasingkan dalam bekas mengikut kuantiti yang akan di masak nanti. Saya suka menggunakan bekas dari Tuppaware freezermate untuk tujuan ini kerana bekasnya lebih tahan lasak. Tudungnya tidak mudah pecah walaupun dibuka ketika masih beku.

k s

3) Kupas/kisar bawang untuk kegunaan seminggu

Biasanya bawang putih saya hanya keluarkan kulit  sahaja. Ia boleh dilakukan dengan mudah seperti dalam video ini. Bawang besar dan cili kering akan dikisar. Saya suka masak cili kisar sehingga pecah minyak sebelum disimpan. Ini akan menjimatkan masa untuk memasak sambal nanti. Lagipun tempoh hayatnya akan jadi lebih lama.

k s 3 k s 4

4) Masak masakan berkuah untuk 2 kali makan

Anak-anak saya suka makan sup. Bila memasak sup, saya akan jadikan kuahnya 2 kali ganda. Apabila sejuk, sebahagian kuahnya akan disimpan di dalam tempat sejuk beku. Pada hari saya kesuntukan masa hendak memasak, kuah ini akan dimasak semula dan saya hanya perlu tambahkan ayam/ daging di dalam. Boleh jugak dimakan bersama mee segera kalau lapar ditengah malam! Kaedah ini juga sesuai untuk masakan berkuah lain.

5) Nyahbeku bahan mentah pada waktu malam

Biasanya saya sudah merancang menu keesokan harinya. Pada waktu malam, saya akan ubah bahan mentah beku itu ke bahagian sejuk. Ia akan di nyahbeku secara semulajadi semalam. Keesokan hari semasa hendak mula memasak, ia sudah beku sepenuhnya. Sangat menjimatkan masa!

Itulah 5 amalan yang saya belajar dari ramai orang yang berjaya menguruskan masa dengan baik. Aktiviti ‘food prep’ jimatkan masa ibu-ibu berada di dapur. Kelebihannya ialah saya dapat melakukan lebih banyak perkara seperti menguruskan perniagaan KEDAI CIKGU┬ádan mempunyai masa berkualiti bersama keluarga, Alhamdulillah.

Selamat beramal!

Previous articleOptimis Cara Muslim
Next article3 Teknik untuk Galakkan Anak Berkongsi
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here