Gajet Untuk Rumah Hafiz Cilik

0
57
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

 

Alhamdulillah, selepas seminggu guna ‪#‎RadioMerah‬ ni, saya rasa suka sangat. Memang gajet impian sekian lama sejak mulakan program hafazan anakanda Fateh.

Ok, saya kongsikan bagaimana #RadioMerah ni berfungsi ya

radio

1- Namanya radio, jadi boleh guna untuk dengar siaran radio FM biasa. Walaupun Pulau Pinang yang indah ni susah nak dapatkan siaran ikim.fm dengan jelas, tapi menggunakan radio ni masih boleh dapat. Alhamdulillah.

2- Yang jadikan #RadioMerah ni spesel, sebab ada slot micro SD card. Jadi bolehlah save apa-apa ja yang kita nak dengar. Bacaan Al Quran ke, ceramah ke, nasyeed ke, rancangan masak ke..eh!

slot

Pendek kata nya apa ja dalam format MP3 boleh la save masuk ke dalam SD card dan dengarlah kat radio ni.

Jadi ada ibubapa yang nak beli dok timbang2 bacaan Qari dalam tu sesuai tak dengan program hafazan anakanda nya. Takda masalah lah kalau Qari lain pun, nanti barang dah sampai save semula ikut Qari pilihan. Sebab tu lah saya namakan ia gajet untuk rumah hafiz cilik.

3- Cara guna simple ja. Tolak button on/off. Kalau surah tu nombor 70 dalam manual, tekan ja nombor 7 dan 0, nanti keluarlah surahnya. Anak-anak boleh cari sendiri ja nak dengar surah apa. Nak bagi kat mak ayah kita pun sesuai ni.

volume

4- #RadioMerah ni ada fungsi ‘repeat’. Fungsi ni memang sangat best untuk proses kita mantapkan proses hafazan anak. Kalau nak dengar surah An-Nas, pilih surah tu dan tekan ja butang ‘repeat’. Maka bacaan surah tu ja akan di ulang-ulang sampai lah kita tutup.

Untuk surah-surah pendek kita ulang surah sama dalam 2 minggu in syaa Allah anak2 syurga kita dah dapat hafal surah tu.

5- Untuk sumber tenaga, #RadioMerah ni boleh guna rechargeable bateri (rupa macam bateri handset ja). Rasanya 1 bateri full tu boleh guna dalam 3 jam. Guna masa kat luar ja la kan.

charger

Untuk di rumah, boleh sambungkan kabel USB tu kepada ‘kepala charger’ handset kita. Jadilah ia radio elektrik.

6 – Boleh juga guna bersama headfon (tak disertakan). Bagus jugak la untuk ibu-ibu mengandung yang nak guna headfon untuk stimulasi bayi dalam kandungan.

Semoga penerangan panjang lebar ini dapat memberi pencerahan kepada kawan-kawan yang sedang mencari Gajet untuk Rumah Hafiz Cilik ini.

Previous articlePengawal Keselamatan Pencinta Alam
Next articleCiri-ciri mainan yang selamat untuk anak umur 1 tahun
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here