Semasa bujang, saya pernah menyewa bilik di sebuah rumah keluarga. Semasa tinggal di sana, saya hairan anaknya yang masih kecil boleh tidur selewat 1 pagi. Selalu keluar hingga lewat malam.

Masa tu saya sangkakan hanya keluarga itu sahaja begitu. Hinggalah sekarang saya sudah ada anak, dan tinggal di kawasan perumahan. Saya dapat melihat bagaimana budaya keluarga yang tinggal di bandar.

Punca Anak Susah Tidur Malam

Anak susah tidur malam peringkat awal kelahiran adalah normal, tapi bila berlarutan ibubapa perlu lakukan sesuatu

Keluar malam adalah satu kebiasaan. Dan pukul 10 malam persekitaran masih rancak seperti siang. Di sana sini kelihatan anak kecil dan anak usia sekolah rendah masih belum ‘selesai’ aktiviti harian. Dan anak ini akan bangun awal pagi untuk ke sekolah mahupun tadika.

Sebagai guru, kami mendapat kesan dari aktiviti ini. Anak begini akan datang ke sekolah dengan longlai, tak bersemangat dan tak sempat bersarapan. Saya seringkali berhadapan dengan masalah pelajar yang kurang fokus.

Punca Anak Susah Tidur Malam

Anak cukup tidur dan nutrisi akan mempunyai daya tumpuan yang baik

Kalau di sekolah menengah mereka akan tidur dalam kelas jika dibiarkan. Pelajar sekolah rendah mungkin tidak tidur dalam kelas, tapi lambat memberi respon. Mereka tidak mampu bertahan lama untuk membuat aktiviti yang memerlukan tumpuan.

Budaya hidup begini sangat jauh dari fitrah kejadian manusia. Al Quran sendiri telah mengajar kita bagaimana kehidupan yang sebaiknya. Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 67 yang bermaksud:

“Dia lah yang menjadikan malas bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang benderang (supaya kamu berusaha) …”

Gaya hidup begini sangat memberi kesan kepada perkembangan anak-anak yang sihat. Kebanyakan ibubapa hari ini berhadapan dengan masalah anak susah tidur. Ini adalah gaya hidup ibubapa yang menjadi punca anak susah tidur.

1) Waktu makan malam yang lewat

Ramai ibubapa tak sempat sediakan makan malam, jadi bawa anak keluar makan. Jam 9 malam baru makan. Makanan dan minuman pula banyak mengandungi perasa/pengawet/gula yang merangsang hiperaktif. Ini menjadi faktor anak sukar untuk berada dalam keadaan tenang dan tidur.

Punca Anak Susah Tidur Malam

Makanan berproses lambat di hadam menyebabkan anak terus aktif menjelang waktu tidur

Sebaiknya makan malam ialah 4 jam sebelum waktu tidur. Makanan telah dihadam dengan sempurna dan anak hanya minum sebelum tidur. Jika tidak sempat masak ibu atau bapa boleh beli bungkus dan makan di rumah. Masih menjimatkan masa.

2) Sering keluar malam

Keluar pada waktu malam seperti suatu kebiasaan sekarang. Terutama jika tinggal di bandar. Jam 10 malam baru melangkah masuk supermarket. Jadi pukul berapa anak akan di bawa ke tempat tidur?

Uruskan kehidupan harian supaya tidak perlu keluar pada sebelah malam. Jika sangat perlu, hanya ibu atau bapa sahaja keluar dapatkan keperluan. Tak perlu angkut semua anak-anak bersama.

3) Suasana rumah yang hingar

Hingar adalah bunyi bising yang datang dari pelbagai punca bunyi. TV pasang kuat-kuat. Cakap telefon kuat. Orang datang bertandang pun sembang kuat. Semuanya macam siang.

Jika ini gaya hidup kita hari ini, marilah kita ubah pada yang lebih teratur. Pastikan ada had masa dalam hidup kita. Tak boleh semuanya boleh berlaku bila-bila.

Punca Anak Susah Tidur Malam

Rata-rata kita ibubapa hari ini membesar dengan peraturan “Pukul 7 balik rumah”. Dan kita akur dengan peraturan tu. Kenapa bila kita dah terpelajar, kita tidak mampu mempunyai peraturan yang lebih baik untuk rumahtangga kita. Marilah kita bina sempadan masa di rumah kita, supaya kehidupan kita lebih teratur.

Tapi kalau dah praktis gaya hidup yang baik, anak masih sukar tidur itu mungkin hormon tidurnya kurang stabil. Masalah ini boleh diatasi dengan kaedah semulajadi yang selamat. Balm Sleeptime Tasneem Naturel ini dirumus menggunakan minyak pati tumbuhan dan bahan semulajadi lain.

Punca Anak Susah Tidur Malam

Ia selamat digunakan sejak bayi bagi menyeimbangkan hormon tidur-sedar di dalam badan. Suasana tidur yang sesuai, dibantu dengan hormon yang stabil memudahkan anak untuk tidur dengan nyenyak.

sleeptimebalmTasneemNaturel

Tidur yang cukup akan membantu seisi keluarga menjalani kehidupan dengan sempurna. Gunakan Set Tidur Lena Tasneem Naturel untuk memudahkan anda mengatur semula waktu tidur anak.

Berminat nak tahu mengenai balm Tasneem Naturel? Hubungi 0194715407