Grup Geng Ibu Muda

0
161
views
gengibumuda

Setahun yang lalu, saya dikurniakan ilham untuk wujudkan sebuah grup di facebook. Konsep grup masih samar-samar ketika tu. Tapi saya terus bertindak create grup dan invite 2 rakan terdekat sebagai syarat untuk wujudkan grup. Usahawan kan, fast action fast result katanya.

Lepas dari tu blank..kiki.

Sesekali teringatkan grup ni untuk invite pelanggan Kedai Cikgu yang sedia ada. Tapi rasa terlalu nak menjual kan. Lama-lama jadi macam grup jualan lain. Nak buat sharing pun rasa macam takda idea. Nak ajak rakan niaga lain bergabung tapi tak pasti juga bagaimana nak menguruskan. Banyak sangat fikirnya.

Alhamdulillah dalam bulan ni saya mula buat perkongsian konten secara agak terancang di facebook. Bila hari-hari menulis nampak macam wall saya tu dah jadi tempat membaca. Saya pun jadi kurang tumpuan pada aktiviti jualan terus (hardsell). Padahal itupun penting untuk kesinambungan bisnes kan.

Alhamdulillah di sinilah saya mula terdetik untuk kumpulkan penulisan saya itu di grup. Kali pertama buka peluang di facebook peribadi alhamdulillah sudah nampak ada permintaan. Terus buka peluang lagi. Alhamdulillah, dalam 2  hari sudah lebih 100 ahli grup. Ia besar bagi seorang yang tidak yakin dengan apa yang dia cuba buat. Sangat mengujakan.

gengibumuda

Petang semalam terus godam canva.com buat timeline cover. Macam buat langsir baru la kan. Untuk sambut tetamu yang sudi bertandang. Alhamdulillah syukur atas peluang dari Allah. Syukur atas ilham, atas kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan.

gengibumuda

Begitulah kehidupan kita. Seringkali kita perlu melalakukan sesuatu luar dari rutin. Dan pastinya sedikit sebanyak akan ada rasa risau. Ada sajalah benda yang nak dirisaukan. Dan bila kita lebih besarkan kerisauan kita dan bertindak, maka kita masih ditahap yang sama. Tapi bila kita berbuat sesuatu, bantuan Allah akan mula mempermudahkan apa yang mahu di capai.

Ala kullihal, segalanya dari Allah. Kita hanya berusaha melakukan yang terbaik in syaa Allah.

Doakan grup GENG IBU MUDA terus menjadi wadah menyokong ibu muda untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan kami. Ameen.

 

Previous articlePendidikan Anak Paling Awal dalam Islam
Next articleCara Terbaik Layan Anak Suka Bertanya
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here