Selepas satu fasa berbisnes, saya sedar selain ilmu bisnes saya perlu mahir ilmu pengurusan kewangan. Tanpa pengurusan yang betul, keuntungan bisnes akan habis begitu saja.

Saya mula mencari seminar kewangan dan bila hadir ke seminar, saya pun sedar yang ilmu di media sosial yang saya belajar selama ini terlalu asas. Malah ada juga yang saya salah faham kerana penerangan yang terhad. Bahaya kan.

Financial freedom adalah impian ramai orang, dan ia hanya boleh dicapai dengan pengurusan kewangan yang betul

Kita tak banyak masa nak belajar semua benda. Jadi bila kita dah buat keputusan dalami satu2 ilmu tu, carilah guru yang pakar dalam bidang itu. Di sini saya kongsikan 3 guru pengurusan kewangan peribadi yang saya rujuk berkaitan ilmu kewangan.

Tuan Shamsuddin Kadir

Personaliti ini memang tidak asing dalam dunia kewangan. Beliau sudah menulis lebih 17 buku kewangan dan sering muncul di kaca tv, stesen-stesen radio dan pelbagai medium lain dengan bicaranya yang santai tapi makan dalam. hehe.

Saya selalu ikuti perkongsian beliau di ikim.fm setiap Jumaat jam 3.15 petang. Perkongsiannya sangat bagus untuk bina kefahaman mengenai pengurusan kewangan dan keluar dari sindrom ikut orang mahupun fikir ‘apa orang kata’.

Antara buku tulisan Tuan Shamsuddin Kadir yang boleh didapati di pasaran

Mekanik Wang Abang Abu Ayubul Ansari

Abang Abu seorang yang sangat energetik dalam berbicara

Saya mula urus kewangan sejak faham konsep kompas wang dan enjin wang oleh Abang Abu. Cuma belum ada rezeki mengadap beliau tadah ilmu. 

Kompas wang menyedarkan saya selama ini saya hanya longgok duit saya setempat dan belanja semua sesuka hati, sambil membayangkan ada duit pencen sedang menanti.

Ilmu pengurusan kewangan akan membuka minda kita bagaimana duit yang sedikit dapat ‘diberanakkan’ dengan cara yang betul

Hakikatnya duit yang kita dapat hari ini bila digunakan untuk menghidupkan enjin wang, kita tak perlu bekerja mencari duit seumur hidup. Enjin wang itu akan bantu jana lebih banyak duit untuk kita bebas wang dengan lebih cepat. Menarik kan!

Puan Eiza Yusof

Walaupun agak baru kenal Puan Eiza Yusof, tapi dah rezeki pergi kelas beliau. Beliau ni ada pengalaman 17 tahun dalam bidang kewangan, dan sangat pandai mengajar. Best sangat kelas dia.

Boleh ikuti FB live beliau setiap jumaat malam di FB Page Eiza Yusof. Close group percuma pun ada. Beliau akan memberikan kita gambaran menyeluruh bagaimana untuk uruskan kewangan dan apa aktiviti yang perlu dibuat pada setiap fasa kewangan. Sangat komprehensif.

Ini antara guru yang banyak bantu saya celik kewangan. Ramai lagi cuma saya tak ikuti secara konsisten. Jadi kawan-kawan yang perlukan ilmu kewangan boleh terus ikuti pakar yang telah mahir dalam bidang ni ya.