Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

 

Bila anak-anak tadika bersukan, dapatlah kita melihat pelbagai aksi. Antaranya aksi-aksi comel dalam perbarisan. Macam-mana gaya anak-anak syurga di berkawad di depan pentas. Walaupun dah dilatih oleh guru-guru sebelum hari sukan tadika, tapi masih jugak mereka berjalan ikut gaya bebas.

IMG_20160409_085138

Semasa acara sukan berlangsung, jenuh guru-guru nak memastikan anak-anak ini bermain dengan betul. Khabarnya sudah 2 minggu sebelum hari sukan tadika lagi guru-guru melatih cara permainan tersebut. Tapi masih jugak anak-anak 4,5 tahun tidak ‘berlumba’ semasa acara berlangsung. Ada yang hanya jalan-jalan melenggang, ada yang bila diorak namanya oleh ibu bapa, mereka berhenti bermain. Lucu sungguh suasananya.

IMG-20160409-WA0007 IMG-20160409-WA0006

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anakanda Fateh bersama pelajar 6 tahun lain bermain acara ‘My Classroom’. Sepatutnya kena lompat guna ‘bouncer ball’ tu, tapi tengok semua kepit bola tu celah kaki ja. Pastu diorang lompat sambil berlari. Kira semua pun disqualified la. hihi

IMG_20160409_111442

Dan yang paling ditunggu-tunggu mestilah acara ambil hadiah. Biasalah kanak-kanak kan, semua kena dapat la. Kalau ada yang tak dapat nanti menangis tak nak balik kan susah.

Walaupun cuaca kurang menyebelahi anak-anak ini untuk bergembira, tapi secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Memang salute pada urusetia yang 95% adalah wanita. Cikgu tadika kan ramai perempuan. Mereka boleh uruskan hampir 500 pelajar tadika dan KAFA Pusat Islam USM dengan jayanya.

Bukan kerja senang tu, nak betulkan barisan anak-anak tadika pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lagi dalam menjayakan hari sukan tadika. Hanya insan-insan yang terpilih sahaja mampu menggalas tugas ini dengan baik. Semoga setiap keringat mereka akan mendapat balasan yang sempurna dari Allah.Ameen.

IMG_20160409_104811