Ini cerita saya masa mula-mula terjebak dalam bisnes online. Dalam keadaan masih makan gaji dan menyusu anak kedua, rasa macam hampir mustahil nak memulakan bisnes.

Ilmu bisnes memang hampir takda. Facebook pun jarang2 online, tak minat. Tapi kalau Allah dah kehendaki ia berlaku, takda yang mustahil kan. Rasa macam ada kekuatan dan diilhamkan jalan-jalan yang perlu di lalui, Alhamdulillah.

Teringat masa tu Facebook profile dengan fanpage pun tak tau beza. Install facebook manager kat handset pun tak tau apa fungsi. Main redah ja. Belajar seadanya dari blog dan ebook2 percuma. Benda teknikal belajar secara teori, tanpa guru pulak memang la kabur jalannya. Nak pergi kelas banyak kat KL, dengan anak kecik dok menyusu lagi memang tak berangan langsung la.

Satu hari teringat kat adik sepupu saya Nur Adilla II yang lebih awal jalankan bisnes online. Dengar-dengar waktu raya sebelum tu masyukk bisnes baju dia. Saya pun mintak tolong dia ajarkan saya teknikal FB ni.

Waktu suami nak pergi outstesen, saya minta izin balik kampung dan tidur rumah mak sedara saya. Balik lah dengan 2 anak ni – boy 3 tahun, girl tak sampai setahun. Siang memang takda harapan la nak ngadap laptop.

Malam la projek ‘personal coaching’ nya. Tidurkan anak2 dulu, baru boleh mula projek. Anak jaga, pergi susukan dulu. Pastu sambung balik. Macam tu ja kelas bisnes pertama saya. Walaupun dalam keadaan macam tu, Alhamdulillah rasa lebih ‘cerah’ kefahaman saya mengenai hal-hal teknikal FB ni.

Dan pencarian ilmu itu diteruskan lagi dengan peluang2 lain lagi.

Sekian cerita ‘ibu menyusu’ itu.

Entah kenapa malam ni tiba-tiba rasa nak kongsi cerita ni. Mungkin boleh jadi tips mulakan bisnes online untuk ibu2 yang sedang berfikir-fikir nak mulakan bisnes tapi ‘tersekat’ dengan komitmen lain.

Ya..saya dulu pun fikir macam tu jugak. Tapi lagi lama kita tunggu, lagi banyak cabaran akan datang. Mulakan ja walaupun sedikit, yang penting berterusan. Bila kita dah bermula kita akan nampak jalan seterusnya yang perlu dilalui.

Saya pun tak pernah sangka, kedai online pertama yang saya bina dulu masih lagi ‘bernafas’. Dan setelah menjangkau 2 tahun ini, saya bersyukur kerana dapat menyumbang kepada industri pendidikan kanak-kanak di Malaysia.

Anda ada niat nak berbisnes? Mulakan ja..In syaa Allah bantuan Allah ada di mana-mana.

Owh ya, jemputlah singgah kedai saya ni –https://www.facebook.com/KedaiCikguSakinahHamid?ref=hl.
Yang belum LIKE, like la sebijik.