Teks  : Sakina Hamid

Foto  : Sakina Hamid

imagination

Rasanya setiap hari ada-ada sahaja anak-anak minta benda baru. Nak buku baru, nak mainan baru, nak tengok cerita baru, dan apa sahaja yang terlintas di fikirannya.

Dulu saya selalu jawab, ya nanti kita beli ya.

Tapi sekarang ni saya dah tukar skrip, “Ada rezeki nanti dapatlah”

Macam pasrah ja kan..tapi hakikatnya memang macam tu pun. Kalau ada rezeki kita dapatlah nanti.

Dan budak-budak biasalah la kan, kalau nak apa-apa akan selalu ulang-ulang sebut. Tapi bila satu demi satu ‘impian’ anak-anak tu termakbul. Saya pun belajar sesuatu.

Memang selalunya kita penuhi, tapi ada masanya Allah nak tunjuk bahawa apa yang anak-anak selalu sebut tu memang boleh dapat.

2 peristiwa ni telah mengetuk minda saya

1) Fateh nak robot

Saya ni kalau buku ke, edutoys ke mahal pun akan pertimbangkan untuk beli. Tapi kalau robot tu rasa rugi sangat nak beli. Nanti dah patah sana sini jadi sampah ja kan.

Tapi macam biasa la hero, mesti nak jugak. Saya pun cakap ‘fateh lukis la nak robot macam mana, ada rezeki nanti dapat la. Tak pun saya suruh ja dia buat robot yang dia nak tu guna lego.

Masyaa Allah tak sampai 2 minggu lepas tu Tok Abah yang teringatkan cucu datang ziarah. Dan tadaa…siap bawak kan robot untuk cucunda nya.

robot

2) Faqihah nak teddy bear

Dalam bulan lepas tetiba ja dia dapat idea nak ‘teddy bear’. Padahal yang kat rumah ni pun satu ja tengok dia selalu main. Kemudian saya pun fikir, takpalah la nanti hari lahir dia bawak pergi beli teddy bear. Ummi pulak sibuk berangan nak ‘teddy bear’ macam mana.

Tup..tup..singgah kedai kawan tadi masa nak balik dia bagi ‘teddy bear’ kat Faqihah. Katanya nak habiskan stok-stok lama. Anak kecil..teddy bear adalah teddy bear – sifat bukan ukuran. Terus sengih-sengih sepanjang jalan seronok dengan teddy bear kuningnya!

bear

Kita boleh lihat ini semua sebagai ‘suatu kebetulan’, tapi hakikatnya semua ini Allah aturkan untuk memenuhi impian dan tutur kata hambaNya.

Benarlah,

Apa yang kita FIKIR adalah doa

Apa yang kita CAKAP adalah doa

Apa yang kita TULIS adalah doa

Fikir, cakap dan tulislah impian kita. Kerana Allah tidak akan mensia-siakan hamba yang berdoa kepadaNya, in syaa Allah.