Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Hari rabu baru ni Anakanda Fateh balik sekolah bagitau Hari Jumaat kena pakai baju raya. Dalam hati saya fikir hai tak kan baju raya ja kot, makanan tak kena bawak ke. Fikir kot la ada pihak sponsor untuk jamuan raya ke kan. ok lah.

Balik sekolah semalam (Khamis) dia cakap cikgu suruh bawak makanan untuk jamuan raya. Mee goreng ke..bihun goreng ke..ayam goreng ke..

Adoi la anak, rumah kita ni beli bahan mentah seminggu sekali ja. Mana la nak cari benda tu tengah-tengah minggu ni. Saya tukar ja jadi jelly bernata de coco ni. Bagi dia buat sendiri, takda komplen pun. Ok la kot..hihi

jamuan

Simple ja bahannya

jamuan 2

Dia paling suka part isi benda macam ni. Banyak pun takpa

jamuan 1

 

Tadaa..dah siap

jamuan 3

 

Simple ja.

Tapi anakanda Fateh ada tanya, esok cikgu tau ke dia yang bawa jelly ni. Nampak macam excited nak bagitau dia yang buat. Fitrah manusia kan, mesti la teruja nak berkongsi apa yang dia ada. Jadi kalau ibu-ibu nak sediakan juadah untuk jamuan raya sekolah anak-anak, saya cadangkan buat yang simple ja. Yang penting anak terlibat dalam penyediaannya.

In syaa Allah ada manfaat positif kepada keyakinan dirinya. Selamat menikmati Jamuan raya!