Teks : Sakina Hamid

Foto :Sakina Hamid

Hari ni kami 3 beranak duduk-duduk di rumah saja. Suami kerja dan anak-anak pun takda ajak ke mana-mana. Mak lagi la suka takda la risau nak bawa anak keluar sorang-sorang kan. Rumah kan tempat paling selamat untuk anak-anak. ^_^

Semalam dah jalan-jalan kat Pinterest Lubuk Idea untuk cari aktiviti anak-anak hari ni. Alhamdulillah jumpa sesuatu yang menarik, yang sesuai dengan perkembangan anak-anak sekarang ni. Sekarang Fateh sangat suka dengan “Pretend Play” ataupun permainan lakonan. Faqihah kadang-kadang jadi pemerhati, ada masanya terlibat jugak dengan animasi arahan abangnya tu. 😛

Aktiviti ni simple ja, tapi menarik bila dimainkan oleh kanak-kanak. Mereka berada dalam dunia imaginasi yang masih luas, mainan yang ringkas macam ni pun dapat dikembangkan jadi pelbagai aktiviti lain. Ok jom tengok lebih dekat aktiviti dua beradik ni hari ni.

picsart_10-08-04-08-28

Untuk hari ni kami buat 2 jenis. Faqihah buat jenis yang lukisan robot dilekat pada blok kayu. Ia lebih mudah tetapi lebih menarik kerana robot itu mempunyai 3 bahagian – kepala, badan dan kaki. Jadi lebih banyak variasi robot dapat dihasilkan.

img_20161008_180518_1475921196171img_20161008_145301

Fateh buat jenis lukisan dibentuk menjadi bentuk kiub. Ini lebih mencabar kerana anak boleh belajar membuat bentuk kiub, tetapi robotnya hanya ada 2 bahagian – kepala dan badan. Saiz templete untuk jenis ini lebih besar, puas hati sikit anak nak pegang kan.

img_20161008_180410_1475921246903

Banyak kemahiran yang anak belajar secara tidak langsung dari aktiviti hari ini. Saya dapat melihat Faqihah sudah pandai melekat kertas dengan betul apabila menggunakan gam. Manakala hasil kerja Anakanda Fateh masih perlu dibaiki kerana tidak sabar nak melihat hasil, jadi dia buat dengan cepat.

img_20161008_154616 img_20161008_155106

Semasa bermain, mereka kagum dapat menghasilkan banyak robot dengan hanya memusing blok. Dan setiap bentuk baru yang terhasil tu nampak macam ‘ok’ untuk dipanggil robot. Saya mencadangkan anakanda Fateh meletak nama robot tersebut tapi dia merasakan terlalu banyak nama yang perlu difikirkan.

img_20161008_161752 img_20161008_161939

Dan secara tidak langsung saya melihat aktiviti ini dapat mencetus idea anak mengenai konsep ‘kebarangkalian’ yang dipelajari dalam subjek matematik di sekolah menengah. Semoga aktiviti bermain ini secara tidak langsung membantu anak-anak menghadam ilmu yang berkaitan apabila sampai masanya kelak.

Di sini disertakan templete untuk aktiviti tersebut yang saya perolehi secara percuma di sini.

printable-robot-blocks-ellen-russell

buildabotblocks1-25coloringfreebie