Dalam sebulan lagi, umat Islam seluruh dunia akan sampai ke Madrasah Ramadan. Ramadan adalah bulan penuh barakah yang Allah kurniakan kebaikan yang banyak di dalamnya. Setiap tahun ia dinanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Beruntunglah sesiapa yang sukakan bulan Ramadan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda

Barang siapa yang gembira dengan datangnya RAMADAN, Allah akan haramkan jasadnya atas api neraka.

(Hadis Riwayat An-Nasa’i)

Masya Allah, beruntung sangat kan. Hanya dengan gembira dengan kedatangannya pun sudah Allah janjikan kita dengan keselamatan di negara yang kekal abadi. Apatah lagi bila kita merebut segala peluang ibadah di dalamnya. Memang Allah yang Maha Baik sangat sayangkan kita yang sentiasa berdosa ni kan.

jurnalramadan

Mengambil semangat dari hadis ini, marilah kita sama-sama cakna menanamkan kecintaan anak-anak sejak kecil pada bulan Ramadan. Penting untuk kita menanamkan fikrah yang betul ke dalam minda anak-anak mengenai Ramadan. Ramadan bukan hanya bulan untuk berpuasa, tapi 1 bulan yang Allah beri peluang kepada kita menjadi hambaNya yang lebih baik.

jurnalramadan

Bagi memudahkan ibubapa menanamkan kefahaman kepada anak-anak mengenai Ramadan, terbitnya Jurnal Ramadan untuk kanak-kanak. Jurnal dengan konsep 1 hari 1 aktiviti ini bertujuan membentuk pemikiran yang jelas kepada anak-anak mengenai Ramadan. Kandungannya mencakupi pelbagai aspek dari segi ibadah, sirah serta penghayatan Ramadan.

Jurnal Ramadan memuatkan pelbagai aktiviti menarik ini memupuk minat anak kecil untuk mempelajari mengenai Ramadan. Secara tidak langsung ia juga memberi semangat untuk anak belajar berpuasa dan bermujahadah sehingga sebulan. Di ada membuat catatan pengalaman pertama anakanda Fateh menggunakan jurnal Ramadan.

jurnalramadan

Memang sangat besar impaknya kepada kesungguhannya terus berpuasa walaupun separuh hari. Yang menjadikan dia sentiasa bersemangat kerana adanya Pohon Ramadan. Setiap hari selepas berbuka boleh lekat sticker pada pohon Ramadan tu. Konsep reward chart. Anak jadi bersemangat untuk teruskan berpuasa.

jurnalramadan

Alhamdulillah pelaburan untuk dapatkan Jurnal Ramadan untuk anak kecil sangat berbaloi. Sementara menunggu waktu berbuka, boleh di isi dengan beraktiviti bersama anak-anak. Masyaa Allah, indahnya mendapat masa berkualiti bersama anak di bulan yang penuh barakah. In syaa Allah benih-benih kebaikan yang kita tanam hari ini akan terus subur di dalam sanubari yang akan menjadi kekuatan apabila menjadi kewajipan kelak.

jurnalramadan