Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Balik dari sekolah tadi, anakanda Fateh tak nak bersembang-sembang di ruang tamu seperti biasa. Dia masuk ke dalam bilik tidur dan tutup pintu. Selepas 15 minit dia keluar semula dan kecoh bermain dengan adiknya.

Kejadian ini mengimbau kenangan semasa anakanda Fateh berusia 4 tahun. Dia ada 1 tabiat di mana setiap hari selepas pulang dari tadika dia akan masuk ke bilik tidur dan tutup pintu. Banyak kali juga saya mengintai dia hanya ‘membaca’ buku-bukunya. Dia menyelak setiap helaian buku-bukunya dengan khusyuk sehingga tidak sedar saya membuka pintu bilik.

Dia akan menyendiri begini sekitar 10 ke 15 minit apabila sampai kerumah. Masa tu saya akan pastikan adiknya tidak masuk ke bilik hingga dia sendiri keluar untuk bermain.

Saya pernah berbincang hal ini dengan pengurus tadikanya. Pada pandangan beliau itu adalah salah satu cara kanak-kanak uruskan stress setelah pulang dari sekolah. Masa tu memang Fateh selalu tantrum tak nak pergi sekolah. Ada beberapa isu mengenai persekolahannya masa tu.

Saya pun dah terlupa bila tabiat itu berakhir. Tapi saya perasan sekarang ni apabila sesuatu berlaku di sekolah dia akan menyendiri begitu apabila pulang. Hanya selepas beberapa ketika dia akan mula ‘buka cerita’ mengenai insiden yang berlaku di sekolahnya.

Tabiat anakanda Fateh itu secara tidak langsung mendidik saya untuk ‘menghormati’ masa sendirinya. Ia adalah cara kanak-kanak uruskan stress dengan cara yang tersendiri. Kadangkala kita terlupa bahawa anak kecil itu juga perlu uruskan emosi mereka.

Sebenarnya banyak cara kanak-kanak uruskan stress. Faqihah lebih selesa menyendiri dengan educational toys, melukis,  dan ada kanak-kanak jenis melepaskan stress melalui aktiviti fizikal. Sebagai ibubapa kita perlu lah memahami dan mendidik anak kita menguruskan stress dengan cara yang betul.

Semoga pengalaman saya ini dapat membantu kita menjadi ibubapa yang lebih baik In syaa Allah.