Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Kadangkala bila melihat harga educational toys, akan terdetik dalam hati..mahalnya. Tapi jika kita memahami betapa banyaknya kebaikan yang anak perolehi dari educational toys itu, pasti kita akan merasa ia pelaburan yang berbaloi.

Di sini adalah beberapa kebaikan bermain Educational Toys kepada perkembangan Kanak-kanak

1) Merangsang perkembangan motor kasar

Dengan bermain, mereka akan melompat, berlari, melutut, merangkak, memanjat, mengelungsur dan sebagainya. Ini melatih skil motor kasarnya dan sangat penting bagi perkembangan fizikal serta mental anak. Dengan menggerakkan semua anggota badannya, mereka dapat menggerakkan pula otot-otot kecil mereka.

Supertent-toys

2) Merangsang perkembangan motor halus

Bermain dapat membina otot-otot kecil seperti di jari jemari anak. Aktiviti seperti mengutip benda kecil, memasukkan benda kecil ke dalam lubang, menyusun, membina blok dapat mengaktifkan jari mereka. Ini dapat membantu anak untuk cepat menulis.

IMG_20150531_165208IMG_20151125_184400demo

3) Merangsang perkembangan bahasa

Bermain juga dapat melatih anak untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka akan belajar berkawan, menunggu giliran, mengucapkan terima kasih, meminta maaf dan sebagainya.

IMG_20150211_190535

4) Belajar meguruskan emosi

Selain daripada itu juga, anak akan belajar mengawal emosinya. Dia akan tahu apa itu marah, kecewa, gembira, sedih, kasihan dan sebagainya. Kesemua emosi ini amat penting kerana dia akan belajar bagaimana mengawalnya dengan baik.

IMG_20160409_181300

Permainan kumpulan melatih anak belajar menerima kekalahan, meraikan kejayaan orang lain dan bersabar

5) Merangsang kreativiti, imaginasi dan kemahiran penyelesaian masalah

Anak akan jadi kreatif, imaginatif dan cuba menyelesaikan masalah. Contohnya dengan bermain Lego atau manipulative, dia akan berimaginasi untuk membina kapal terbang atau kereta. Otaknya berfikir blok apakah yang sesuai untuk melengkapnya menjadi kapal terbang. Anak akan berfikiran kritikal. Ini merangsang untuk otaknya berhubung dan berfingsi dengan baik.

IMG_20160316_155554number stacking_rm32robot

Di sini jelaslah banyak kebaikan bermain Educational Toys kepada perkembangan kanak-kanak. Semoga semua ibubapa memberi peluang kepada anak bereksplorasi dengan pelbagai educational toys samada dibuat sendiri atau dibeli siap.

Untuk memberi peluang kepada anak merasai kebaikan bermain Educational Toys dengan mudah, dapatkan pelbagai pilihan di SINI

Artikel asal : Ashikin Hashim (https://siraplimau.com/5-kebaikan-bermain-untuk-anak/)