Selalu ibubapa risau nak bagi anak main benda kecil-kecil kan. Sama lah saya pun, risau tengok anak pegang benda kecil. Sebab tau dah, nanti mesti nak masukkan dalam mulut. Ya lah, itu kan proses perkembangan sensori anak. Semua benda dia nak teroka guna mulut.

Namun kerisauan ini tak sepatutnya kita jadikan alasan untuk menafikan keperluan anak untuk merangsang perkembangan anak. Peluang memegang objek kecil dapat merangsang perkembangan otot-otot pada tangan. Ia sangat penting bagi memastikan perkembangan motor halus yang optimum.

Selain itu mainan bersaiz kecil juga memerlukan fokus yang tinggi. Jika tidak tujuan mainan tersebut akan sukat dicapai. Seperti mainan Genius Art Mushroom Button ini, anak perlu fokus semasa menekan dan mencabut button tersebut. Jika dilakukan dengan samba lewa, anak tidak dapat menyiapkan hasil kerja yang betul.

Geniusartmushroombutton

Aktiviti bermain dengan objek kecil dapat membantu otot-otot kecil pada tangan anak berkembang dengan lebih optimum

Namun apa yang penting apabila anak bermain, ada orang dewasa yang sedang menemaninya. Menemani dalam konteks bermain bersama-sama dan membimbing anak cara bermain yang betul. Bukan hanya duduk di tepi anak tetapi tangan dan mata melekat di telefon bimbit. Memanglah situasi sebegini mengundang bahaya.

mushroomnail

Pendedahan ini sangat perlu supaya apabila mencapai usia anak perlu menguruskan kehidupan sendiri kelak, otot-otot pada tangan mereka sudah bersedia. Bersedia untuk pegang sudu dengan kemas, pakai butang baju dengan cepat, pasang zip dengan betul dan mudah untuk belajar memegang pensel dan menulis.

Tanpa pendedahan awal anak akan menghadapi kesukaran terutamanya memegang pensel dengan betul. Tangan anak juga mungkin akan cepat lenguh apabila perlu menulis terlalu lama. Ini semua membawa kesukaran kepada anak untuk mengikuti proses pembelajaran dengan gembira. Semoga usaha kita merangsang perkembangan anak dengan baik sejak kecil akan memudahkannya menjalani kehidupan seharian dengan sebaik mungkin.