Kebaikan Ibubapa Mengajar Anak Sendiri di Rumah

0
265
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Saya kira, mengajar anak sendiri menjadi impian semua ibu-ibu. Walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang pendidikan, tapi secara fitrahnya seorang ibu memang mampu mengajar anak sendiri di rumah.

Alhamdulillah, saya mendapat input mengenai kaedah mengajar anak di rumah secara tidak langsung dari bacaan di blog. Sebelum melahirkan anak sulung, saya suka membaca mengenai penyusuan susu ibu. Dan kebanyakan blogger yang saya ikuti seperti Puan Farah Sarakids dan Puan Suraya Lunatots suka berkongsi mengenai aktiviti bersama anak-anak. Jadi secara tidak langsung saya dapat belajar mengenai homeschooling.

Kini, setelah anak sulung berusia 6 tahun saya dapat merasai sangat banyak kebaikan ibubapa mengajar anak sendiri di rumah. Secara umumnya saya tiada apa-apa silibus mahupun perancangan khusus. Cuma setiap hari saya akan cuba peruntukkan masa untuk membuat aktiviti bersama anak. Dan kebanyakan aktiviti saya hanya berpusatkan buku dan educational toys.

DSC_0610

Antara kebaikan ibubapa mengajar anak sendiri di rumah ialah

1) Ikatan kasih sayang sentiasa dipupuk

Pada peringkat bayi, kita membina ikatan kasih sayang dengan anak melalui penyusuan. Dan apabila aktiviti penyusuan susu ibu semakin berkurang, aktiviti bermain dengan anak pula mengambil tempat. Bermain tanpa mengetahui manfaat aktiviti yang kita buat akan mendatangkan kejemuan apabila anak sudah kurang respon.

DSC_0797

 

Tapi bermain dengan matlamat untuk anak belajar sesuatu menjadikan kita sentiasa bersemangat dan ikatan kasih sayang sentiasa di pupuk sepanjang kita beraktiviti.

2) Dapat mengenali jenis pembelajaran anak

Apabila sering membuat aktiviti bersama anak, kita akan belajar untuk memahami sikap anak terutamanya cara dia belajar. Paling asas kita akan kenal anak jenis yang mudah belajar secara pasif seperti membaca dari buku, atau perlukan bahan rangsangan fizikal untuk dia berminat belajar.

Dan lebih mendalam lagi ibubapa akan kenal samada jenis pembelajaran anaknya audio, visual ataupun kinestetik. Ini semua amat membantu kita  menjalankan peranan sebagai ibubapa dengan lebih kerkesan dalam proses tumbesaran anak-anak.

Learning_Styles

3) Menanam sikap tanggungjawab ibubapa terhadap perkembangan anak-anak

Seringkali isu yang berlaku di sekolah ialah pelajar tak siap kerja rumah. Dan bila diselidik, ibubapa memang kurang ambil berat mengenai perkembangan pelajaran anak-anak. Mungkin ada, tapi sekadar bertanya – “hang ada kerja sekolah dak?”. Itu ja. Tapi bagi ibubapa yang sudah menjadikan kebiasaan beraktiviti bersama anak, dia faham bagaimana dapat membimbing anaknya membuat kerja rumah walaupun mungkin dia tidak kuasai subjek tersebut.

HomeworkStudyBlog

 

Saya seringkali berjumpa dengan ibubapa yang bertanya sana sini mengenai cara menyelesaikan kerja rumah anak, termasuk snap gambar soalan post dalam grup whatapps! Ini menunjukkan kesungguhan seorang ibu dan sikap ini akan lebih mudah dibina apabila telah dimulakan sejak anak kecil.

4) Menanam rasa hormat anak kepada ibubapa

Sebagai guru, saya seringkali mendengar respon dari pelajar ‘macam mana nak tanya ayah, dia pun tak tau’. Pada saya boleh jadi kenyataan anak tu betul, tapi mungkin jugak hanya anggapan seorang anak remaja. Kenapa – kerana ibubapanya tidak membimbingnya dalam memahami ilmu. Jadi anak menganggap ibubapa nya tidak tahu.

father helping son with homework

 

Sebagai anak yang banyak belajar ilmu dengan bertanya kepada ibubapa, saya jadi simpati dengan persepsi pelajar-pelajar saya. Jelas di sini, kesediaan ibubapa mengajar anak akan menambahkan rasa hormat anak kepada ibubapanya.

5) Memenuhi aktiviti harian dengan perkara  bermanfaat

Secara umumnya, setiap hari paling kurang anak-anak akan mempunyai 3 jam masa berkualiti bersama ibubapa. Biasanya anak akan teruja bercerita sewaktu baru bertemu dengan ibubapa – anak baru balik sekolah atau ibubapa baru balik kerja. Kemudian? Ibu akan sibuk dengan kerja rumah, dan anak mula dihidangkan dengan gajet.

Itulah yang akan berlaku apabila tiada matlamat untuk mengajar anak. Masa berharga berlalu begitu sahaja. Berlainan bagi ibubapa yang sudah terbiasa membuat aktiviti bersama anak. Pasti akan di curi sedikit masa untuk membuat aktiviti bersama anak, paling minimum pun bacakan buku untuk mereka. Walaupun hanya seketika, ia sudah menjadi penawar yang cukup berharga untuk anak-anak kecil itu, in syaa Allah.

family membaca

Semoga perkongsian mengenai kebaikan ibubapa mengajar anak sendiri di rumah ini dapat menyuntik semangat dan azam untuk kita sama-sama istiqamah mengisi masa anak dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, in syaa Allah. Dapatkan pelbagai bahan yang dapat membantu ibubapa menjalankan aktiviti bersama anak-anak di SINI.

Previous articleCiri-ciri Kad Imbas yang Bagus
Next articleAktiviti Matematik untuk Anak 3 Tahun
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here