Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Permainan manipulatif adalah permainan pembelajaran yang memerlukan anak merekabentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Antara contoh mainan manipulatif ialah permainan LEGO.

Jom kita lihat apa kebaikan mainan manipulatif ni

1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran moto halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai menulis.

2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan kordinasi otaknya.

3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk.

4. Permainan ini baik untuk kordinasi matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.

5. Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.

6. Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik)

7. Kemahiran sosialnya juga akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.

Banyak kebaikan mainan manipulatif untuk kanak-kanak. Walaupun seringkali ibubapa rimas kerana mainan yang berterabur, tetapi ia tidak dapat menafikan kebaikan mainan manipulatif ini kepada perkembangan anak-anak.

Bertabahlah 😀

Diadaptasi dari Nota

“I Can Teach My Child to Read” (Ashikin Hashim)